aZ ZiL La

aZ ZiL La

Saturday, 3 June 2017

Hong Kong - Day 3

Assalamualaikum W.B.T...
Hi the readers....

First of all, aku nak ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada pembaca yang beragama islam... (kebetulan publish ni di bulan ramadhan)
Wow Trip to Hong Kong entri paling lama aku nak siapkan, i try la refresh balik ingatan cuti-cuti kat Hong Kong hari itu...


02 April 2017 (Sunday)

Seawal 06.55 am kami dah kuar apartment tuk ke Stesen MRT, tak nak terlepas feri la kononnya....


Takde maknanya semua on time kalau berjanji kan... Kitorang berenam jalan slow-slow sementara menunggu yang lain sampai, sambil-sambil tu posing ala-ala model la kan, keadaan masih lengang lagi pagi tu, so buat la gaya tanpa segan silu engko tu kalau nak bergambar, hehehe....


Sempat aje sebelum train sampai... Dalam bakul plastik i bawa apa tu...


Siapa yang tiada dalam gambar... ;-)
Nampakkan keadaan masih lengang, mungkin juga disebabkan hujung minggu, orang tak kerja dan tak sekolah, tunggulah bila semua dah celik mata, kompom tempat ni sesak...

07.30 am menaiki train, selepas 2 kali tukar stesen, kitorang tiba di terminal feri...


Settled imigration checking, don't forget to show your form yang dah isi time kat flight and slip yang korang dapat dari Pegawai Imigresen kat apot.... Sedia maklum, Hong Kong dan Macau tak cop kat pasport, so keep safe your form and slip...


Ferry time schedule... Kitorang menaiki Cotai Jet, Miss Aina kata kena naik Cotai Jet supaya feri berlabuh kat Terminal Feri Taipa, ada banyak kot terminal feri kat Macau, make sure korang tentukan destination yang korang nak pergi, jangan main beli je tiket feri tu, nanti entah mana-mana je tempat korang sampai....

Pembahagian tiket feri...

Nak bording dah....

Suasana dalam feri...

08.35 am ready to take off....

Kudapan dalam perjalanan menuju ke Macau... Inilah isinya bakul plastik yang ku bawa tu, sebelum gerak dah bekpes kat apartmen, tapi bekalan tetap bawak juga, bekalan tuk semua, tu yang packing dalam plastik,senang agih-agihkan,hehehe... Perjalanan mengambil masa selama satu jam, sempat sangat kalau nak melelapkan mata..

  Yeay dah sampai...



Dah lepas immigration checking... Yang ni nak story ni... Pegawai Imigresen (PI) Hong Kong dan Macau langsung tak mesra alam, entri sebelum ni i takde cerita kan bagaimana layanan Immigration Officer (IO) kat sana...

Adalah dalam 2 3 negara yang aku pergi sebelum ni, setakat ni 'PI' @ 'IO' Hong Kong ngan Macau memang kuang ajaq!! First day lagi masa kat airport, pegawai kat sana tak yakin ngan aku pemilik sebenar pasport...
Aku memang tak sabar nak renew pasport baru, tapi expire date lama lagi, wakahkah gambar muka bambam dulu ngan muka sekarang telah mengelirukan the officer...

Pegawai perempuan tu tak banyak songeh sangat, huh tapi baik punya dia lepas ja pasport masa nak kembalikan balik pasport ngan kita.... Anggap je la dah cara diorang, mungkin bagi diorang perlakuan tu tak kasar pun, tapi kalau pegawai kat Malaysia buat macam tu, kompom komplen sana sini dah, padahal kat negara lain ada lagi teruk layanan...

Masa Kat apot Hong Kong aku dah kena, dah sampai Macau aku kena lagi.... Sama juga seorang pegawai perempuan, kuang ajaq yang kat apot tu, yang ni lagi kuang ajaq!! Aishh nasib aku kat negara orang, tak payah nak buat hal, terima je la, nanti tak pasal-pasal kena NTL, ikut hati nak hempas kuat-kuat paspot tu kat konte diorang, arghh...


Cantik terminal bas... Kat depan tu je terminal bas, bedepan ngan terminal feri...


Free shuttle bus ke City of Dream, diulagi sekali lagi tak payah bayar tambang tau, kalau korang diminta bayar tambang tu, i tak pasti pula bas apa yang korang naik.... Just naik shuttle bas percuma tu and bila perhentian pertama kami pun turun, hanya mengambil masa selama 7 minit sahaja dah sampai....


Sampai je ada patung lion besaq tu kat sana...


Kalau menuju terus ke dalam dan bila keluar ada keuntungan besar, memang tepat nama tempat ni City of Dream... Bandar Impian....


Tak jadi lah menuju terus ke dalam, belok ke sebelah kiri dan jumpa lah Hard Rock... Inilah tujuan sebenar kitorang....


I tak shopping sakan pun, cukuplah ada kenang-kenangan dari sini...


Tak ada aktiviti lain, sementara menunggu yang lain tak habis lagi menyoping, snap snap snap pic la.... Ni nak nasihat sikit, korang kalau dah shoping tu, sambil-sambil beringat isi dompet atau amaun korang kat bank, ingat jugalah kengkawan yang menunggu engko nyoping tak hengat, kalau tak pakai jam (takkan tak pakai kot), jeling-jeling jam orang lain, telampau syok sendiri, tu yang tak sedar lama sangat menyoping....

Tapi takpe, kalau berlaku situasi macamni, korang divide la grup, ikut kemahuan dan keinginan masing-masing, tinggalkan je siapa yang asyik nak nyoping tu, yang lain pegilah mana-mana korang nak.... Asalkan korang still keep in touch, jangan sampai ada yang tersesat, dahla.... ekekek naya....


Jeling jam kat tangan dah 11.35 am... Menyeberang jalan menuju ke The Venetion....


Tu rrr belakang tu je Hard Rock Hotel.... .....


Kung Fu Panda filem dari Macau ke, i tak tau pula.....



Masuk je kat dalam, memang teruja tengok keunikan dan kecantikan bangunan ni, naisss...


The Gendola Ride... Antara aktiviti yang boleh dibuat kat sini...


Ada juga kitorang discuss pasal nak naik gendola ni tapi last minit tak jadi, rasanya tak payah pun takpe, cam membazir je, dah lupa kena bayar berapa, tapi tak payah lah kot, kalau nak sangat, balik Malaysia nanti, carilah sampan pastu engko mendayunglah sendiri sepuas hati, boleh memancing terus, muahahaha....


Dalam itinerary kalau sempat nak ke Senado Square, sempat sangat kalau nak pergi tapi bincang punya bincang, kitorang nak balik awallah.... Paling-paling bergambar je lah aktiviti yang boleh dibuat kat sana, pastu cuci mata tengok bangunan-bangunan tinggi yang cantik, nak shopping opkos tak lah....


Jadinya my buddy and i mendahului yang lain cari stesen bas tuk pergi ke terminal feri... Wahh turun dari escalator, eksaited nampak selautan manusia tengah menjalankan aktiviti sihat, sihatla tu cuci-cuci dompetkan, wakahkah.....

 Gara-gara teruja tengok ni, Miss Rina and i dua kali tawaf turun naik eskelator coz nak tengok balik je aktiviti menyihatkan tu, muahahaha.... Dari atas ni boleh nampak jelas suasana tu....

Berbalik ke tujuan asal, cari stesen bas, hehe.... Contact yang lain pastu kitorang bekumpul kat tepi stesen bas, lepak kat tangga... Hihihihi melepak kat tangga tu bukan apa, kitorang lunch, bekal lunch pun kitorang bawak juga tau, spaghetti ngan lebihan nasi goreng masa bekpes kat apartmen pagi tadi... Kalau ada restoran halal, takdelah bersusah payah bawak bekalkan....

2.10pm kami berenam menaiki bas ke terminal feri, oh ya Cik Rema and family naik bas kat tempat lain, kitorang berjanji je jumpa kat terminal feri....

Dah kompom semua ada, terus melalui pemeriksaan imigresen dan 2.30pm end of trip to Macau....  Aku membuta je dalam feri tapi sedar juga cuaca tak berapa baik, hujan pula kat tengah laut ni, syukur Alhamdulillah selamat kembali ke Kota Hong Kong....

Itu ini itu ini... 4.35pm tiba di Mong Kok... Balik apartmen, ambik masa tuk berehat sebelum turun ke bawah tuk eksesais kaki sekaligus nak bersihkan dompet, kihkihkih...

Wah dari bertangguh aku buat entri ni, banyak pula aku membebel... So nantikan next entri hari terakhir kami di bumi Hong Kong...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment