aZ ZiL La

aZ ZiL La

Saturday 7 October 2023

Surabaya (Day 3)


Assalamualaikum W.B.T... Annyeonghesayo chingu πŸ€— Jom stay in Seoul, gaja...

23 September 2023 (Sabtu)

Hari ketiga berada di Indonesia, Korea atau negara eropah ni...

Flora Wisata Santerra De Laponte menjamukan pandangan mata dengan pelbagai jenis bunga dan bangunan berwarna-warni.


Cari benda tersembuyi πŸ˜†

Instagrammable places, sesuai kepada kaki selfie...

Surau pun colour full 😍

Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini, setiap game dikenakan bayaran tiket masuk. Rata-rata ticket price sekitar Rp20,000 hingga Rp30,000 (RM6 to RM9).

Masa amat mencemburui kami, tidak sempat untuk menerokai setiap pelusuk taman...

🌈 Rainbow Slide, game ni ja la main sampai dua kali 😬 Abaikan tudung tu...

Harga tiket Rp20,000 (RM6)

Fefeeling di Korea pula...

Sewa hanbok Rp50,000 (RM15)

Next destination...

Me teruja nak main paragliding ni, pestaim kan ;-)

Seronok you...

Dah selesai, akan dihantar kembali ke paragliding spot...

Miss Riena kat belakang tu... Uolls jangan fikir weall sesaja nak naik ojek, takde maknanya πŸ’πŸ»‍♀️

Sambung foto-fotoan dulu di Omah Kayu 🏚 

Bersebelahan Omah Kayu adalah area Taman Langit. Kami skip sahaja tempat ni dan beransur pergi ke lokasi berikutnya...

 
Memandangkan dihari kedua kami tidak mengunjungi Madakaripura Warerfall so digantikan dengan Coban Rondo Waterfall...

Kejar masa, snap snap snap... Mengikut itinerari aktiviti seterusnya adalah petik epal, kami bilang sama bapak, nggak usah dipetik epalnya, mau makan epal beli di pasar aja πŸ˜…

Kami ingkar sekali lagi, kami request sama bapak mau kembali ke Surabaya lebih awal. So kami abaikan tempat lawatan terakhir iaitu Rumah warna-warni Malang.

Lokasinya tidak jauh dari Restoran SS Sambal Special, kami ada melewati kawasan tersebut, so kami hanya melihat daripada dalam mobil sahaja, pun jadilah ye...

Tempat terakhir sebelum meninggalkan Batu Malang, nyopping oleh-oleh...

Setelah menempuh dua jam perjalanan, terus ke tujuan utama iaitu mau ke shopping mall.

Bersamaan dengan RM76.70, all food makan berdua. Maka ini merupakan tempat kunjungan terakhir kami dihari ketiga. 

Keesokan hari adalah hari terakhir berada di Surabaya, acara wajib sebelum berangkat pulang ke tanah air iaitu misi memborong souvenir. Sebelum berangkat ke Airport, kami mampir ke Mirota yang menjual pelbagai jenis cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.


Antara buah tangan untuk family dan kengkawan, sebahagian dari Batu Malang, selebihnya dari Surabaya.



Babai bapak, terima kasih diatas hospitality yang memuaskan, kalau ada kekurangan tu kira boleh 'kautim'lah, tak semua benda di dunia ni sempurnakan πŸ™‚ 

Perkongsian trip Surabaya setakat di sini saja, destinasi untuk next trip masih dalam tanda soal lagi, any suggestion?? 

Akhirulkalam, thanks kepada yang menyinggah ke blog ini... Wassalam 🫢🏻




Wednesday 4 October 2023

Surabaya (Day 2)


Assalamualaikum W.B.T... Berjumpa kembali teman-teman...

22 September 2023 (Jumaat)

K.A.M.I.

Seawal 2.30 pagi kami memulakan perjalanan dengan menaiki jeep menuju ke Gunung Bromo. Sebelum mendaki ke puncak, kami pekena minuman panas dahulu. Kami ikut ja cakap Pak Jan masuk ke kedai ni, tujuannya untuk mengelak cuaca yang sangat sejuk diluar, ermm kat dalam ni pun sejuknya tak payah cakaplah, beku sis....

4.30 pagi barulah kami memulakan pendakian ke puncak Gunung Bromo yang tak sampai 10 minit dah sampai πŸ˜… Kalau engkau berlari, 5 minit pun boleh sampai...

Me susah nak move on dengan pemandangan yang terbentang indah... Subhanallah sangat cantik...

Alhamdulillah syukur atas rezeki diberi kesempatan menjejakkan kaki di sini...


Kami menanti sehingga matahari terbit 🌞


Keep memories 🫰🏻

Aktiviti seterusnya... Kalau tadi hanya melihat Kawah Bromo dari puncak gunung, jom kita lihat 'the kawah' dengan lebih dekat lagi...

 
Me ditemani Sembo yang berusia 2 tahun menuju ke Kawah Bromo. Ini adalah pilihan, awak nak menunggang kuda, you pay for it... 

250 anak tangga menanti... Ini juga pilihan, ikut kemahuan dan kemampuan memasing...

Tak akan lepaskan peluang, dah alang-alang sampai...

 
Tiada masa untuk kami mengelilingi sampai ke bahagian sana, dapat naik ke atas ini pun sudah cukup...

Pergi dan patah balik bersama kuda yang sama ya teman-teman, pastikan kuda bersama tuannya menunggu sehingga kamu selesai membuat lawatan di kawah... Untuk kami Pak Jan dah aturkan semua, so tidaklah kami terpedaya dengan scammer yang ada dimana-mana...

Rajin-rajinkan diri anda membuat kajian sebelum pergi bercuti, baca blog atau tonton youtube or whatever untuk mendapat tips daripada mereka yang pernah mengunjungi tempat percutian...

Kami meneruskaan penjelajahan ke Widodaren Hill pula...

Memasing jadi model jeep...

Giliran mereka sibuk posing diatas jeep, Me buat pengambaran solo 🀭

Heading to next location...

Pasir Berbisik...

Lokasi pemes sebagai tempat pengambaran filem Pasir Berbisik, korang pernah tengok tak movie ni?

Gambar tak jadi, ekekekek... Me udah bilang sama bapak, snap cepat, kaki Me dah gigil πŸ˜… Bapa supir kami merangkap cameraman okeh!

Tour Bromo berkahir... Mengikut itinerari selepas checkout hotel, kami akan berangkat ke Madakaripura Waterfall. Walaubagaimanapun kami skip untuk pergi ke sini dan sebulat suara bergerak terus ke Batu Malang.


Dalam perjalanan kami singgah lunch di SS Sambal Special, Batu Malang. Total makan berlima Rp335,000 bersamaan RM102.80, tidak semua menu ada didalam gambar. Lagi berbaloi makan kat sini berbanding kat Rumah Makan Kartika Sari, nampak tak 2 kali ganda beza harga. Rujuk entry Surabaya (Day 1) 

Masa untuk berehat, check in hotel dan malamnya acara free and easy jalan-jalan di pasar malam Alun-alun Batu.

Alright gaiss, to be continue part 3...
Wassalam...