aZ ZiL La

aZ ZiL La

Saturday 26 September 2015

Ho Chi Minh, Vietnam - Day 2 (Part 1)

Salam & Hi uols...

Tak payah nak mukadimah panjang sangat, layan je lah cerita hari kedua kami di HCM...

15 September 2015 (Tuesday)


Today is Cu Chi Tunnel Trip...

Tak nak berlaku seperti kejadian semalam, kami dah siap sedia order makanan kat Kedai Halal Amin, minta tapau dan hantarkan ke hotel. Ermm tapi nampaknya order lambat sampai so pagi tu kami terjah je restoran tu dan tunggu makanan kitorang kat sana.

Sempat aje kami makan kat sana, tapi makanan aku tak abis pun so angkut je naik bas. Jam 0800 bas pick up kitorang dan turunkan di tempat bas sebenarnya yang akan bawa kami ke Cu Chi Tunnel. Tunggu punya tunggu jam 0830 baru bas gerak, itu pun gerak round lagi pick up yang lain, jam 0905 barulah bas full dengan tourist dari pelbagai negara, hihihi... Erkk sejam je tuk kumpul orang.


Bersama our tour guide pada hari ini adalah John Way (nama inggeris yang diberi)...


Kejadian berulang sekali lagi, salah sendiri tak tengok betul-betul pakej yang diambil, bayaran 8usd (RM 34) hanyalah untuk bayaran transportion dan tour guide.


So kat dalam bas ni lah our tour guide kutip duit untuk entrance fee sebanyak 110,000vnd (RM 22). Kat tiket bahasa Vietnam semata-mata, 90,000vnd fee tuk apa, yang 20,000vnd tak tau fee tuk apa, at least letak bahasa inggeris, paham jugak kite ni, huhu. Orait, never mind... Jangan jadi macam kami ye kawan-kawan, lain kali cek betul-betul kalau nak amik pakej tu, kwangkwangkwang...

Dengar si John Way ni membebel terasa lama duk dalam bas, kalau ikutkan setengah jam dah sampai kat Cu Chi Tunnel, rupa-rupanya perkara sama berlaku lagi seperti semalam, diorang tak kan straight to the point.

Okeh dah jam 1015, first destination Handicapped Handicrafts, tapi bukan tempat semalam ye, ni tempat lain pula, cuma benda yang sama juga diorang hasilkan.


Tempat mereka mencurahkan kekreatifan mereka...


Semalam aku tak amik gambar kan, yang ni takdelah aku jujur sangat dah, tapi amik gambar dari luar je, luas lagi kat dalam tu, pelbagai kraftangan ada kat dalam...


Bas yang kami naiki... Tunggu kat luar je, kalau nak shopping kraftangan cari je kat pasar malam, lagi murah. Nak 25 minit juga kitorang kat sini...


Lebih kurang jam 1130 baru tiba di destinasi sebenar...


First sekali kami disajikan dengan tayangan kisah peperangan yang melanda negara Vietnam suatu ketika dulu. Selepas itu, barulah penerangan mengenai Cu Chi Tunnel.


Si John Way bukan saja-saja berdiri kat situ, kat depan dia tu ada terowong (tunnel) yang dihasilkan semasa berlaku peperangan dahulu. Nampak tak betapa keciknya lubang tu, orang Vietnam memang kecik-kecik, aku bila nak kecik ni, :-p hehehe...


Antara perangkap yang dihasilkan untuk melawan musuh...


Sedikit gambaran bagaimana tentera Vietnam menghasilkan senjata untuk melawan musuh.


Antara contoh perangkap-perangkap yang digunakan untuk melawan musuh...


Nak test menembak pun boleh, bayaran mengikut kebesaran peluru kalau tak silap, tak pasti berapa coz kitorang tak mencuba pun, hehehe...


Masa yang dinanti-nanti... Nak merasai bagaimana orang Vietnam dulu bersembunyi dari musuh... Laluan dah di modified bagi kesenangan pengunjung, kira pelbagai saiz badan boleh masuk dalam tu, tapi tahan kaki je lah nak merangkak. Ikut kekecilan tunnel yang sebenar, orang Vietnam meniarap je dalam tu, bayangkanlah betapa sempitnya terowongtu...

Jam 1330 berakhirlah penjelajahan kami di dalam hutan... Cuma satu yang kami tak merasa iaitu makan ubi kayu... Mungkin disebabkan tourist ramai pada hari tu, dorang tak dapat sediakan jamuan ringan. Kalau ikutkan diorang akan bagi makan & minum, makanan adalah ubi kayu seperti makanan semasa zaman perang dahulu.

Alhamdulillah, selesai satu lagi tujuan...











No comments:

Post a Comment