aZ ZiL La

aZ ZiL La

Thursday 31 January 2019

Upside Down House Kuching



Assalamualaikum w.b.t... Hello eberibadi...

Setelah mengetahui serba sedikit mengenai suku kaum etnik yang terdapat di Sarawak, jom santai berfoto di Upside Down House....

Lokasinya berdekatan dengan Tune Hotel, bagi sesiapa yang menginap di hotel sekitar bandar Kuching, amat mudah untuk menuju ke lokasi ini... Sis jalan kaki je dari Riverside Majestic Hotel dengan 5 minit jarak perjalanan berlenggang kangkung :-)

Harga tiket:-


Gambar ehsan dari facebook Upside Down House Kuching

Bagi yang gemar mengambil gambar yang unik, di sinilah tempatnya. Sis ni pula memang spesis suka bergambar, muahehehe... Layankan gambar si kaki foto...






 Living room....



Bedroom...



Bathroom...



Kitchen...


Workspace...

Terima kasih atas bantuan staff Upside Down House yang banyak membantu weollss sehingga berjaya memutarbalikkan, tunggang terbalikkan, tonggeng-menonggeng, berdiri baring bangun duduk, seterusnya lompat-melompatkan diri weolls bagi menghasilkan gambar-gambar yang ohsem ini :-)


Sehingga berjumpa lagi Sarawak Bumi Kenyalang, In Shaa Allah...

Wassalam...

Wednesday 30 January 2019

Sarawak Culture Village - Part 2



Assalamualaikum w.b.t... Haloo gaiss..

Sambungan dari entri sebelum ni...

4. Rumah Penan



Kat sini sis tak masuk ke dalam, tak tahu macam mana keadaan dalam rumah penan, sis cuma lalu tempat pembuatan parang, pisau, emmm entah apa nama senjata diorang ni... Pastu tengok alat muzik yang ada, sambil mamat ni belanja alunan muzik kepada sis... :-p

5. Rumah Orang Ulu


Tiang rumah ni sama je tinggi macam rumah melanau, tapi kat dalam tak bertingkat-tingkat macam rumah melanau...




Berandanya yang sangat luas...


Rantai manik orang ulu...

6. Rumah Iban




Kain tenun iban...



Kalau kat rumah-rumah lain semuanya makcik-makcik yang buat kuih, tapi di Rumah Iban ni, gadis pula yang buat... (kebetulan je masa aku datang kot, heeee)

7. Rumah Bidayuh



Rumah yang berbentuk bulat...

Sesiapa yang nak main seruling tu dipersilakan, pakcik tu izinkan je... Nama sebenar alat muzik tradisional tidak diketahui :-(


Bolehlah kalau nak shopping mopping souvenir sebagai tanda kenangan...


Jambatan buluh...


Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan kebudayaan selama 45 minit iaitu pada jam 11.30 pagi atau jam 4.00 petang.




Boleh tahan hebat Mat Salleh tu menyumpit dari jarak jauh...


Diakhir persembahan pengunjung dijemput untuk menari bersama di atas pentas...

The end... Wassalam...

Tuesday 29 January 2019

Sarawak Culture Village - Part 1




Assalamualaikum w.b.t.... Hi uolss...

Selamat Datang ke Kampung Budaya Sarawak....


Home of the Rain Forest World Music Festival... Mengambil masa selama 45 minit perjalanan dari pusat bandaraya Kuching, saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan van shuttle daripada Grand Margherita Hotel, Kuching iaitu berharga RM40 seorang untuk pergi dan balik. (Sila rujuk jadual perjalanan di laman web Sarawak Culture Village, https://scv.com.my).

Tidak digalakkan menggunakan grab coz dikhuatiri tiada pemandu grab di sekitar kawasan tersebut, memandangkan lokasi SCV agak jauh sedikit, nanti ada yang tak balik rumah, kihkihkih... Sesiapa yang tidak suka terikat dengan masa, adalah lebih baik menaiki kenderaan sendiri :-)


Untuk penjimatan bolehlah membeli tiket masuk melalui laman web SCV berjumlah RM50 seorang, kalau beli walk in tu tiket berharga RM60++ termasuk service charge, setiap pengunjung akan diberi passport untuk dicop di setiap rumah yang dilawati.

1. Rumah Cina...
 





Ang Koo Kueh dijual RM3 untuk 5 biji...

2. Rumah Melayu...





Main congkak...


Melangkah je dalam bilik ni, makcik berdua ni mempersembahkan lagu Selamat Datang bersama paluan kompang.


Pelamin kahwin suku kaum Melayu..


Melukis dan mewarna batik..


Nak buat tattoo sementara berharga RM10, dalam masa 2 3 hari hilanglah tattoo tu coz hanya menggunakan warna batik...


Tempat bermain gasing dan memanah... Bayaran tak pasti sebab saya tak singgahpun, muahehe...

3. Rumah Melanau...






Mula-mula naik ke tingkat dua tangganya tak tinggi lagi, pastu naik ke tingkat tiga tinggi sikit, ingatkan 3 tingkat ja, ada lagi paling atas, takde lah aku nak naik atas lagi... Boleh nampak rumah tu memang tinggi, tiang pun dah sedia tinggi...


Tingkat pertama dah ada Dewan Penyembuhan...


Seperti biasa ada makcik menjual kuih-muih tradisional, proses pembuatan kuih akan dibuat di sana juga, pakej sekali lawatan sambil belajar, manalah tau balik dari SCV ni ada yang teringin buat sendiri kuih-muih tu, kuikuikui....



Tingkat kedua terdapat beberapa buah bilik... Diantara suasana di dalam setiap bilik....


Pelamin kahwin suku kaum Melanau di tingkat tiga....


Persembahan tarian  dimulakan oleh penari-penari diikuti oleh pengunjung yang ingin mencuba... Masa sangat mencemburui, aku tak sempat nak tengok dan mencuba tarian ni....


Kau menjelajah ke rumah tu, engko sendiri kena cop passport kau...

Tak habis di sini, story mory untuk empat buah rumah lagi di entri seterusnya... Stay tuned!

Wassalam ;-)