aZ ZiL La

aZ ZiL La

Wednesday 30 October 2019

Korea - Day 3 (Part 1)

Annyeonghaseyo...

Assalamualaikum W.B.T.... Hai gaiss... Sis bersiaran kembali, lambat progress sis nak update entri seterusnya disebabkan sis perlu utamakan hal-hal yang lebih penting dahulu... :-) 🙂


09 0ctober 2019 (Wednesday)

09.00am memulakan eksplorasi hari ketiga berada di Jeju...

09.30am tiba di Hallasan National Park...


Tidak termasuk dalam itinerary tetapi ahjussi driver baik sangat bawak kitorang singgah untuk ambik gambar kenangan je.... Semalam dia terdengar kot sis sembang ngan Cik Tour Guide, ai tersebut Hallasan, alaa sis tu main hentam je sebut nama tempat coz itu je nama bukit @ gunung kat Jeju ni yang masuk dalam kepala otak sis, tempat-tempat lain tu tak reti lagi nak sebut, tapi bila dah sampai ke tempat-tempat tu, terpahat terus di dalam ingatan, chewahh iya la tu Cik Zilah oiii 🤭😁


Sis nampak je peta pendakian tu, keterujaan sis melonjak, tapi apakan daya bukan dalam planning. Lagipun yang gila membukit ni sis sorang je. Eh kat sini tak sama macam membukit kat Seopjikoji dan Seongsan Ilchubong ye, sekurang-kurangnya kena spend time sehari kalau nak mendaki Gunung Hallasan, Gunung Hallasan merupakan gunung yang tertinggi kat Jeju. Untuk maklumat lanjut, korang search sendirilah kat Mr. Google, heee


10.00am... Jeongbang Waterfall...


Kata Cik Tour Guide, dah berapa kali datang tempat ni, hari ni paling cantik air terjun tu mencurah-curah...


Dah sejam kat sini, next...


11.30am... Jusangjeolli Cliff...


Sebaik saja lava menyentuh permukaan air yang sejuk, ia menjadi keras dan membeku, maka terhasillah batu-batuan yang berbentuk heksagon, sangat cantik...



Sebelum menuju ke tebing laut dah nampak ahjussi menjual postcard...


Menunaikan hajat nak hantar postcard tuk diri sendiri, wakahkah...


Sekeping postcard sekali ngan setem ₩2,000 (RM 7)...


Masih menanti kiriman dari Jeju tiba....



Dah jom lunch...


12.30pm... Gabungan Restoran Jepun dan Restoran Korea...


Batter pan fried seafood and green onion pancake - ₩20,000 (RM 69.50)
Grilled Mackerel - ₩15,000 (RM 52)
Raw spiny topshell ice soup with soybean red pepper sauce  - ₩18,000 (RM 62.50), sis tak perasan ice soup tu, kalau sup tu panas lagi sedap....
Total : ₩53,000 (RM 184), divide ngan 5 orang, belanja lunch per person RM 36.80...


Bismillah....

Bersambung di entri seterusnya....

Korea - Day 3 (Part 2)

Assalamualaikaum W.B.T....

Hello everybadi... Sambungan dari last entri...



02.00pm... Yongmeori Coast...


Beautiful view... Serius cantik tempat ni...


Take your time berjalan disepanjang tepian laut... Setiap sudut nak posing bergambar kat sini memang cantik...


Boleh lepak santai di tepi laut sambil menikmati makanan laut... Tak tau la apa benda tu...




Sumandak Sabah take Jeju, ekekek...





Reflection....




Akhirnya sampai ke penghujung.... 3.30pm gerak ke destinasi seterusnya...


04.00pm... Osolluc Tea Mesuem... Ramainya manusia, Korea tengah public holiday kot...


Sis salah seorang penggemar green tea... Combo set air, aiskrim dan kek green tea adalah ₩17,800 (RM 61.50)...


Kita tengok apa yang ada kat sini pula... Bila kat Malaysia tak pandang pun produk jenama ni, hihihi....


Sis tertarik ngan perfumed body and hair mist ni, bauan dari buah peach berharga ₩9,000 (RM 31)...  Tak jumpa lagi ada dijual kat KK ataupun online shop, kalau ada tu maknanya pencarian sis belum cukup meluas, huhuhu...


Ladang teh...


 Cik Zilah kalau dapat bergambar...




Times up... Ahjussi driver dari jauh lambai-lambai kat kitorang ajak balik sambil tunjuk jam kat pergelangan tangan, hihihi... Arasso ahjussi, jom lah kita balik...

Pengembaraan hari ketiga berakhir... Wasalam...

Wednesday 23 October 2019

Korea - Day 2 (Part 2)

Assalamualaikum W.B.T.... Hai Uollss... Sambung story last entri ye...


01.45pm.... Seongsan Ilchulbong...


Kan sis dah cakap nak naik bukit atas tapak tangan sis yang kat dalam gambar last entri tu, inilah tempatnya...


Wow baru sis tahu tempat ni diiktiraf salah satu daripada 7 keajaiban dunia...


Menapak dulu sebelum tiba di kaki bukit...


Baru keluar peluh tu...


Seongsan Ilchulbong Peak...


Tak pernah terfikir akan membukit sampai ke Jeju, alhamdulillah diberi peluang...


Masa naik je azab sikit, time nak turun tu dah okey...


Serius cantik pemandangan...


Kat Jeju kan pemes penyelam dikalangan ahjumma... Sis tengok dari kejauhan je...


Sesiapa teringin nak menyaksikan persembahan para ahjumma, pastikan tak terlepas masa persembahan...


Entah berapa kali cakap nak ke parking, nak singgah toiletla, nak tengok souvenirla, pergerakkannya tak ada juga, hihihi 😂😅


Jus oren ada kat mana-mana, kan dah cakap, Jeju terkenal ngan buah oren...


Mula-mula tu cakap jugak, apasal asyik-asyik souvenirnya dari batu-batu macamni, ooo rupa-rupanya selain buah oren, kiranya batu-batu ni adalah mercu tanda Jeju Island.

Jeju merupakan sebuah pulau gunung berapi yang terhasil dari api dan air (sumber Mr. Google), wujudnya batu-batu berwarna hitam  adalah melalui lava yang mengalir akibat letusan gunung berapi (betulkan sis sekiranya tak tepat)...  Teringat kat Gunung Merapi Jogja, jalan menuju ke sana banyak batu-batu hitam...

Sis pun terus beli souvenir patung batu-batu ni sebagai tanda kenangan... 😊


03.30pm... Menuju ke destinasi seterusnya... Eh tetiba Cik Tour Guide kata nak singgah kebun buah oren... Ahjussi driver pun terpaksa uturn untuk pergi ke kebun buah oren.


Tak ngam taimingla, buah oren tak masak lagi, kalau dah musim, kebun oren ni akan nampak cantik dengan warna oren bergantungan di dahan pokok... Masa tu nak petik-petik buah oren pun boleh, fefeeling berkebun, ekekek...


04.10pm... Folk Village, destinasi terakhir untuk hari ini...


Lokasi penggambaran drama Saimdang... Dalam itinerary ada tertulis tempat penggambaran drama Korea, rupanya cerita Saimdang yang berlakon kat sini... Sis suka kot drama tu, yang tak pernah tengok tu, tengokla, best tau... 🙂


Bersama pemilik rumah ini, sepasang suami isteri tinggal di sini... Sampai-sampai ja halmeoni bercerita tentang adat resam dan sejarah perkampungan kat sini... She is fluent in English...


Wanita Korea pada zaman dahulu, kerja berat tau...


Dapur tradisional... Yang dikelilingi batu tu pigpen @ pigsty (kandang babi)... Time kitorang datang ni, mereka semua dikuarantin kerana dikhuatiri dijangkiti wabak penyakit yang tengah melanda ke atas haiwan-haiwan tersebut pada ketika itu...


Minuman kesihatan...

Diakhir tour, halmeoni membawa kami masuk ke sebuah bilik dan memperkenalkan produk kesihatan dan kecantikan mereka... Melawat lokasi ini adalah percuma tetapi diakhir tour mereka akan mempromosikan barangan jualan mereka...

Testimoni produk memang terbaik dan sudah terkenal serata dunia... Buktinya pun ada depan mata, halmeoni sendiri sihat tubuh badan dan nampak muda, tak nampak cam nenek kan, siapa sangka umurnya dah 67 tahun... Ai is suprising okeh, nak sebaya ngan mak sis tapi jauh sangat beza penampilan tu... But mianhae halmeoni, weolls tak beli pun... 😌



Halmeoni ambik bendera bagi kitorang bergambar ngan bendera Korea... 🇰🇷


Simbol Jeju Island, patung batu... Hanya setengah jam kami berada di sini dan tiba masanya balik ke hotel...


Dinner weolls, sardin bawak dari Malaysia, beli nasi kat CU Mart, terusla tumpang microwave untuk panaskan sardin tu, muahehe nasib pekerja mart tu tak kesah... Makan kat mart, ala-ala korean kononnya 😁


Semalam sis cuci mata tengok barang-barang kat mall, so malamni sis tekad nak pegi semula ke mall ni, ajak semua partner in crime... Kitorang menapak sendiri menuju ke Jeju Jungang Shopping Mall, cukup sekali Cik Tour Guide bawak jalan ke sana, dah boleh ingat laluan tu...

So hasilnya jaket seorang satu, kecuali Cik Nita tak beli. Tunggu keesokan hari, sis pakai ya 🤭

 Selamat malam Jeju... Annyeong...