aZ ZiL La

aZ ZiL La

Monday 22 December 2014

Pulau Sapi & Pulau Manukan - Part 2

19 December 2014 (Friday)

Jam 0900 menaiki bot dari terminal jeti kat belakang Wisma Merdeka, kami tak naik bot dari Terminal Jeti Jesselton Point, maka akan bermulalah aktiviti air ku dan sesi menggelapkan kulit, disamping merasa air masin serta berpeleseran diatas pasir yang putih,  muahahaha...... Tak sesuai sangat ayat tu....

Entah apa aku fikir masa ni, nak tak nak juga sebenarnya, boatman offer main Banana Boat, katanya pegi ni boleh je main terus kalau nak, aku letak harga RM 20, dia setuju....

Bot bergerak dengan kami berada di belakang menaiki Banana Boat, bila dah main tu baru terfikir, tak payah main ni pun takpe, huhuhu... Boleh lagi terlintas difikiran, bagus RM 20 tu guna tuk tambah main parasailing, hahaha apadaa.... Abaikan dah berlaku pun, next time ye main parasailing pula....


Tu kami nampak kecik je, ejen tak pandai amik gambarla... Boatman pula, dah bagi kamera suruh rakam, tak terakam, tak reti nak guna kamera uolls, aku dah sedia tuk dia tekan rakam je, huhuhu... It's okay....

Hanya mengambil masa selama beberapa minit tuk tiba di Pulau Sapi....
Apa-apapun bayar dulu entrance fee RM 3, yang ni memang bayar sendiri, tak termasuk dalam RM 180 tu....

Kami menunggu breifing tuk seawalking, kami adalah grup pertama tuk aktiviti seawalking ni.... 

Silalah layan pic....


Terasa macam dalam aquarium pula....


Geram wei nak pegang ikan-ikan tu semua... Ikan bewarna-warni....


Guide bagi makanan tuk panggil ikan, sempat lagi ikan gigit tangan aku, kihkihkih....

Done tuk aktiviti seawalking.... Korang try la tuk merasa pengalaman tu sendiri...

So kembali kedaratan.... Isi perut sikit, takde lah lapar sangat coz dah bekpes sebelum berangkat tadi..... Oh ya bagi kami yang nak save budgetni, dah bawa makanan siap-siap.... Mahal makanan kat pulau, standard harga cam makan kat hotel.... Iyela kot, aku tak riview pun harga makanan, hahaha tapi ejen pun cakap camtu....

Tadaa.... Bekalan ku di pulau....


So apa lagi nak buat, main air la.... Ejen nak ajar berenang katanya.... Wah aku dah pandai berenang, kuikuikui pandai la sangat, harapkan life jacket je la....

Snorkeling.... Snorkeling.....


Nasebla tak pandai berenang, kalau pegi tempat dalam sikit, mesti boleh nampak lagi banyak ikan....




Fefeeling duyung, kahkahkah!!

Memanjang ngan life jacket, dah tu tak reti berenangkan....

Lunch time, isi perut lagi sebelum kami transfer ke Pulau Manukan. Jam 1300 kami gerak ke Pulau Manukan, ermm lambat pula boatman ni sampai....

Oh ya, sila simpan entrance tiket yang dah bayar masa kat pulau sebelum tu, tiket tu nak kena tunjuk tuk next pulau pula, kalau takde tiket tu, nanti kena bayar lain pula, walaupun RM 3 je, tapi kalau dah ada tiket simpan je la kan, bukannya susah pun, hikhikhik...


Nampak tak Ah Chai baju hitam tu, ke mana kami ada, di situ dia ada, coz dia amik pakej ngan ejen yang sama ngan kami, cuma dia buat aktiviti flying fox, RM 60 tuk itu. Dia bercuti sorang-sorang tau, cian ngan dia, sampai bosan tak tau nak buat apa...

Kat sini aktiviti kami, tak lain dan tak bukan, main air lagi la, snorkeling terusss.... Aku dah tak tahan ngan air masin ni, kalau tak memang tak berhenti berendam, muahahaha....

So tak tunggu lama, kami gi bersihkan diri...


Posing sikit...

Jam 1500 kami pulang ke pangkal jalan, cukupla tu.... Syukur Alhamdulillah cuaca sangat baik hari ni, apa yang dirancang berjalan lancar. In Shaa Allah next trip menanti...

Selamat tinggal tahun 2014... Kita jumpa di tahun hadapan....

Friday 19 December 2014

Pulau Sapi & Pulau Manukan - Part 1

Assalamualaikum & Hi semua....

Aku kebosanan, maka terjadilah percutianku ke Pulau Sapi & Pulau Manukan.... Kononnya Penang penutup percutianku tahun 2014, mana boleh percaya aku ni, selagi tak masuk tahun baru, selagi tu tak closing vacation, hehehe....

Apa-apa pun aku story harga pakej yang aku dapat, harga-harga pakej lebih kurang sama je rasanya kalau tanya ejen-ejen yang ada kat terminal feri di KK tu, tapi terpulang rezeki masing-masing kalau dapat harga lagi best, so maknanya kenalah pandai deal kan....

Harga tambang bot untuk:-
1 pulau = RM 23
2 pulau = RM 33
dan seterusnya tambah je RM 10 lagi tuk setiap pulau yang nak pegi, boleh pegi 4 @ 5 pulau...

Harga equipment pula:-
Snorkel = RM 10
Life Jacket = RM 10
yang ni nak tak nak kena sewa, tapi kalau tak nak snorkeling tak payahla sewa snorkel, yang life jacket tu rasanya mesti pakai juga.... Masa ni ejen tu offer kat aku RM 15 tuk dua benda ni....

Yuran:-
Jeti : RM 7.20
Pulau : RM 3 bayar masa tiba di pulau
yang ni lagi wajib bayar, tak nak bayar, tak payah pegi pulau, hahaha...

Semua yang kat atas tu kira bayaran wajib la kalau nak gi pulau ni, so TOTAL semua tuk 2 pulau, sebab aku nak pegi dua pulau, RM 58.20 ...... Memandangkan kami pegi bertiga je, so memang tak bolehla nak minta harga murah-murah sangat, bagi sesiapa yang pegi ramai-ramai mungkin bolehlah minta diskaun lagi.....


KAMI....

Akan tetapi untuk semua yang di atas, aku dapat hanya RM 30!!!! tuk seorang. Tak percaya, nanti aku tunjuk bukti, hehehe....

Kalau ada yang dah pernah pegi & dapat harga lagi murah, bagitau aku ye, manatau aku teringin nak pegi lagi lepasni, muahehehe.... Panjang aje kaki ni, hihihi....

Okailah, bayaran wajib dah cerita, ini pula antara aktiviti yang menarik minat aku nak mencuba....

Seawalking : ejen buka harga RM 180
Parasailing : ejen bagi RM 70 per person
Banana boat : ni pula dia bagi RM 25 per person
Dan lain-lain aktiviti lagi yang aku tak berminat, hehehe....

So apa yang terjadi, keinginan membuak-buak ku adalah nak ber'seawalking', setelah ku research dan mencongak-congak, aku budget tuk trip ni hanya RM 180 sahaja. Directly aku cakap ngan ejen aku nak aktiviti seawalking dan bayaran untuk semua sekali, tambang bot tuk 2 pulau + life jacket & snorkel + seawalking = RM 180.

So diapun tak nak berkira sangat ngan aku dan setuju bagi total tuk semua RM 180. Dari sini la aku dapat RM 30 tuk bayaran wajib tadi dan RM 150 adalah tuk bayaran seawalking.

Walaupun aku ada terbaca blogger lain boleh dapat harga serendah RM 135 tuk seawalking, tapi bila ditambah sekali ngan bayaran wajib dorang dalam RM 50, still dapat total yang lebih kurang sama ngan yang aku dapat, so bagi aku RM 180 is a good price, hehehe....

See my resit....


Apa-apapun, thanks diatas maklumat yang aku dapat dari para blogger, hikhik.... Dan sekali lagi aku nak mohon pada sesiapa yang dapat harga lagi murah, share-share la ngan aku, manatau next activity kan.... Oh ya, boleh tinggalkan komen kalau sesiapa nak contact number ejen ni...

Cerita harga pakej je dah panjang berjela.... Aku sambung story seterusnya di next entri pula ye.... Almaklumlah aku kena pilih gambar dulu sebelum meng'hapdet' blog, ditambah lagi kena mengikut tahap kerajinanku....

Sesungguhnya pada ketika ini aku sedang berada di lautan...... Hahaha gigih uolss draft blog sebelum belayar & dah published pun.....




Belanja gambar sikit.....



Friday 21 November 2014

Penang - Part 3

18 November 2014 (Tuesday)

Full charge dah pagi ni, tak payah nak kelam kabut, kami cek out jam 1145, Cik Is datang jemput kat hotel & opkosla kitorang pegi makan dulu, ni sekali pakej bekpes & lunch....


Semalam tak dapat makan nasi kandar so pagi ni kami pi makan nasi kandar....


Nasi Kandar Line Clear..... Katanya antara yang pemes kat sini.....

1230 memulakan penjelajahan hari terakhir kami.... Hari ni kitorang nak gi cari lukisan-lukisan kat dinding tu, Penang Street Art... Kereta parking kat Prangin Mall & kami naik bas menuju area heritage. Asalnya nak naik bas lain tapi dapat naik bas free ni pun bolehla, kalau nak naik bas free kena tengok kat depan bas tu da tulis free shuttle, so tak payah keluarkan duit dari dompet, nak freeee je kan, hehehe....


Da banyak lukisan-lukisan tu, kami tak sempat nak cari semua, kekangan masa dan cuaca yang tak mengizinkan.... Berbekalkan peta yang kami amik dari hotel, ini antara yang sempat dirakamkan....







Lukisan-lukisan ni bukannya dekat-dekat, kita terpaksa menapak cari semuatu, siapa tak larat, boleh sewa basikal @ naik motor, kami jalan kaki je masa tu, boleh juga kalau nak naik beca....

1400 a clock, hujan renyai-renyai, sebelum kami basah lencun bagusla kami beredar.... Tunggu bas free lagi, menuju ke Taman Kota Lama....


Terpaksala duduk minum dulu sementara menunggu hujan berhenti.... Alhamdulillah cuaca memahami kami....



Kami berada di perhentian bas yang betul, inilah bas yang kami nak naik sebenarnya, Penang Hop On Hop Off bas double decker yang baru je beroperasi november ni. Memandangkan baru dilancarkan, naik bas ni tak perlu bayar, dapat lagi naik bas free, hehehe.... Perkhidmatan percuma dari 17 - 23 November, kira langkah kananla time kami datang ni.

Ticket Charge

FOREIGNER24 HOURS48 HOURS
Adult StandardRM 45.00RM 79.00
*Disable / Student / ChildRM 24.00RM 43.00
Children Below 5 YearsFREEFREE
*Passenger must present Student Card / Child must be between 5 to 12 years old

*MALAYSIAN24 HOURS48 HOURS
Adult StandardRM 19.00RM 32.00
**Disable / Student / ChildRM 12.00RM 20.00
Children Below 5 YearsFREEFREE
*Passenger must present Mykad.
**Passenger must present Student Card / Child must be between 5 to 12 years old

*sumber dari Mr. Google


Mula- mula berdiri kat tingkat bawah, tunggula beberapa perhentian da orang turun, kami naik kat tingkat atas, tempat duduk penuh lagi, berdiri lagi kat tingkat atas, sehinggalah da yang turun, baru dapat tempat duduk, kat atas ada area open & bertutup. Dapat tempat duduk kat area open, ikutkan memang best dapat tengok pemandangan dengan angin sepoi-sepoi bahasa, sekali matahari terpacak atas kepala, panas la wei, tak boleh jadi ni, cari tempat duduk kat dalam, ahh lega sejuk sikit berekon.



Laluan bas double decker, kami naik dari perhentian 14 dan berhenti di hentian 8. Mesti ramai orang Penang sendiri belum pernah naik bas ni kan, bas ni sesuai bagi pelancong yang ingin melawat tempat-tempat menarik di Penang.

Jam 1645, nak 2 jam kami duk dalam bas ni, time untuk balik ke pangkal jalan.


Abaikan gambar orang-orang yang ada disekeliling, tak kenalpun....

Dalam perjalanan menuju ke apot, kami singgah sebentar di Kedai Jeruk Pak Ali. Dah sampai Penang haruslah beli jerukkan.



Jeruk Madu Pak Ali...

Akhirnya percutian ku di Penang berakhir... Baru jam 1815 sampai kat apot, awal lagi so nampaknya tak abis lagi bab makan, hehehe....


Menikmati laksa penang & teh durian di Penang Kopitiam.

Flight depart at 2015, alhamdulillah selamat tiba di KLIA2. Banyak lagi tempat yang belum dikunjungi di Penang, In Shaa Allah kalau da rezeki datang lagi.

Rasanya inilah penutup percutianku pada tahun 2014, kita berjumpa lagi di tahun hadapan.... Daaaa...  Enjoy the story, walaupun penceritaan ku tak menarik...

I Love Need Want Vacation.... -_*

Penang - Part 2

Sambungan....

Masa untuk check in hotel... Kami stay kat So Hotel, bilik tuk 3 orang, 1 katil queen saiz & 1 katil single RM 114, booking online, so bahagi 3 orang baru RM 38, jimatkan... jimatkan... Memandangkan bukan semua hotel yang ada bilik tuk 3 orang, hotel ni boleh sangattt....


Saya cadangkan hotel ni pada sapa-sapa yang tercari-cari mana nak stay kalau datang Penang, coz service memang bagus, bilik agak kecil, dah nama hotel budget, tapi selesa, pekerjanya very informative, sangat membantu pada sapa-sapa yang ingin menjelajah bumi Penang, walaupun kadang rasa cam banyak cakap pula dia ni, haha....


Tu dia Mr. Receptionist yang melayan urusan cek in kami....


Nampak 3 bantal tu, tu maksudnya hotel ni menyediakan 3 jenis bantal, aku tak ingat apa-apa jenisnya, hehe.... Boleh pilih nak bantal jenis apa, kitorang pilih yang atas sekali, katanya dari bulu angsa, entah apalah kelebihan bantal tu, aku tak kosentret sangat masa Mr. Receptionist tu cakap....

Okey, selesai urusan cek in, masuk bilik, rehat-rehat, mandi, sempat tido sekejap....

Jam 1800 kami memulakan misi mencari char kuey teow.... Dengan melalui jambatan menuju ke tanah besar, bukanlah pertama kali aku melalui jambatan ni, jambatan terpanjang di Malaysia dan ke-4 terpanjang di Asia Tenggara.

Restoran Key's Char Keow Teow...


Tadaaa.... Dah 2 3 suap baru ingat nak snap pic.... Nak makan char kuey teow sedap memang kena gi Penang, tempat lain memang tak sesedap yang da kat Penang, tu pendapat aku lah, tak tau pula kalau orang lain ada jumpa tempat lain yang lagi sedap.....

Selesai misi pertama, jam 2015 kami gerak kembali ke Georgetown, kali ni menaiki feri pula... Pengalaman menaiki feri ni pun bukan pertama kali, menikmati angin malam, mulalah kenangan lama bertandang kembali, cheh buwekwekwek tak payah nak jiwang sangat hahaha.....



Gambar ehsan dari my travel partner...


Kat dalam feri, nampak kereta Naza hitam tu, tu la keta Cik Is yang bawa kami round-round Penang...

Tujuan seterusnya Batu Feringghi, jam menunjukkan 2140.... Dulu masa aku pi sini petang, petang takde apa, malam baru meriah sikit, bolehla kalau nak shoping @ just window shoping, aku pun beli baju je..... 2325 gerak ke destinasi seterusnya.

 
Eh bukan baju tu yang aku beli tau.... No no no....

Ikutkan da perancangan nak mencari nasi kandar, katanya Restoran Nasi Kandar Beratur buka malam, memandangkan kami kenyang lagi, so kami putuskan makan pasembur.


Snap gambar kedai dia pun cukuplaa, manatau lain kali boleh cuba.....


Misi pencarian pasembur, berdekatan padang Kota Lama.... Jam 2350, masa tu dah banyak gerai yang nak tutup, ni je lah yang buka lagi, pun bolehla..... Tercapai juga hajat....

Mata dah ngantuk, patutla dah jam 0010, sampai bilik je, buat apa yang patut & layan mata zzzz..... Bestnye dapat tido, mana tak, semalaman keje sambung pula jalan-jalan seharian, gini lah kalau keja shif....

Stay tuned next part story mory trip Penang..... 


Penang - Part 1


Nak memulakan ceritera ku ketika ke Penang hari tu...

Bismillahirrahmanirrahim........

Assalamualaikum & Hi semua...

Alahai malas betul nak start entri Penangni, dah taip-taip, delete.... dah taip-taip delete, hahaha padahal cuma percutian pendek je, trip 2 hari 1 malam.... Serius malas sangat ni, tapi ku gagahi juga, uhuk uhuk....

17 November 2014 (Monday)

0940 flight KL - Penang, tapiiii flight take off 1030, kitorang dah duk dalam kapal dan disebabkan kesesakan lalulintas udara, flight tak boleh berlepas, jangan ingat jalan darat je jem, kat udara pun jem tau. Aku memang dah terangguk-angguk kat dalam flight, dah la malam tu kerja dari 2200 - 0700, bila sedar flight tak gerak lagi, sepatutnya 1030 dah boleh sampai kat penang,  redha je la.... TT_____TT Disebabkan delay, jam 1105 baru kitorang sampai....

Tiket flight ni beli sebulan awal lagi, promotion price RM 48 return, tix murah, kalau mahal aku tak pegi juga Penang ni, muahehehe..... Ini bukanlah pertama kali aku gi penang, dah 2 kali aku pegi sebelumni.... Jangan ditanya aku ke mana, dengan siapa, buat apa, itu semua cerita dulu, usah dikenang, hahaha bermadah kononnya... Apapun tercuit juga hati ni, kenangan mengusik jiwa, tipulah kalau aku tak ingatkan.... Ok lah, tersasar dari tajuk dah, hihihi....

Destinasi pertama kami.....


Bukit Bendera.... Hanya bertiga, Geng Rehat 3rd yang lain, kita gi bersama lain kali ye.... Jangan sedey, heeeeeeee.....

Dari apot kami terus gerak ke sini, tiba dalam jam 1215 dengan dijemput oleh Cik Is kawan kepada Cik Miza.

Menaiki train, RM 8 seorang return....


Kat dalam train....

Masuk Muzium Burung Hantu....



Sepatutnya entrance fee RM 10 tuk dewasa, tapi pekerja yang jaga tiket tu bagi kami student price RM 5 je, hehehe dah jimat kat situ.....


Kawan baru saya, kahkahkah....


Kecik je dalamni, pastu ramai orang, jadi bertambahlah sempit, dah la panas, memang takde ekon kot.... Siap ada jawab-jawab soalan lagi, kalau jawab betul dapat hadiah, sibuklah semua orang mencari-cari jawapan kat dalamni, aku sibuk bergambar je la, apa lagi, muahehehe....


Ingat kat Namsan Tower je ada ni, sesapa nak kunci-kunci mangga, tak payah pegi Korea jauh-jauh, boleh buat kat sini, hihihi....




Kita makan dulu.... Aku makan Char Kuey Teow, startla aku teringat Char Kuey Teow kat Tanah Besar, huhuhu.....


Tengokla apa aku dapat kat sini, hahaha inai-inai jari pula.... Buat 2 belah tangan ni RM 25, harga kat atas bukit, mahalke??



Pemandangan Pulau Pinang, tak tau pula kat bawah tu area mana....

Masa untuk meneruskan perjalanan....  Jam 1530 kitorang gerak turun....

To be continue....