aZ ZiL La

aZ ZiL La

Saturday, 29 April 2017

Hong Kong - Day 2

Assalamualaikum w.b.t....
Hi uolls...

Memandangkan aku malas nak perah otak cerita panjang berjela, aku sajikan je lah dengan gambar-gambar kenangan sewaktu berlibur di Disneyland tempoh hari...

01 April 2017 (Saturday)

Jam 08.30am kami keluar rumah dan gerak ke Stesen MRT...

Adat janji melayu memang macam ni lah, memang tak akan on time.... Sementara menunggu yang lain tak muncul-muncul, baru terperasan pula ada budak-budak comel tengah minta derma untuk apa entah, cek-cek dompet ada duit syiling Hong Kong Dolar, jadi semua pun sibuklah bermurah hati nak menderma kononnya...

09.20 oclock.... Akhirnya muncul juga yang lain, lebih setengah jam menunggu tu... Jom mulakan perjalanan, selepas tiga kali tukar train, 09.55am sampai kat Disneyland, tak jauh kan, lebih kurang setengah jam je...

Apa-apapun redeem tiket dulu, scan je bar code kat tiket yang dah di print, senangkan kalau dah beli tiket online ni, jimat masa, tak payah beratur panjang... Mesin-mesin yang disediakan pun banyak, memang tak berebut.... Self service ye....
Kat mana dulu nak pegi ni...

Nak tengok Lion Show katanya, TT____TT sedey...Temporary close, uhuk uhuk...


Tak pe lah, tak dapat tengok Lion Show, kitorang naik River Cruise pula, ni tengah beratur...




 Apa lagi, round je lah tempat yang luas ni...

Makan time, seperti yang sedia maklum, no food from outside, hanya terdapat 2 restoran halal kat dalam Disneyland ni, memandangkan Restaurant Tahitian Terrace temporary close, so pilihan satu-satunya yang ada The Explorer's Club Restaurant.

Oh ya, kitorang beli combo tiket Disneyland with meal, ada jimat sedikitlah kalau beli combo tiket ni, coz kalau beli makanan asing pun, tengoklah harga makanan kat atas tu, owh gambar kurang jelas, HKD 139 satu set makanan bersamaan RM 70+++, tu baru nasi goreng, nasi ayam, ada lagi menu lain, tapi harga sama macam tu juga....

Yakin ni baru lepas makan terus nak naik roller coster, wakahkah begitu lama dah aku tinggalkan aktiviti ni, masa muda-muda dulu memang eksaited main semua benda-benda nih, eh sekarang masih muda juga, ngeee... Bila usia semakin matang (buwekk ayatt!!), kepala ni senang biul sikit , ku jauhkan semua aktiviti membiulkan itu, kihkihkih... Kat Sunway Lagoon ngan Genting Highland dulu teruja nak main semua, kat USS i main roller coster tuk budak-budak je, hahaha... Kat Trans Studio Bandung taubat langsung tak main apa-apa...  

 Mana entah gambar roller coster, tak jumpa dalam gallery phone... Kus semangat, naseb baik tak keluar balik makanan yang dimakan, time turun tu boleh lagi gelak-gelak, maknanya aku dah boleh menceburi kembali aktiviti seperti ini, iye la tu Cik Zillah oii.. :-P

Nak pula kitorang beratur tuk ambik gambar ngan that guy, yang lain-lain tu, just tengok dan lalu je...

 Persembahan ni ada masa-masanya, ini show sebelah petang, don't miss it....

 Teringin nak masuk dalam, tapi bila tengok waiting time nak sejam, emm baik tak payah la...
Kedai dah depan mata, singgah beli souvenir dulu... Reminder, jangan ambik tau berapa jumlah belian korang dalam Ringgit Malaysia, buat je lah pelaburan dalam mata wang HKD tu...

Taubat i tak nak main dah, yang ada payung-payung tu boleh layan je sebenarnya, tapi malaslah, insaf sekejap, wakahkah...


 Huhuhu TT___TT... Sebenarnya nak naik train melihat pemandangan Disneyland, tapi kami dah terlewat, entah jam berapa tuh dah closed pula, train tu tak sampai malam rupanya...
Nampaknya cukup sampai di sini saja pengembaraan kami di Disneyland Resort Hong Kong.... Kalau ikutkan nak menjelajah semua tempat dan merasai semua aktiviti yang ada dalam ni, sehari memang tak cukup, itu termasuk nak kena beratur tunggu turn lagi, memang tak sempat... Takpe ada rezeki kita datang lagi, hahaha kalau buat ayat tu bukan main yakin lagi, ekekek...

Tak boleh ikut nafsu sendiri je, mesti ikut suara majoriti, kalau yang lain nak balik dah, so tak payah tunggu fireworks sebelah malam tu, marilah kita balik ke pangkal jalan... At 18.45pm gud bai Disneyland Hong Kong...Ada rezeki datang lagi, amiinnn....

08.00pm... Malam tu family Cik Rema ajak makan kat luar je, dinner kat Miss India Restaurant... Tu je pic yang sempat aku snap, lupa nak gambar menu yang ada, ingat-ingat lupa dah harga makanan... Restoran ni kecik je, pelanggan tak putus, kalau tengok, bukan orang muslim je makan kat sini, orang Hong Kong pun ada je makan restoran muslim ni, suka kot makanan india, hehehe....

Kitorang berlima tolak Cik Nita (Cik Nita duk apartment merehatkan diri) order 2 jenis makanan je, nasi goreng kambing ngan nasi goreng ayam, memang cukup untuk 5 orang, naseblah 1 hidangan tu memang banyak, kalau masing-masing sorang 1 nak order, kompom tak larat habiskan....

Seingat aku harga sepinggan nasi goreng tu HKD 90 lebih, nak RM 60 cam tu jugaklah, order air lagi, maknanya sekali makan korang kena budget dalam RM80 jugaklah... Hah bayangkan kalau korang tak bawak makanan siap-siap dari Malaysia, boleh out of budget tau...! E'ee yang aku membebel ni dah kenapa, hahaha...

So malam tu kami habiskan masa sekali lagi di Ladies Market.... Malam sebelum tu kan dah buat servay, jadi malam ni kita shopping...

Tak sedar masa dah menunjukkan lebih jam 11.00pm, awal lagi kalau ikutkan, tapi badan nak kena rehat, esok pagi kena gerak awal, tak nak terlepas feri, heee....

See uolls di next entri.... Daa, mmuuahh... 😁😁😁 Wassalam.... 




 

No comments:

Post a Comment