aZ ZiL La

aZ ZiL La

Thursday 6 August 2015

Monsopiad Cultural Village

Salam & Hi everyone...

5 August 2015 (Wednesday)


Welcome to Monsopiad Cultural Village....


Apa-apapun bayar entrance fee dulu...
For registration kat sinilah.....
Ada pakej juga ni, kitorang amik pakej traditional performances ngan tour guide for sightseeing RM45...

Harga tiket ni aku konpius sikit, macam suka hati je nak berubah, kejap RM 40, tiba-tiba RM 45 pula, ada terbaca blog orang lain diorang bayar RM 55....

Kalau tak nak tengok persembahan kebudayaan lain harga lagi, tak nak tour guide pun lain harga juga.... Ermm.....

Tak nak guna tour guide pun boleh je, lagipun tak besar mana tempatni, cuma kalau nak tau sejarah better amik pakej tour guide, ada juga penerangan & bertambahlah ilmutu, hihihi....


Kat belakang tu kafe, sementara menunggu persembahan kebudayaan 11:00 am, pengunjung disajikan minuman, sebelum datang sini aku dah breakfast so tak minum pun...

Oh ya, persembahan kebudayaan ada masa-masa tertentu, so edjasla masa korang kalau nak datang sini....


Menikmati pemandangan air sungai yang kuning.... Nampak tu hidangan yang disediakan.....


Tourist husband & wife from Holland....
Ekekek redah je begambar ngan mat salleh ni....
Kami berenam je pengunjung pagi tu, almaklumlah hari biasa, lagipun musim hujan membataskan pergerakan kalau nak travel....


Dah abis pun show....
Sedikit frustrated.... Sebab apa, ok ni nak story ni....

Diorang buat 3 persembahan, 2 persembahan tarian, biasalah tarian sumazau, yang last tu pertunjukan menyumpit. Setiap persembahan dalam seminit lebih je. 

Pastu baru perasan, perempuan kat receptionist tu salah seorang yang menari, dia jugalah yang pukul gong dan rupa-rupanya diorang jugalah tour guide.... Wah senang, sekali pakej, ekekeke.....

Yang tu tak kesahlah, cuma the show is very simple, macam tak berbaloi pula dah bayar tapi the performances bukanlah seperti yang diharapkan. Aku ada rakam persembahan diorang, tapi tak dapat nak upload kat sini....

Untuk menyeronokkan lagi, diorang jemputlah penonton naik ke pentas, ikut sama-sama menari ngan boleh try menyumpit. Diakhir persembahan boleh bergambar bersama penari... Nampak tak kayu yang aku pegang dalam gambartu, itulah 'sumpit' (tak pasti nama lain bagi sumpit) yang digunakan semasa persembahan, sumpit tu paling tinggi antara semua di dalam gambar, hahaha....

Kalau ada tempahan dari ejen pelancongan baru persembahan meriah kot.... :-( The show pun ikut musim....


Nampak mamat yang tengah sengih tengok member cuba nyalakan api melalui buluhtu, yang tu lah tour guide kami...

Mereka berdua ni jugalah penari masa persembahan kebudayaan tadi. Kan dah kata diorang ni all in one, hihihi....

Okey gambar kat atas tu demontrasi nyalakan api melalui buluh, 3 kali percubaan, cuma bara api yang jadi, nampaklah juga api tu nak jadi, cuma api tak marak menyala, disebabkan cuaca kot, hehe.... So itulah cara orang dulu- dulu mendapatkan api, ada api, berasaplah dapur....

Kalau nak try buat pun boleh, tapi memang takdelah keinginan & kerajinan mencuba di situ, hihihi.... Sesapa nak jimat gas kat rumah, boleh cari buluh banyak-banyak lepasni, guna cara tradisional je, wakahkah jenuh nak hidupkan api, lighterkan ada....


Terus menuju ke House of Skulls...
Nampaktu tengkorak yang bergantungan, tengkorak betul ye, tengkorak perompak-perompak yang mengganggu ketenteraman kampung, lebih kurang gitu kot sejarahnya, aku tak kosentret masa tour guide cerita.... Dan the 'head hunter' tu adalah Monsopiad, kiranya si Monsopiad ni lah hero kat kampung ni 300 tahun yang lalu....


Terdapat peralatan yang digunakan untuk upacara-upacara tertentu ada di rumah ini.... Disekitar dinding rumah juga ada gambar-gambar menunjukkan upacara yang dijalankan. Sorry tak amik gambar pula....


Peralatan tradisional memproses padi...


Bila dah jadi beras, boleh buat 'tuak' pula, alaa minuman tuk mabuk-mabuk tu, ekeke kennot drink ya, look-look aje....


Ingat tugu apalah batu tu, batu tu pun ada sejarahnya....

Batu tu dibawa dari pulau oleh 7 worrior & 7 bobohizan ke kampung ni kerana dikatakan hanya batu ni boleh menyembuhkan penyakit yang melanda di kampung ni suatu ketika dulu, ini tour guide yang cerita, kalau cerita dia tak tepat, maka aku pun dapat info yang tak betul lah...

4 buluh yang terpacak dipenjuru batu tu akan diletakkan kepala dan dilumurkan dengan darah binatang, yang ni aku lupa bianatang apa, 7 ekor ayam, 7 ekor kerbau, entah apa lagi ye, lebih kurang macam tu lah upacara yang dijalankan....

Sejarah aku memang lemah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.... Ingatan pun kompom semakin pudar, muahehehe....


Belanja 1 pic lagi... Kalau menyeberang ke sebelah tu dah masuk kampung lain kot....

Itu aje lah yang ada kat sini, kecik je kawasannya, memang tak sempat penat....

So sekian entri tuk kali ni, ermm entah bila lagi next traveling ku.... TT______TT

Wassalam....










No comments:

Post a Comment