aZ ZiL La

aZ ZiL La

Wednesday 30 September 2015

Ho Chi Minh, Vietnam - Last Day

Salam & Hi semua...

17 September 2015 (Thursday)

Today is our last day in HCM City...


Bergambar kenangan kat depan hotel yang kami stay....


Menu pagi ni nasi goreng kampung + milo panas, 70,000 vnd (RM 14).

Jam 0830 pagi terpacak kat Kedai Halal Amin, restoran pilihan kami dari hari pertama lagi berada di HCM. Kalau nak jimat belanja makan, kat sinilah tempatnya, antara yang murah dari restoran lain.

Oh ya, lupa nak bagitau, rata-rata pekerja kat restoran boleh speaking malay ye, korang cakap je melayu, tak payah nak berbelit lidah speaking london. Sama juga ngan peniaga-peniaga kat sana, dah jadi bahasa rojak dah english + malay bercampur baur.

Last minit shoping... Tapi sebelumtu balik hotel, kemas semua barang sebelum kami tinggalkan kat lobi hotel & check out.

Kami kembali ke Kedai Rohani yang ada kami singgah semalam, my sis ada misi kat situ, kitorang yang lain tercongok duduk tunggu urusannya selesai.

Pergi ke Ben Than Market pula...


My sis tengah bargain ngan taukeh ni, dia tengah pegang prada lace tu... Pandailah taukeh ni nak menarik customer, cakap Malaysian muslim, Allahuakbar, aku cinta padamu lah, kakak cantiklah, blablabla....

Settle kat sini, pergi pula Saigon Square...


Orang lain yang cari barang, aku pula yang terbeli tracksuit sama cam aku beli semalam, cuma warna lain. Memandangkan usd aku ada berbaki lagi, bolehlah aku membuat pelaburan kat kedai tu. Price 7usd (RM 29.76)...

Aku takde keinginan pun nak beli t-shirt Vietnam, gara-gara my sis menyinggah kedai runcit, aku pula terpandang colour t-shirt Hard Rock ciplak tu cam sweet je, last-last seorang satu beli t-shirt tu.


Colour sweet yang aku nampak tapi warna biru tua ni juga yang aku beli, hehehe... RM 7 je...

Dah habis tujuan nampak gayanya, sebelum kami nak ke airport, singgah menapau makanan dulu, dah sampai sana jangan kelaparan pula, takde makanan halal ye kat airport.

Tips mencari teksi, hanya gunakan teksi vinasun, teksi bermeter. Kalau teksi lain nanti driver main letak harga je pastu kena bayar mahal. Kalau lagi nak selamat, boleh minta hotel panggilkan teksi, hotel cas sikit je.

Jam 1330 kami gerak ke airport dan around 20-25 minit dah sampai airport. Tambang teksi 130,000 vnd (RM  26), seorang hanya RM 5.20. Ingat tu rate airport transfer, jangan ada yang datang HCM kena tipu ngan driver teksi.


Duduk dekat ngan tiang, flight kitorang lama lagi...


Dah checkin & masuk gate...


Alahai... Tengoklah dua beradik tu tengah main henpon besaq. Ada internet ye benda tu, bowsan punya pasal, pasang youtube tengok upin ipin... Orang tengok je kami kerjakan benda tu, dorang pun join sekali tengok upin ipin, hihihi.....

Babai HCM City... Basi duk airport, flight delay sehingga jam 2225, tapi pandai pihak airline buat kitorang tak bosan, 3 kali tukar gate, dari gate 19 ke 14 dan akhirnya 18, uhuk uhuk....


Sebagai tatapan terakhir, keesokan harinya (18 September 2015 / Friday) pulang ke pangkal jalan. Hanya aku & Rina menaiki MAS, wahh bukan selalu dapat tengok movie camni, dapat dikira berapa kali seumur hidup dapat naik MAS. Tengok movie Pilot Cafe gitu...


Hidangan supper kami, mengharapkan set dinner sebenarnya, muahehehe....

Berakhir sudah percutianku... Percutian terakhir untuk tahun ni, setakat ni lah, hihihi rasanya memang takde dah cuti-cuti Malaysia untuk tahun ni...

In Shaa Allah, nantikan pengembaraan ku seterusnya tahun hadapan.... ؛-* :-* ؛-*

Wassalam...
















Monday 28 September 2015

Ho Chi Minh, Vietnam - Day 3

Salam & Hi the readers....

16 September 2015 (Wednesday)

Pagi ni bersiap lewat sikit coz takde dah nak ke destinasi jauh-jauh. Kitorang buat aktiviti City Tour je pagi ni, ;-) ....


Apa-apapun breakfast dulu....


Mee goreng + telur & kopi susu panas, 80,000vnd (RM 16). Lokasi Kedai Halal Amin.

Inilah breakfast ku dua hari berturut-turut, bezanya semalam kopi susu ais, arini kopi susu panas, sepanjang 5 hari kat sana, wajib setiap hari minum kopi susu... Walaupun manis semanis-manisnya aku minum juga. Almaklumlah, kopi Vietnam kan pemes disebut-sebut, bila beli bawa balik Malaysia rasanya dah tak sama ngan original Vitnamese bancuh. Seriusni, ini bukan cerita rekaan semata-mata, :-p ....

Arghh... Nampak kat langit tu gulap gulita je, kitorang balik ke bilik dan stay dulu sehingga hujan reda.... Niat nak ke Binh Tay Market terpaksa di lupakan, aku pun teringin pegi tempat tu coz di khabarkan lagi murah dari Ben Than Market.

Jam 0940 barulah cuaca mengizinkan kami untuk meneruskan eksplorasi city tour, hehehe....


Nak setengah jam kot berjalan kaki dengan berbekalkan peta akhirnya jumpa juga War Remnants Museum.... Kitorang tak sesat cuma ikut jalan jauh, mesti ada jalan short cut tapi manalah kitorang tau kan, ngam sangatlah tu sesi membakar lemak, kihkihkih....


Entrance fee hanya 15,000vnd (RM 3).


Kereta kebal tersusun di luar Muzeum...


Kapal-kapal perang....


Terdapat 7 bahagian kat dalam muzeum ni.... Round satu-persatu mengikut turutan, barulah nampak rentetan sejarah tu....





Suasana di dalam muzeum...

Sesiapa yang menghayati dari mula sejarah peperangan yang berlaku di Vietnam, tak de kata lain yang boleh di ungkapkan, S.E.D.I.H so so so sad....


Inilah realitinya... Kesan dari peperangan, banyak lagi gambar-gambar yang dipaparkan. Nyawa-nyawa terkorban, kecacatan kekal, penderitaan tak tertanggung.... TT_____TT emosional pula kejap, hehehe...

Nak sejam juga kitorang kat muzeum ni, cukuplah tu memandangkan tak nak buang masa, jom gerak pula ke tempat lain. Alamak hujan turun lagi, walaupun hujan sempat juga snap-snap pic..


Gereja... Bangunan lama yang menjadi daya penarik di HCM City. Sebelah bangunan ni sebenarnya next lokasi yang kitorang nak pegi...


Post Office... Aik takkan pejabat pos pun nak pegi, nak singgah pos barang jap, wakahkah pos baranglah sangat. Pejabat pos ni pun salah satu tempat menarik yang biasa dikunjungi oleh tourist coz reka bentuknya yang unik. Naseb baik ada abang pakaian seragam yang tunjuk jalan kat kami.



Suasana kat dalam bangunan... Ni sambil-sambil berteduh juga sebenarnya, nak buat camna time kitorang pegi ni musim hujan, huhuhuhu....

Arghhh agak bowsan update blog apabila tak banyak gambar kat gallery aku, eh tetiba pula, hahaha... Aiyak diorang ni send gambar sekerat-sekerat je, uhuk uhuk... It's Ok, hehe... Opss iklan sekejap, sambung penceritaan....

Dah tak boleh berlama-lama sangat kat pejabat pos ni, rasa-rasanya dah slow sikit hujan tu. Kebuntuan melanda, entah nak ke mana kami ni, tup tup jumpa Taka Plaza, ermmm lupa amik pic la.... Tak beli apa ponn, chow je la dari situ...


Layan shopping mall pula lah, Saigon Square....

Bila dengar Taka Plaza & Saigon Square, dalam fikiran aku shopping mall cam kat City Square kalau kat JB, cam Centre Point kalau kat KK. Takde lah aku bayangkan besar sangat, sekurang-kurangnya ala-ala shopping complex lah. Owh rupanya andaian ku meleset, dalam tu sama je lebih kurang cam kat Ben Tahn Market, cuma kain tak dijual kat Taka Plaza & Saigon Square.


Oleh yang demikian, hasil tangkapan jersi merah 120,000vnd (RM 24), jersi purple 6usd (RM 25.5).


Tracksuit 7 usd (RM 29.75). Ini hasil kawal nafsu, kalau ikutkan rambang mata ni semua pun nak beli, cukup-cukuplah ziela.... Jom lah isi perut pula....


Apa entah nama makanan aku order ni, yang penting bukan nasi goreng pataya, walaupun nasi berbungkus dengan telur. Harga 109,000 vnd (RM 21.80), tak payah nak terkejut dengan harganya, standard harga cam tu. Lokasi Restoran Sri Penang, nak cuba restoran lain kan, jadi terimalah juga kelainan harga tu.


Cam dah jadi aktiviti wajib pula memanjakan diri ni bila travel, kita try pula cara urutan Vietnam. Tapi kami berempat tak urut kaki pun, kitorang buat bleached cell je, Miss Rina seorang je urut kaki. Dah takde kulit keras, hilang semua daki-daki kat kaki ku, hehehe....

Dalam 30-35 minit lah amoi tu memyental kaki kami... Price 110,000vnd (RM 22).


Aku suggest Kedai Rohani ni kepada sesiapa yang nak beli tudung naelofar, telekung @ baju readymade. Aku tak shopping kat sini, da lagi yang nak dibeli oleh my sis, tu yang kami menyinggah tu. Bila dia dah beli kat sini, malam pegi pasar malam jumpa pula tudung sebijik dengan harga yang lebih murah, rejekih masing-masing.....



Dah takde apa dah nak dibeli sangat, nak round pasar malam pun tak rajin dah. Ni je lah souviner yang ku beli kat pasar malam.... Kos belian hanya RM 25. Sorry kawan-kawan, kalau aku berjalan lebih, lebih juga souvenir yang aku beli, nampak gayanya hanya sekerat jalan je round kawasan.

Di malam terakhir, packing time... Balik bilik, ressstt...


































Saturday 26 September 2015

Ho Chi Minh, Vietnam - Day 2 (Part 2)

Hari kedua di HCM City belum berakhir...

Salam & Hi semua...

Selepas kami terumbang-ambing sekejap coz bas tak hantar terus ke hotel, kitorang pun tanya je jalan menuju nak ke Ben Than Market....

Sebut Ben Than Market, it is time for shopping...

Jangan tak tau, ini adalah kostum tuk kami bershoping... Muahehehe...

Okeh dah jam 1500, cam biasa juga it's raining time... Eloklah sambil tunggu hujan teduh sikit, kitorang menyoping kat Ben Than Market...


Belian pertama ku... Dapatlah harga RM 30, nego ngan penjual tu 7usd, dia tak terima so bayar je lah dalam RM.


Pegi kedai lain, yes amoi tu terima 7usd (RM 29.75) so aku beli lagi 1 kain tu, colour lain pula, hehe... 2 meter prada lace ngan 4 meter kain satin tu RM 90, penat & dah malas tawar-menawar, beli je la... Kat pasar malam ada kakak tu jual RM 80, rezeki masing-masing....


Nampak amoi baju hijau tersenyum lebar tu, suka lah tu orang dah beli kat kedai dia, bila orang bargain, keluarlah bebelan dalam bahasa ibunda diorang, lantaklah... Yang penting dapat harga murahkan, hehehe....

Hujan dah reda nampak gayanya, apa lagi cari makanlah. Pilihan restoran hari ni Restoran Hajah Basiroh....


Lunch + Dinner... Nasi ikan goreng sayur, 70,000vnd (RM14)... Nampak tak makanan kat sini mahal sikit dari Kedai Halal Amin...

590,000vnd (RM 118) tuk 5 person...

Korang budgetlah kos tuk makan minum bila datang HCM ye, sekali lagi terimalah kenyataan beginilah harga untuk makanan halal di HCM.


Popiah udang Vietnam style... Isinya nasi, udang & ulam... Nampak sedap ngan seketul udang kat dlam tu, tapi sayang aku tak boleh let go disebabkan entah daun apa tuh, ulam orang Vietnam, seriously aku try makan tapi memang tak ngam kat tekak aku, huhu...

Alahai hujan lebat lagi.... Kali ni aku tak nak sia-siakan masa, apalagi beli baju hujanlah.... Baju hujan RM3, asal dapat bungkus badan jadilah...


Kat belakang bertopi haji & bertudung merah tu taukeh tudung, hehe... Lokasi bukan kat pasar malam, tapi kat deretan kedai sebaris Restoran Hajah Basiroh.


Selamat kitorang borong 20 pasang tudung ngan harga 65usd (RM276.25), naelofar katanya, kualiti kain pun okeh, tak payah beli mahal-mahal kat Malaysia....


Memang teringin nak beli sport shoes, you know me, workout is my life, bwuekk nak muntah dengar, wakahkah... Dah alang-alang pegi HCM, beli kat sini je lah... Price is 19usd (RM80.75), again penat & malas dah nego, rembat je lah... Yang penting i'm satisfied...


Berbaju merah amoi salesgirl kat kedai kasut tu, lokasi bukan kat pasar malam, tapi sebaris dengan Restoran Sri Penang...


Yahoo hajat tercapai, impian nak beli jeans kat HCM... Price RM 80...


Shop Lyna... Aku terbaca kat blog tentang gerai akak ni, yang ni barulah lokasi kat pasar malam. Jeans good quality, jimat duit tak payah beli mahal-mahal kat kedai levis...

Done tuk hari ini, kembali ke sangkar dengan dompet semakin menipis... TT____TT














Ho Chi Minh, Vietnam - Day 2 (Part 1)

Salam & Hi uols...

Tak payah nak mukadimah panjang sangat, layan je lah cerita hari kedua kami di HCM...

15 September 2015 (Tuesday)


Today is Cu Chi Tunnel Trip...

Tak nak berlaku seperti kejadian semalam, kami dah siap sedia order makanan kat Kedai Halal Amin, minta tapau dan hantarkan ke hotel. Ermm tapi nampaknya order lambat sampai so pagi tu kami terjah je restoran tu dan tunggu makanan kitorang kat sana.

Sempat aje kami makan kat sana, tapi makanan aku tak abis pun so angkut je naik bas. Jam 0800 bas pick up kitorang dan turunkan di tempat bas sebenarnya yang akan bawa kami ke Cu Chi Tunnel. Tunggu punya tunggu jam 0830 baru bas gerak, itu pun gerak round lagi pick up yang lain, jam 0905 barulah bas full dengan tourist dari pelbagai negara, hihihi... Erkk sejam je tuk kumpul orang.


Bersama our tour guide pada hari ini adalah John Way (nama inggeris yang diberi)...


Kejadian berulang sekali lagi, salah sendiri tak tengok betul-betul pakej yang diambil, bayaran 8usd (RM 34) hanyalah untuk bayaran transportion dan tour guide.


So kat dalam bas ni lah our tour guide kutip duit untuk entrance fee sebanyak 110,000vnd (RM 22). Kat tiket bahasa Vietnam semata-mata, 90,000vnd fee tuk apa, yang 20,000vnd tak tau fee tuk apa, at least letak bahasa inggeris, paham jugak kite ni, huhu. Orait, never mind... Jangan jadi macam kami ye kawan-kawan, lain kali cek betul-betul kalau nak amik pakej tu, kwangkwangkwang...

Dengar si John Way ni membebel terasa lama duk dalam bas, kalau ikutkan setengah jam dah sampai kat Cu Chi Tunnel, rupa-rupanya perkara sama berlaku lagi seperti semalam, diorang tak kan straight to the point.

Okeh dah jam 1015, first destination Handicapped Handicrafts, tapi bukan tempat semalam ye, ni tempat lain pula, cuma benda yang sama juga diorang hasilkan.


Tempat mereka mencurahkan kekreatifan mereka...


Semalam aku tak amik gambar kan, yang ni takdelah aku jujur sangat dah, tapi amik gambar dari luar je, luas lagi kat dalam tu, pelbagai kraftangan ada kat dalam...


Bas yang kami naiki... Tunggu kat luar je, kalau nak shopping kraftangan cari je kat pasar malam, lagi murah. Nak 25 minit juga kitorang kat sini...


Lebih kurang jam 1130 baru tiba di destinasi sebenar...


First sekali kami disajikan dengan tayangan kisah peperangan yang melanda negara Vietnam suatu ketika dulu. Selepas itu, barulah penerangan mengenai Cu Chi Tunnel.


Si John Way bukan saja-saja berdiri kat situ, kat depan dia tu ada terowong (tunnel) yang dihasilkan semasa berlaku peperangan dahulu. Nampak tak betapa keciknya lubang tu, orang Vietnam memang kecik-kecik, aku bila nak kecik ni, :-p hehehe...


Antara perangkap yang dihasilkan untuk melawan musuh...


Sedikit gambaran bagaimana tentera Vietnam menghasilkan senjata untuk melawan musuh.


Antara contoh perangkap-perangkap yang digunakan untuk melawan musuh...


Nak test menembak pun boleh, bayaran mengikut kebesaran peluru kalau tak silap, tak pasti berapa coz kitorang tak mencuba pun, hehehe...


Masa yang dinanti-nanti... Nak merasai bagaimana orang Vietnam dulu bersembunyi dari musuh... Laluan dah di modified bagi kesenangan pengunjung, kira pelbagai saiz badan boleh masuk dalam tu, tapi tahan kaki je lah nak merangkak. Ikut kekecilan tunnel yang sebenar, orang Vietnam meniarap je dalam tu, bayangkanlah betapa sempitnya terowongtu...

Jam 1330 berakhirlah penjelajahan kami di dalam hutan... Cuma satu yang kami tak merasa iaitu makan ubi kayu... Mungkin disebabkan tourist ramai pada hari tu, dorang tak dapat sediakan jamuan ringan. Kalau ikutkan diorang akan bagi makan & minum, makanan adalah ubi kayu seperti makanan semasa zaman perang dahulu.

Alhamdulillah, selesai satu lagi tujuan...