aZ ZiL La

aZ ZiL La

Thursday 24 September 2015

Ho Chi Minh, Vietnam - Day 1 (Part 2)

Hello again everyone...

Okehla aku teruskan penceritaan, sebelum penyakit malas ku datang balik....

Apabila sampai di seberang sungai.... Tak jauhpun, 10 minit pun tak sampai....


Tu dia lebah bersama madunya, kalau nampak lebah kat sarang, yang tu patut lari sebelum disengat, yang ni tak payah risau, lebah tu dah diumpan dengan madu mereka sendiri....


Ingat diorang saja-saja bawa gi tempat ni, diorang bagi minum & makan, pastu promotelah madu diorang...

Minuman tu campuran madu, limau & air apa ye, teh kot, hahaha amoi tu buat laju sangat, dia tak cakap apa pun sehinggalah dia promote madu untuk dijual.... 


Ermmm boleh tahan sedap juga rasanya....

Next station....


Mak aii beratnya ular tu... Yang ni tetiba ada ular sebab diorang ada buat barangan daripada kulit ular. Aisshh lupa pula nak gambar barangan jualan diorang... 


"Badanku kurus bukannya kurang makan, badanku kurus bukannya kurang tidur, lalalala...." Lagu dendangan amoi baju kuning tu, disebabkan ramai pelancong dari Malaysia datang ke HCM, diorang pun sediakan lah lagu melayu untuk diperdengarkan....

Jejaka bertopi tu our tour guide, diapun tak nak lepaskan peluang menghiburkan para pelancong, katanya kami semua lucky coz bersama dia pada hari tu... Alahai, kami tak faham pun apa yang korang nyanyi, muahehe....


Sambil dihiburkan dengan nyanyian, kami disajikan dengan buah-buahan.... Entah kenapa aku rasa tawar semua buah-buahan ni...


To support the singer, bagilah tips money seikhlas berapa yang korang nak bagi...

Inilah masa yang ditunggu...


Menyusuri Sungai Mekong...


Boleh tahan nenek yang mendayung sampan ni, dalam sehari entah berapa kali ulang alik amik tourist...

Sehinggalah sampai kembali ke bot, give your tips money kat pendayung sampan....

Jam menunjukkan 1245... Stesen berikutnya....


Tempat pemprosesan Coconut Candy....


Ada 6 perisa semuanya, perisa kopi, kacang, koko, halia, durian dan original.
Buy 5 free 1 dengan harga 150,000 vnd (RM 30). Aku beli je lah, ole-ole tuk kawan-kawan.

Jam 1315 lunch hour, masa yang ditunggu-tunggu... Kami dibawa ke restoran....

Apa yang berlaku di sini, kami tidak makan apa pun TT______TT ...


'Lunch rowing boat' yang tertera di dalam pakej bukanlah bermaksud pakej ini included dengan makanan tengahari, kitorang dah salah faham, tapi masa amik pakej dah tanya si Tung tu, kalau aku tak silap dengar, katanya makan termasuk sekali.

Aigoo dah lah tak sarapan, dah lunch time pun tak de makanan pula, buat pengetahuan, restoran yang ada kat sana adalah tidak halal!! Group family yang 1 lagi pun kena cam kami, diorang pun diberitahu makan termasuk dalam pakej.

Ternanti-nanti aktiviti seterusnya... Aktiviti seterusnya adalah aktiviti bebas, terdapat  motor-motor & basikal-basikal yang boleh digunakan secara percuma kalau nak round-round kawasan.  Dengan perut lapar, rasanya ada tenaga ke nak bersuka ria. Duduk-duduk je lah menunggu masa tuk pulang dannn hujan pun turun.....


Mengisi masa yang ada, snap-snap....

Jam 1440 menaiki bot tuk kembali ke jeti.... Tak sempat sampai di jeti, hujan turun lagi dengan lebatnya, dah la bot tak berdinding, kompomlah basah kena tempias hujan. Teringat cakap our tour guide yang setiap petang hujan akan turun coz kat Vietnam tengah musim hujan.

Tak sabar sampai ke bandar Saigon sebab nak cari makan, lapar ni tak makan dari pagi. Pengalaman melancong kat tempat orang, bukan semuanya manis, pasti ada cacat cela kan, takpe sebagai peringatan & panduan kepada bakal-bakal traveller yang 1st time nak ke HCM.

Ingat dah habis kat sini, rupanya singgah lagi ke tempat menjual t-shirt-t-shirt. Kata our tour guide, t-shirt kat sana dijual dengan harga murah, ermmm bila aku tengok cam tak banyak pilihan je, dah la kedai-kedai yang lain tutup, tak pasti lah memang tutup @ baru tutup @ lewat sikit baru buka, so memang tak membeli lah jawabnya.

Meneruskan perjalanan, dalam bas aku membuta je, jam 1700 sampai di bandar Saigon.


Destinasi pertama kami tentulah tempat makan. Restoran pertama kitorang di HCM, kedai Halal Amin. Breakfast + Lunch + Dinner....


Nasi goreng seafood, 50,000 vnd (RM 10). Sila terima kenyataan, beginilah harga makanan kat HCM. Ini kira murah okeh, restoran lain lagi mahal.

Selesai makan, kitorang balik hotel, buat apa yang patut, amik nafas sekejap dan tak nak sia-siakan masa yang ada, kitorang pun pergilah ke pasar malam...


Hanya jersi ini sahaja yang berjaya ku beli sebelum hujan lebat sekali lagi membasahi bumi HCM. Harga 60,000 vnd (RM 12).

Alhamdulillah, berakhir hari pertama kami di HCM....




















No comments:

Post a Comment