aZ ZiL La

aZ ZiL La

Thursday 8 January 2015

Korea - Persediaan bercuti pada musim sejuk

AnnyeOngHaseYo...

Walaupun dah sebulan berlalu, aku nak ucapkan juga Selamat Tahun Baru 2015... Berjumpa lagi kita di first entri ku tuk tahun ni....

Tengok tajuk pun dah boleh agak kan, ke mana pula aku kali ni... Ahjumma Ahjussi Oppa Unni tunggu ketibaanku di Korea... Muahehehe

Musim sejuk, kenapa pegi time musim sejuk, memang sengaja memilih musim sejuk, nak merasa salji katanya... Walaupun ada yang kata tak best jalan-jalan pada musim sejuk, pergerakan terbatas kalau salji terlampau tebal, tapi aku pegi time hujung-hujung musim sejuk dah, rasanya salji pun tak de la tebal, ntah-ntah dah tak de salji, sob sob sob TT____TT.... Ermm tak pe la, yang penting masih di musim winter, so masih boleh merasa feeling-feeling winter sonata, ahaks...

So dah pegi time musim sejuk tu kenalah prepare pakaian yang sesuai ngan cuaca kann...

First thing yang terfikir mestilah jacket...


This is my winter jacket, yang pakai kat badan tu, tu je gambar yang sempat amik, hehe..... Banyak tempat mencari tau, cari yang sesuai dan murah, bab harga tu yang payah sikit, mostly tengok price RM400 ++ dan ke atas, da yang murah tapi tak sesuai, nipis je, kenalah cari tebal sikit, pegi time winter kot....

Akhirnya jaketni beli kat Jusco dengan harga RM 255.20 after 20% discount, harga asal RM 319. Ermm Jusco mana aku beli pun aku tak ingat, huhu... Yang penting bukan kat JB, hehe....


Aku beli kasut winter pula, dah usha-usha kasut ni kat Universal Traveller Jusco Tebrau, nampak tu tag harga tu (sengaja ada dalam gambar, hihi sebagai bukti harga), masatu aku tak beli lagi, nasibla tak beli lagi coz bila round-round kat Jusco Bukit Indah, kat sana tengah sale... Wahh grab terus la pa lagi, sebelum harga kembali kepada asal, huhu... Price RM 88 from RM 138, save RM 50.

Moral of the story, pentingnya merancang percutian supaya beli barang pun tak kelam kabut dan boleh survey-survey harga lagi di lain-lain tempat.

Dua benda penting dah settle, so apa lagi nak beli.... Winter aksesori pun penting juga, duitku melayang lagi beli.....


Snow cap RM 12.90, masa beli ni rasanya dapat diskaun juga, tapi tak ingat berapa... Tong's Wisma Merdeka, Sabah.

Sarung tangan (glove) sesaja beli lagi coz nampak harga RM 10 je, harga clearance stock... Alamanda, Putrajaya.

Stokin winter dua pasang RM 38.90.... Sox World, KLIA2.

Nampak tak merata aku beli, aku tak beli semua sekali gus, so tak rasa jugalah dompetku nipis cepat, kahkahkah...


Beli pula muffler/scarf ni, nak lilit kat leher katanya, RM 16.90, masa beli ada diskaun juga, tapi tak ingat berapa.... Tong's Wisma Merdeka, Sabah.


Yang ni harga ribu-ribu tau, gila mahal, ntah kain apa dorang pakai buat ni... Kuikuikui mahal la sangat, memangla ribu-ribu rupiah kannn, hahaha... Mangga Dua, Jakarta.

Sarung tangan 150, 000 rupiah bersamaan RM 42, lebih kurangla...

Penutup telinga 75, 000 rupiah bersamaan RM 21, dua-dua ni ada diskaun rasanya masa beli, tapi tak ingat pula berapa...

Takdelah murah pun, lebih kurang je sama harga cam kat Malaysia, boleh dapat yang lagi murah kalau nak, cuma sarung tangan tu ada tuk touch screen, tau tak apa tu, gi kedai tanya kat sana, hehe... Penutup telinga tu takde pun takpe, saja membazirkan duit kan, lagipun memang tak jumpa lagi yang camni kat Malaysia, besa jumpa yang besi je, nak pakai yang besi tu lama-lama boleh sakit kepala aku, dari pengalaman memakai headband, muahehe....


Ada juga yang tak pakai baju ni, ini long john ataupun thermal wear, bagi aku yang kulit nipis ni, kena lah pakai bajuni, sedangkan sejuk ekon aku tak boleh tahan, jadi aku tak boleh bayangkan bila cuaca negatif darjah celcius, aku nekad memakai baju berlapis-lapis nanti, muahaha... Abaikan sekiranya badanku nampak besar dengan baju yang berlapis-lapis itu.... Tong's Wisma Merdeka, Sabah.

Siap beli dua pasang lagi, RM 65.90 sepasang, mula- mula beli sepasang time da diskaun, pastu beli lagi sepasang time dah takde diskaun, takpe harga masih diparas kemampuan, kehkehkeh... Seminggu duk Korea so nak kena da dua pasang katanya.... Kalau ikutkan baju ni boleh tahan juga harganya cecah RM 100++ sepasang, kira ok la dapat price macam ni.

Bab pakaian itu je kot, yang lain-lain tu tau sendiri la kan, tak kan nak cerita semua. Anggaran semua yang di atas adalah dalam RM 610, wahh banyak juga modal nak pegi time musim sejukni.... Itu baru pakaian k....

So apa lagi yang penting...


Okey yang ni aku prepare juga, ubat-ubatan.... Aku ni bukanlah seorang yang berpenyakit, sensitif @ sebagainya, bila rasa tak sihat sikit, ini lah yang selalu aku gunakan... Setakat panadol actifast, panadol soluble, minyak cap kapak.... Diharapkan kesihatan ku baik-baik je sepanjang percutian nanti, aminn.... Memang tak best kalau tak sihat time bercuti, kejadian berlaku di Bandung dan Krabi....


Owh ya tak lupa juga lip balm dan lotion, bibir kena lah sentiasa lembab, begitu juga kulit tak nak lah kering, so guna lah dua benda ni, almaklumlah musim sejuk.


Heat pack yang dibeli kat Daiso, mana-mana Daiso ada benda ni, RM 5 je, tau kan tujuannya tuk memanaskan badan.


Kemudahan semasa pergi ke tandas, hihihi botol kosong bersama wet tissues.... Toilet kat Korea takde air paip ye....


Gadget-gadget pun jangan lupa... Yang penting dapat merakamkan kenangan ketika berada di sana... Handphone, kamera, powerbank nak juga, international plug bersama extension lagi (extension takde dalam gambar kat atas tapi aku memang bawa), hahaha takut berebut plug. Cukuplah tu, bawa banyak-banyak nanti berat pula, so my samsung galaxy tab tinggal ye....

Ermmm da lagi ni nak kena bawa, bekalan makanan...


Nak jimat uoll, makan kat sana mahal, lagipun yang ni kompom-kompom halal, beli lah cukup-cukup, takut membazir pula, dapat alas-alas perut jadilah....

Semua yang di atas terhasil selepas aku dah kompom membeli tiket ke Seoul Korea, aku beli April 2014 lagi, masa ni memang nekad dah nak bercuti ke Korea  selepas berbincang ngan my travel partner, apa-apa pun tiket kena ada dulu, baru fikir benda lain.

Selepas dah cek tiket dan pilih tarikh, nak pula pegi musim sejuk kononnya so harga tix adalah RM 817 return + makan + luggage 20 kg, sebelum check in tambah luggage 20kg lagi RM89, coz mula-mula beli luggage tu tuk oneway je, mahal pula kalau beli asing lagi, padahal beli mula-mula ngan tix dalam RM40 something je, tak tau pula makin mahal, kalau tau dah beli awal siap-siap, huhuhu......

Kisah tiketni tak abis lagi sebabnya tetiba pula aku dapat tukar ke Sabah, oh my hometown!! Jadinya aku mesti beli tiket KK - KL - KK pula tuk trip Korea ni, ermmm $$$$$ lagi.... Terpaksalah persediaan dah separuh jalan. Kejadian dah pernah berlaku ketika nak ke Krabi bulan Jun 2014, aku dipindahkan ke KLIA2, tiket JB - KL - JB burn begitu sahaja coz aku memang dah berada di KL masatu.

Dengan menggunakan bigpoint, redeem for flight 1000 point + RM 31 tax + RM 8 cas kad = RM 39, aku beli tix KK - KL, no need luggage coz barang-barang dah tinggalkan kat KL siap-siap. Apa itu bigpoint, sila layari airasiabig.com tuk keterangan lanjut, aku malas nak cerita kat sini. 

Tix KL - KK pula aku tak gunakan bigpoint coz point aku hanya cukup tuk beli harga tiket je, nak redeem luggage tak dapat, point tak cukup, kuangkuangkuang.... Balik KK terpaksa amik luggage, barang banyak wooo ngan segala jaket tebal-tebal tu, uhuk uhuk.... Harga tix KL - KK RM 139 + 20kg luggage.

Total tuk tiket je RM 1084, kira ok la tu, standard price tix ke Korea RM1k ++... Banyak promotion tiket tahun lepas, ada yang boleh dapat RM 400++ je return, uoll rajin-rajinlah cek tiket ye....

Ini bab pun penting juga ni, iaitu pakej percutian... Bila dah beli tix, aku pun start la mencari-cari pakej Korea, google sana-sini, tanya sana-sini, kat fb kat blog, akhirnya aku terjumpa 1 blog yang ku rasakan menarik tawaran yang diberi berbanding ngan pakej-pakej lain. Aku tak guna travel agency, opkos lagi mahal kalau guna ejen pelancongan, aku gunakan perkhidmatan private tour guide, bagi aku banyak kelebihan dari kekurangannya dannn yang penting lagi murah, muahehehe... Kalau setakat pegi negara seberang mungkin hanya perlukan transportation & driver dah cukup, tapi nak pegi jauh sikit ditambah lagi kekangan bahasa yang berlainan baik aku gunakan perkhidmatan tour guide, aku ni tak reti macam sesetengah orang yang melancong sendiri, study and research tentang negara orang, aku cuma pandai bagi duit dan ikut orang, kahkahkah tak payahlah nak pening-peningkan kepala kalau dah tak reti kan, biar selamat asal tak sesat... Hehehe

Sebagai budget traveller, nak murah je la, hikhikhik... Berapa harga pakej??? Pakej Seoul-Nami-Everland RM 1600 per pax. Include penginapan 6d5n, transportation, entrance fee, cuma tak termasuk makan ye, belanja makan sendiri, tapi mak tak kisah, coz tour guide ni takde limit masa nak berjalan, dapat cover banyak tempat, berbanding tour guide yang lain price lebih kurang, harga pakej termasuk makan sekali tapi masa adalah terhad dan tak boleh penuhkan itinerary. Sesiapa nak tau perkhidmatan yang aku gunakan, kena teruskanlah membaca di sambungan-sambungan blog ku akan datang.

Rasanya persediaanku dah hampir 99%, kalau ada yang terlupa nanti aku selit-selitkan. 

Budget setakat ni....

Clothes : RM 610
Health & Care : RM 50
Foods : RM 40
Ticket : RM 1084
Pakej : RM 1600
Total : RM 3384

Ini hanya anggaran perbelanjaan kalau nak travel ke Korea pada musim sejuk, bergantung dengan harga tiket ngan pakej yang diambil ataupun uoll travel sendiri.

Tinggal duit belanja je lagi... Yang tu aku tukar ringgit ke won sikit je, hehe kena la berjimat cermat ye, nanti aku story pula perbelanjaan ku di sana......

Stay Tuned!!