aZ ZiL La

aZ ZiL La

Thursday 19 April 2018

Jogjakarta - Day 3

Assalamualaikum w.b.t...
Hi gaiss...

28 Mac 2018 (Wednesday)


Gunung Merapi..

Pagi ni kami lewat sikit bergerak dari homestay...
Jam 0510am, ready for adventure, Merapi Tour bermula...


Entri kali ni, saya tak dapat share banyak gambar ye, memandangkan gambar-gambar kitorang yang menarik dan cantik-cantik semuaya hilang, huhuhuhu... Usah ditanya apa yang berlaku...


Antara gambar menarik yang dapat diselamatkan... Seriously gambar-gambar kitorang kat sini semuanya cantek-cantek...

Memandangkan Pak Tecko bukan sahaja supir merangkap tour guide jeep kitorang tuk Merapi Tour, tetapi Pak Tecko juga seorang fotografer yang boleh tahan....

Memang ada skill and teknik menggambar, nanges tak berlagu bila gambar-gambar semua hilang, berhuhuhaha je la kami...

Baru verangan nak jadi model, simpan je la semuanya dalam ingatan... 😢😢😢😢😢


Mujur ada gambar yang di print, sebenarnya takde la elok mana gambar yang siap di print ni, tapi ai beli je sebagai kenangan dan support bisnes diorang... Gambar ambik kemudian kat Muzium Mini... Emm tak tau pun diorang buat perkhidmatan macam ni, tup tup tunjuk gambar dah siap print..

Tiga keping gambar berharga RP 50k (RM 14)...

Memang dah nampak awan gelap, hujan pun turun dan jam 0730am akhirnya barulah kami beredar dari sini, kalau bukan disebabkan hujan, entah bila nak ke destinasi seterusnya....


Tuk Merapi Tour ni, korang boleh request tuk singgah ke mana korang nak pegi... Ada beberapa tempat menarik yang boleh dilawati sekitar area Merapi...

Batu Alien... Hujan on off, ni bolehla singgah sekejap sementara hujan dah berhenti... Nampak kabus tebal tu, tak bergambar sangat memandangkan cuaca pun tak mengizinkan...

Aku tak pasti berapa entrance feenya disebabkan hujan kitorang masuk free je...


Batu yang menyerupai muka alien... Gambar ehsan Mr. Gugel... Tak de pa sangat so meneruskan perjalanan....


Jam 0830am... Muzium Mini.. Rumah mangsa gunung merapi yang meletus dijadikan muzium tuk tatapan para pengunjung...


Gunung Merapi ni masih aktif, bila-bila masa je boleh meletus... Kali terakhir berlakunya letusan pada tahun 2010, jam di dinding tu bukti masa berlakunya kejadian tersebut...


Menjadi khazanah barang-barang yang musnah akibat kejadian letusan Gunung Merapi..

Turut bersimpati dengan bencana yang menimpa, kalau dihayati betul-betul, touching jugala, heheheh tapi tak payahlah nak bersedih sakan kat sini kan...


Next destination 0910am at Stonehenge.. Wow ni sama yang cam kat London tu ek... Dah tak payah pegi jauh-jauh, cukup sampai Jogja je, ekekek....


Nampak tak kelibat ku di sana, hahaha...


Gambar ready nak melompat, entah susah sangat nak menjadi lompatannya... Awan pula asyik nak menangis je, apalagi bergegas ke jeep bila rintik-rintik hujan mulai turun...

Cukup 3 tempat ni Pak Tecko singgahkan, ada 2 tempat lagi boleh dilawati iaitu The Lost World Castle yang kitorang skipkan je dan Rumah Hobbit... Tak dapatlah singgah semua memandangkan cuaca tak mengizinkan... Dalam hati nak pegi Rumah Hobbit tu, hihihi....



Dah jam 0945am, ni sekali breakfast and lunch terus, brunchla...  Kira sekali pakej dah ni Merapi Tour dan makan minum di Restoran Rumah Makan Bonda milik Pak Tecko...

Takde gambar makanan, aku sibuk me'nyumbang'kan suara sementara tunggu makanan sampai, amboii berani engko Zilla nyanyi depan khalayak ramai, wakahkah mentang-mentang bukan kat tempat sendiri, hentam aje la... Hehehe tak ramai orang pun pagi ni, siapa je pun yang dengar.... 😊 By the way, sataynya sedap... Usah dikenang sate kat Bandung, huhuhu kenangan pahit...

Tik tok masa berjalan, 1100am tinggalkan kawasan Merapi ini...


1210am... Maigadd elok je parking kereta, baru nak buka pintu kereta, hujan pun turun, Jogja tengah musim hujanla sekarangni...

Tetap sabar menunggu, syukur hujan tidak berpanjangan...





Besarnya Candi Borobudur ni tapi kami tak lama kat sini, tak round habispun, cukupla penat naik tangga sampai ke atas, hahaha....

Kebetulan musim liburan kot, ramai pula pengunjung hari ni atau kebiasaannya memang ramai...

1350pm kami beredar dari Borobudur, cuaca mulai panas, setelah berbincang kengkawan tak nak ke sana ke mari dah, so ai ringkas je, cakap ngan supir hantarla kami balik homestay...

Wowie jam 1535pm kami dah sampai homestay, fuhhh pertama kali ai travel balik ke sangkar awal camni, naseb baik balik bilik dapat rehat tidur, tak la kebosanan tenung dinding dan siling bilik...

Hari ketiga di Jogja melabuhkan tirai dengan menikmati makan malam maggi cup yang dibeli dari Indomaret, member kat bilik sebelah tu order Panties Pizza, kompom balik Malaysia rindu nak makan lagi, mana nak cari, huhuhu....


Oh ya Jogja ada apps Go-Jek ye, sekarang kan semuanya di hujung jari, mudah sangat tau nak order makanan, Malaysia pun tak de apps ni... Member bilik sebelah guna apps ni la order makanan...

Kos perbelanjaan pada hari ketiga per person :

Entrance fee : RP 280k (RM 80)
Gambar : RP 50k (RM 14)
Makan : RP 36,750 (RM 10)

Total : RP 366,750 (RM 104)

Thank you yang setia mengikuti sambungan-sambungan entri sis yang tak seberapa ni...

Jumpa lagi di next entri... Wassalam... 😊

Wednesday 11 April 2018

Jogjakarta - Day 2 (Part 2)

Assalamualaikum w.b.t...
Hi everybadey...

Second day is a looong day...


Dari hutan ke laut sambung ke sungai dan gua pula...
1450pm menuju ke Goa Pindul...


1545pm... Goa Pindul ni area kampung halaman Gangga... Dah selesai tukar baju, jom gerak ke sungai... Kalau tak nak aktiviti basah, keluarkan tempat ni dari list...


Masing-masing angkut sendiri tayar tu..


Selamat berlabuh di air...


Seorang guide dan seorang kamareman mengiringi river tubing kami.. Pegang kuat tali tu, arus sungai agak kuat...


Kitorang tak nak membasahkan seluruh badan so kami lalu ja air terjun tu, kalau hari ni khas tuk mandi-manda, kompom dah tadah badan kat situ...


Jambatan dalam gambar tu adalah jambatan baru yang menggantikan jambatan lama yang roboh akibat banjir pada November 2017, dahsyatnya banjir masa tu bila air melepasi paras jambatan... Aku lupa pula guide cerita berapa hari hujan turun tak berhenti siang malam.... Huhuhu takziah atas bencana yang menimpa...

River tubing is done...


Jom tengok gua pula...


Ku pikir-pikir selama ku hidup, inilah first time ai masuk gua kot, ekekek... Pengalaman itu penting...


Tentulah dalam gua ni gelap, tak tau apa bahaya di dalam... Guide ngan kameraman ada je bawak lampu suluh, hehehe...


Target sebenarnya nak begambar dibawah sinaran matahari yang memasuki lubang kat atas tu, memandangkan kitorang sampai dah lewat petang, cuaca pun dah redup, sinaran cahaya matahari tu takkan muncul... Sekian, terima kasih.


Cave tubing berakhir...


Adek sado kat depan, hihihi gurau, jangan maraa... 😜


Basah separuh badan, dah tau nak ke mari boleh sedia bawak pakaian, kalau tak terbawa, ada je kedai-kedai jual pakaian kat sini...



1740pm ke Pinus Pengger... Tak puas-puas lagi berjalan rupanya, hahaha... Hari masi muda... Sejam juga untuk sampai ke sini...


Biasanya orang akan datang pada malam hari ke sini untuk merakamkan gambar yang berlatar belakangkan Kota Jogja, very nice...

Orang yang berkunjung pun boleh tahan ramai juga malamtu, kena que ambik nombor ye kalau nak berfoto, huh menunggula hingga giliran sampai...


Sampai juga hajat ai...


Hah yang ni tak sampai hajat coz tengok nombor giliran seterusnya boleh mendatangkan stress kalau nak tunggu...

Takpela, bukan rezeki... Jom Gangga kita gerak..


Bincang punya bincang, kami memilih spa destinasi seterusnya, ngeee..
2030pm sempat sangat membetulkan urat-urat kaki yang tersasar alignment...


Sorang satu ambik port memasing, tv disediakan tapi siarantu yang kurang, lelapkan mata lagi bagus...


2140pm... Balik ke pangkal jalan.... Dinner malam ni Panties Pizza lagi, hah inila rupa pizza yang ai menyebok join kengkawan makan malam semalam, disebabkan rasanya amat memberangsangkan, malam ni dinner ni lagi, aku order chicken cheese extra cheese... Nyumnyum, sedapp..

Kos perbelanjaan pada hari kedua per person :

Makan : RP 177,000 (RM50)
Entrance fee : RP 492,000 (RM 139)

Total : RP 669,000 (RM 189)

Hari kedua melabuhkan tirai... Jumpa lagi di next entri... 😁



Jogjakarta - Day 2 (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t...
Hi uolss...

27 Mac 2018 (Tuesday)


Seawal 0410am memulakan penjelajahan...
Awal pagi tak macet lagi, mengambil masa 50 minit tuk sampai ke Puncak Kebun Buah Mangunan...


Sebenarnya aku tak masukkan tempat ni dalam itinerary, tapi Gangga kata kalau nak tengok sunrise, kita gerak awal...
Memang ada terbaca dan tertengok gambar-gambar mengenai tempat ni, memang cantik dengan view diliputi awan, kalau ngam muncul lagi matahari, mesti nice nak berfoto...

Keadaan cuaca tak menyebelahi kami, awan mendung berarak kelabu, menunjukkan ciri-ciri hujan nak turun, huhuhuhu... Matahari pun tak tunjuk batang hidung, nak sunrise apanya...


Rintik-rintik hujan membawa pemergian kami dari tempat ni...


0615am, Jurang Tembelan...
Korang ingat aku nak sangat makan maggi ni, itu ja pilihan yang ada, sementara menunggu hujan berhenti, itupun hampir-hampir tak nak meneruskan aktiviti sekiranya cuaca tak mengizinkan...


Alhamdulillah dengan rezeki pagi ni, elok ja dah bayar makanan, hujan pun berhenti...


 Snap-snap...


Amboi Rangga eh Gangga... 😊


Dari tak nak stay kat sini, sekali dah keluarkan henfon, cam biasalah acara berganti-ganti ambik gambar...


Next... Rumah Kayu Seribu Batu...


Rumah Hobbit...


Aku tak tau sebenarnya cerita dongeng ka, fantasika, apa-apala berkaitan Hobbit ni... Kalau aku pernah tengokpun, kompomla aku tak ingat... Hihihi sis memang pelupa...


Aku dah usaha cari gambar kitorang beramai-ramai kat sini, tiada dalam simpanan, ai belanja gambar sendiri je la ye...



0900am, Hutan Pinus Mangunan...


Laju-laju buaiku laju... Aku nak kawen ngan anak raja... Wakahkahkah 🤣🤣🤣


Keempat-empat tempat yang kitorang pegi pagi ni semuanya berdekatan, satu-satu tempat ni tak la luas mana, tinggal korang nak kena tambah kepakaran berposing bak modeling dan perlukan teknik menggambar yang betul, kompom gambar-gambar korang meletop disamping kamera pun gunala yang boleh hasilkan gambartu cantek sikit, hehehe tak pun guna apps je tuk edit pic...

0945am... Masanya keluar dari kawasan Mangunan... Beach time pula...


1120am... Ready dah naik jeep, sebelum tu order dulu makanan kat Kedai Lobster Pak Sis Timang, supaya balik dari Pantai Timang boleh terus lunch...

Harus ye naik jeep, ngam juga tak makan sebelum ke Pantai Timang, boleh keluar balik isi dalam perut tu, memandangkan adventurenya laluan menuju ke sana...


Mengambil masa 25 minit ke 30 minit juga nak sampai...
Driver jeep berhenti kat depan laluan jambatan ni... Opkos tak semuanya free ya... Rasa-rasa tak nak lalu dan berfoto kat sini, korang abaikan je...

Running Man dah pernah buat penggambaran kat sini...


Terus bergerak ke kanan, snap snap pic... Oh ya, diorang akan menawarkan khidmat menjadi jurufoto, tak perlu bayar dan hanya menggunakan kamera kita sendiri..
Kira dah bayar sekali tadi la tu...



Lautan Hindi...
Subhanallah... Indah sungguh ciptaan tuhan..


Main pointnya adalah kat sini...

Ini bukan automatik, ini manual... Takde tekan-tekan butang, zupp gondola pun begerak... Menggunakan tenaga manusia dengan tali ditarik sehingga kita berada di seberang sana...

Bak kata Gangga, bahagi-bahagi rezeki, inilah sumber pendapatan diorang...
Kalau tak berani menaiki gondola, alternatif lain, boleh naik jambatan...
Kalau engko nak ke seberangla, kalau tak nak duk diam je...




Terdetik dalam hati bila dah jejak kaki kat hujung tu, nauzubillah janganla aku terjatuh... Cepat-cepat buang dalam fikiran, setan ni ambik peluang je memporak perandakan perasaan ku...



Gambar-gambar kami di ambik dengan bantuan salah seorang penarik gondola, dia yang tunjuk spot-spot cantik nak begambar...


Panas laut tak payah cakapla, aku yang tak cerah ni, makin bertambahla tak cerah, kihkihkih...

So 1335pm kami pun dah berada di Kedai Lobster Pak Sis Timang untuk menikmati hidangan makan tengahari...

Dipendekkan cerita, makan kat Jogja ni memang murah, korang ada perhatikan ke entri kos perbelanjaan aku, hehehe aku tak nak ulas kat sini, korang perhati sendiri... Lobster tu 6 ekor ya...

Ke mana pula lepasni?? To be continue at Part 2...

Permisi... 😊