aZ ZiL La

aZ ZiL La

Saturday 19 September 2015

Ho Chi Minh, Vietnam - Kos Perbelanjaan

Salam & Hi the readers....

Sekadar gambar hiasan ^_^
Wajib muka sendiri dulu dipaparkan ;-)

Percutian ke Ho Chi Minh dah berakhir, so aku nak share kos perbelanjaan aku masa bercuti kat sana hari tu....

Kos perbelanjaan ni opkos la tak sama ngan sesiapa yang dah pernah pergi HCM, harga tiket dan hotel mestilah berbeza-beza kan, bergantung dengan harga promosi tiket dan hotel macamana yang korang stay...

Ini cuma gambaran kos perbelanjaan yang wajib semasa bercuti...

Tiket :

HCM-KL-HCM : RM191 (beli Nov 2014)
+luggage 20kg : RM45
+food pergi balik : RM30

KK-KL : RM28 (beli Feb 2015)

KL-KK : RM150.50 (beli Mei 2015)

Total : RM 444.50
*sesiapa yang duk KL, kos penerbangan akan lebih murah, memandangkan aku dari KK, flight tambahan tidak dapat dielakkan....

Hotel :

Moc Huong Hotel (5 days 4 night), booked June 2015

4 person, RM 658
Upgrade ke 5 person, additional RM 165

RM 823/5 : RM 165/person

Airport transfer :

Aiport to Hotel - RM 44/5 : RM 8.80
Hotel to Airport - RM 26/5 : RM 5.20
Total : RM 14

Tempat lawatan :

Mekong Delta Discovery 1 day trip : RM 51
Cu Chi Tunnel half day trip : RM 56
War Remants Museum : RM 3
Total : RM 110

Jumlah keseluruhan adalah RM 733.50.
*nampak agak besar jumlahnya kan, tapi harus diingat, bukannya keluarkan duit sekaligus, tiket & hotel dibeli secara berperingkat, so takdelah rasa berat sangat masa nak membayar tu, hehehe.... Siapa dah biasa travel haruslah fahamkan.... ;-p

Jelas ke tak jelas, hehe... Kesemua bayaran aku kira siap-siap dalam Ringgit Malaysia dan mengikut rate currency masa aku tukar duit awal September lepas. Bayaran tuk teksi menggunakan Vietnam Dong dan bayaran tempat lawatan pula menggunakan US dolar & Vietnam Dong. Kalau tak faham takpe, nanti aku cerita detail di entri-entri seterusnya k....

Perasan tak aku tak letak kos perbelanjaan tuk makan, harga makanan nanti aku cerita kat entri-entri seterusnya ye, harga makanan adalah berbeza mengikut restoran.

Oh ya, kos perbelanjaan shoping-menyoping aku pun tak nyatakan kat sini, jumlahnya agak boleh tahan, muahehehehe... Tapi takpe nanti aku akan story juga di entri-entri seterusnya harga barang-barang yang berjaya ku rembat. Bila difikirkan bukan selalu datang HCM kan so bila lagi nak berbelanja barangan dengan harga yang lebih murah berbanding kat tempat sendiri dan walau tak ori tapi bolehla agak berkualiti juga, hihihi... Uwaaaa makin nipis dompetku TT____TT

Adalah diingatkan sekali lagi, kos perbelanjaan ni tak semestinya sama ngan yang lain coz ikut rezeki masing-masing. Kami juga tak amik mana-mana pakej travel agency @ private tour guide untuk bercuti ke HCM, apa yang boleh aku katakan kos travel sendiri adalah lebih jimat berbanding mengikut mana-mana pakej.

Bagi sesiapa yang baru pertama kali datang ke HCM dan risau nak menuju ke mana, boleh je amik mana-mana pakej. Kitorang hari tu gigih tuk menerokai HCM City dengan berbekalkan pengalaman Cik Nita yang dah pernah pergi last year dan study melalui blog-blog yang dikongsi oleh para blogger. Alhamdulillah we are safe... Terima kasih banyak-banyak diatas perkongsian para blogger, hihihi....

Nampaktu gigih ketua rombongan tengok peta HCM City, nak harap aku boleh biul kepala hotak baca peta...
Yang duk tersengih kat hujung tu cam aku juga, tau ikut je melangkah kaki ke mana arah nak dituju, kihkihkih jangan marahhh...

Sikit lagi nak amik pakej dari private tour guide, setelah di tolak tambah darab bahagi, disebabkan mata wang RM jatuh teruk, we are decide no need tour guide. Dan dari situlah aku dapat menyoping lebih sikit, banyak sangat penjimatan sekiranya kita travel sendiri tau.... Pendek kata nak ke HCM tak perlu amik pakej, seriously senang je menerokai HCM City.

Tadaa... KAMI... Rina, aku, Aina, Uji & Nita... Ready to depart...

Nantikan next entri, pengembaraan kami berlima ke HCM City....

Stay Tuned, to be continue....











2 comments:

  1. Salam..boleh tau tak hotel booking by apa yea? Airport transfer dan pkej chuchi tunnel dan mekong ambil di sana atau dh book siap2 sblm prgi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlam... Arap sy tk t'lmbat reply ptanyaan kmu... Hotel booked online, booking.com... Pkej chuchi n mekong, apot trnsfer smua byar kt sna, tkde booked...

      Delete