aZ ZiL La

aZ ZiL La

Tuesday 30 August 2016

Medan, Indonesia - Day 2

29 Julai 2016 (Friday)


Babai Lake Toba 🤗🤗

 

Eh lum lagi berangkat, 'bekpes' dulu pagi ni, bekpes kat hotel je....


Selamat ko swimming pool, naseb baekla masa mencemburui, kalau tak, memang jadi dugong berendam dalam tu, wakahkah... take a photo je la...


0800am... 

Pa pula aktiviti pagi ni... Time to go to Pulau Samosir... Tu ferry yang kitorang naik, jangan tanya berapa harga tambang ferry, itu semua dah termasuk dalam pakej k....


Menyusuri Tasik toba...

Dah namanya ferry, bukannya speed boat, so nak juga hampir sejam baru sampai destinasi, ada jugalah menyinggah pick up orang di beberapa perhentian, eh 2 perhentian je pun...


Dah sampai...

Yang berkumpul ramai-ramai depan signbord tu grup lain, kitorang naik ferry yang sama. Diorang tengah dengar penerangan dari tour guide diorang, kitorang kat belakang ikut menyampuk dengar, tapi tak dengar pun sebenarnya, hehehe...


Kg. Tomok.... Kita tengok apa yang ada kat sini.... Yang lain laju dah jalan ke depan...


Begambar je lah yang aku tau, tu supir kitorang merangkap our tour guide, Mas Awen sedang menceritakan sejarah Kampung Tomok.... Opss last entri aku takde pun perkenalkan lagi supir kitorang, coz muka dia takde muncul dalam foto....

Ermmm sorrylah, jangan harap aku nak ingat apa sejarahnya, kalau nak tau, boleh je kot tanya Mr. Google, muahehehe 😂😂😂


Apa pula history kat sini, cam biasalah, Mr. Google kan ada...


Eh tetiba pula muncul team produksi membuat pengambaran, emm betulka ayat ku itu 🤔🤔...

So apa yang berlaku, diorang nak temuramah salah seorang dari grup kami tentang pengalaman dan pendapat or ilmu yang diperolehi selepas menjelajahi kota bersejarah di Medan ini.... Fuhh tarik napas, panjang ayat skema ku tetiba, haha...

Seriously masuk tv okeh, dah lupa la apa nama rancangannya dan opkosla keluar kat stesen tv Indonesia je, tapiiii kalau tak silap macam diorang gitau akan update kat FB & download kat youtube...

Kengkawan trip to Medan, sila update kalau ada sebarang perkembangan k, nak juga tengok muka masa jerit 'merdeka' tuh, wakahkah... 

Sesungguhnya ketika dan saat ini, aku senyum2 dan gelak sorang mengenangkan detik itu, :-p 😂😂😂


Gambar kenangan bersama team produksi, ada 2 orang 'kameraman' dan seorang pengacara, heee....


Ini namanya LoRonG ke SyurGa, wakahkah... Sesuai bagi para wanita untuk merasai nikmat kehidupan, hahahaha hanya perlu berbekalkan ketahanan mental dan fizikal serta kekuatan iman, bagi kaum adam pula, jika menemani kaum hawa ke sini, tahap kesabaran yang paling tinggi itu sangat perlu, hihihihi...


But for me, i banyak cuci mata je, last2 yang tu je aku beli, semua tu bagi kat orang, memilihnya punya lama tapi belinya itu ja, hehehe....

1100am kembali ke darat...

Settle itu ini, 1200pm kitorang gerak ke Toggeng, Toggeng ni nama tempat ye, di mana ianya berada di penghujung Tasik Toba.



Dalam perjalanan singgah sebentar ambik foto pemandangan Lake Toba.

Sesungguhnya betapa azabnya nak ke Tonggeng ni, dah macam main roller coaster, jalan memanglah berbukit, selekohnya seriously dahsyat, yang duduk kat belakang dah menjerit-jerit, aku ngan Miss Riena duduk kat depan ni gelak-gelak je dengar diorang menjerit, muahahaha....


Terus hilang rasa kesengsaraan semasa perjalanan menuju ke sini tadi... Dan tujuan kami sampai ke sini adalah untuk makan tengahari.

Tu rrr Mas Awen lagi memilih ikan untuk hidangan lunch kitorang...



Restoran Muslim Suroboyo...

Wahh makan ikan fresh okeh, aku lupa pula ikan apa kitorang makan ni, masakannya memang sedap 👍🏻👍🏻👍🏻 , tak sia-sia melalui azab datang ke mari semata-mata untuk menikmati hidangan yang lazat... Nasinya dari beras merah, tak tau lah nak panggil apa beras tu, tapi rasanya cam nasi biasa jugak....



Acara wajib, bergambar... Ermmm rasanya banyak aku dok posing kat sini, tapi ini je lah simpanan gambar yang ada dalam gallery hp ku, tak dapat dikesan dalam kamera siapa gambar-gambar itu semua, okeh abaikan je lah, TT_____TT

Kenyang perut, senang hati, dah boleh meneruskan perjalanan untuk ke destinasi seterusnya... Walaupun melalui perjalanan yang dahsyat tapi bila melihat pemandangan kiri kanan, terasa indahnya ciptaan tuhan, SubhanAllah memang cantik sungguh pemandangan kat sini....

1330pm meneruskan lagi perjalanan.... Ke Simarjarunjung...

Mas Awen ajak try minum teh halia, nak tau juga apa yang bestnya minuman kat sini, sampai je kat restorannya, semerbak bau halia, ishh lupa nak ambil gambar sekeliling...

Last-last aku minum milo panas je, bila mengenangkan takut perutku meragam, ye lah kan perjalanan jauh lagi, lagipun ada 2 malam lagi nak stay di Kota Medan ni.... 

Oh ya, kalau order muniman, diiringi sekali dengan pisang goreng, seketul dua je lah seingat aku, hehehe.... 

Nak menikmati jagung bakar pun ada jual kat luar....


Sempat posing di kawasan sekitar, belakang tu masih lagi Lake Toba, betapa besarnya tasik ini....


1600pm... Kami di sini pula... Air Terjun Sipiso-Piso...



Aktiviti kat sini, acara wajib, bergambar je lah, takdenya nak jungle tracking tuk pergi mandi air terjun. Kalau nak juga, kenalah ambil masa sehari kot, baru puas berendam, tapi adakah yang sanggup ke sana. Aishh kenapa baru sekarang aku terpikir nak tanya Mas Awen, ada jugakah orang mandi-manda kat sana.. :-(


Ni hah aku dapat kat sana, sekeping 20,000 rupiah (RM 6), bolehlah simpan tuk kenangan-kenangan...

Matahari hampir melabuhkan tirai... 1800pm gerak ke Brastagi...


1900pm tiba di Brastagi dan Mas Awen selitkan destinasi ke Pasar Buah... Memang ada dalam itinerary... Wow selautan buah, okeh i takde mood nak memilih buah-buahan, i pun tak rasa nak beli juga, kengkawan yang lain pun sama juga. Ermmm markisanya manis, dap dap dap...

Tunggu apa lagi, jom lah cek in, boleh rehat awal, hihihi...


Green Garden Hotel.... Selesai cek in, kita makan dulu... Dinner di hotel je malamni, hehe... Makan dah termasuk dalam pakej so jangan fikir pasal bayarannya berapa ye... 😜

Today is a long day... Rest time...

Done second day!! 











































Friday 26 August 2016

Medan, Indonesia - Day 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t....
Hi semua....

Okey cukup-cukup sebulan berlalu Trip To Medan, diatas sebab-sebab tertentu sekarang baru berkesempatan nak buat penceritaan about that, muahehehe.... Terpaksa refresh balik ingatan, so i will make it SimPLe, ringkas, padat dan yang penting maklumat tu sampai... ;-)

*nota kaki: nanti aku selitkan terus kos perbelanjaan yang berkaitan k...

28 Julai 2016 (Thursday)


KUL - KNO
AK 391
Boarding time: 08:00am
...ada lagi yang takde dalam pic ni...


Safely arrived at Kuala Namu International Airport...


Lagi menunggu supirnya datang menjemput, nak call masih lagi guna nombor Malaysia, wifi airport pula takleh harap, send mesej je lah, mahalpun... mahallah, nak roaming pun sama mahal juga....


Sekali datang supirnya ngan banner lagi...
Welcome to Medan....
So inilah 9 persons member of Trip to Medan • 29 - 31 July 2016 • (4 days, 3 nights).

FYI : kami menggunakan khidmat Melancong Murah Baloi
Price of package : RM 440 per person


Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pn. Insyra... I'm very 'rekemen' this travel agent, memang berbaloi!! :-p


Gitteeww raya diperantauan... 23 Syawal 1437h... Pintu gerbang kat belakang tu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Masa ni kat apot Kuala Namu lagi, ayoh kakak-kakak ngak sabar mau ketemu sanak saudara di kampung, wakahkahkah....


Wah supirnya berhenti ditepi jalan nyuruh tangkap foto di sini, bagus banget.. Untuk kenang-kenangan ya mas...


First destination kitorang singgah ke kedai menjual simkad, hehehe... Yang tak tahan siap pilih nombor lagi tu, macamlah nak guna sampai bila-bila... 

Harga simkad simPATI 85,000 rupiah (rm 26), lebih kurang lah kot harga simkad kat Medan camni, mungkin diorang ambil untung lebih sikit dari orang luar...

Kat sebelah kedai ni Money Changer, mas supir lagi mau nukar uwang...


Di sinilah destinasi pertama kami yang sebenar, kedai tadi tu hanya persinggahan sementara je, muahehehe....

Terima kasih Melancong Murah Baloi kerana layankan aje bila kitorang nak selitkan Konsulat Jeneral Malaysia dalam itinerary...


Tu dia sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri... Terima kasih banyak-banyak En. Masri coz arrange majlis ni ngam tarikh ngan kitorang sampai kat sana... 

#rayakansebulan

Hahaha tetiba hashtag ;-p


Bukti kami menjejakkan kaki di Konsulat Jeneral Malaysia Medan...

#wearehere

Wakahkah hashtag lagi...

1400pm...
Semua dah kenyang menikmati hidangan jamuan raya, settle buat itu ini, it's time to explore kota Medan.

Dalam perjalanan adalah singgah Indomaret, i nak mention juga Indomaret ni, sebab apa?? Sebabnya kalau tanya mas supir kitorang, kami lah grup yang paling rajin dan suka membeli-belah di kedai 24 hours Indomaret ituu, hihihi....


1730pm...

Tak sampai-sampai lagi destinasi yang nak dituju ni, siapa yang nak melancong ke Medan tu, suka saya ingatkan, bersedialah untuk menikmati perjalanan yang menghiburkan lagi meriangkan, ermmmm...

So nampak anti kat dalam gambar tu, kitorang dibawa singgah ke Kedai Paten  yang menjual pelbagai jenis kacang-kacangan yang diberi nama tengteng, tingting, tangtang, tongtong, tungtung, pangpang dan pingping. 

Adalah juga aku beli kacang-kacang tu, beli 4 kotak dapatlah 100,000 rupiah (rm 30), kalau beli sekotak je lain harga, tak ingat pula berapa sekotak.


Kedai Paten....

1900pm... Tiba di Parapat, Lake Toba.
Korang kira lah berapa jam baru nak sampai kat sini, aigoo nak 5 jam juga perjalanan Kuala Namu - Lake Toba, itu dah termasuk singgah sana sini dan mengikut cara pemanduan orang kat sana lah... 


Sebelum check in kitorang dinner dulu...
Makan ni dah termasuk dalam pakej, so masa kitorang sampai tu, cuma tinggal duduk makan je, terima je lah makanan apa yang dihidangkan.....


Danau Toba Cottage.... Weall stay sini..



Bilik kitorang bedepan ngan tasik.... Sesuai untuk menenangkan fikiran.... Aman.... Damai.... 😜 muahehehehe....

Okailah, ni kira settled lah story mory hari pertama percutian di Medan, sikit lagi terbabas nak sambung penceritaan hari kedua, hehehe... Day 2 tunggu next entri k...

Stay tuned....