
Assalamualaikum W.B.T… Hello ‘eberibadi’… Layankan entri terpaling ringkas, sekadar sebagai my rujukan di masa akan datang…
I reveal kos kerugian trip kali ini…

Tukaran mata wang pada ketika itu RM155 bersamaan VND1,000,000… Oh ya, harga speedboat Me tak ingat sama ada vnd400k @ 600k ๐ฌ

29 April 2026 (Rabu)
Trip ‘sister mister’ kali ini menerokai kota Hanoi, Vietnam dan kami decide menggunakan khidmat travel agency sahaja, 19 orang ahli kumpulan kesemuanya dari pelbagai negeri. Hari pertama penerbangan dari KLIA ke Hanoi, tiba di Hanoi terus ke Sapa dengan menaiki bas selama tujuh jam.

30 April 2026 (Khamis)
Kami berjaya menawan puncak Fansipan Mountain Sapa yang merupakan gunung tertinggi di Vietnam dan seluruh Indochina. Walaupun menggunakan cable car dan tram kira acihlah juga asalkan sampai ๐ tapi kalau betul-betul nak rasa vibe mendaki tu, tak perlu menaiki tram, silalah mendaki 600 anak tangga…
Happy sampai di puncak but agak kecewa dengan keadaan cuaca semasa. Hanoi tengah musim hujan pada ketika itu so pandangan ditutupi kabus dan cuaca sangat sejuk ๐ฅถ
Pada sebelah petang pula kami dibawa merasai pengalaman menaiki Alpine Coaster. Dan petang itu juga kami kembali semula ke Hanoi.

01 Mei 2026 (Jumaat)
Ke gunung sudah, kita ke laut pula ๐ Perjalanan ke Halong Bay mengambil masa selama dua jam setengah, dalam perjalanan kami dibawa singgah ke Pearl Farm yang menawarkan mutiara yang cantik dan berharga. Saaana Pasar Filipina, KK banyak mutiara ๐
Setibanya di laut, dengan menaiki bot kami menuju ke Houseboat (dalam pakej tertulis houseboat), terfikir-fikir juga camna rupa houseboat ni, eh rupanya cruise ๐ Walaupun tak sebesar cruise yang lain but it’s still cruise… Terasa cam orang have have lah sekejap ngan makanan pun enak, chef taraf hotel five star ๐คฉ
Me memang tidak boleh dipisahkan dengan tangga, aktiviti kat sini mendaki 200 anak tangga di TiTop Island. Selepas itu kami merasai pengalaman menaiki Bamboo Boat, boleh juga kalau nak main kayak, tapi Me tak berhajat nak berkayak, nanti entah ke mana-mana hanyut ๐Sebelum kembali ke Cruise kami dibawa mengelilingi sekitar pulau berdekatan dan menikmati keindahan alam.

02 Mei 2026 (Sabtu)
Pagi ini kami akan menerokai Sung Sot Cave, agak besar gua ni dan cantik… Pada tengahari pula kami kembali ke daratan dan dalam perjalanan kami dibawa singgah ke Bamboo Shop, dalam erti kata lain shopping time ๐ซข
Setibanya di Hanoi pula kami menuju ke Hanoi Train Street tuk melihat keretapi lalu, Me fikir ada kat Thailand je benda ni. Miss Riena gelak bila Me timbulkan persoalan kenapa kena tengok keretapi lalu ๐คฃ Dan pada malam itu hujan turun membasahi kota Hanoi…

03 Mei 2026 (Ahad)
Maka berakhirlah percutian ke Hanoi, Vietnam… Insyaa Allah ada rezeki si Zilah bercuti lagi ๐
Wassalam… Thanks for reading ๐