aZ ZiL La

aZ ZiL La

Tuesday 18 April 2017

Hong Kong - Day 1 (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t....
Hi semua.... :-)

Peringatan mesra... Bersedialah membaca entri yang membosankan ini...


Orait, i mulakan story ngan memperkenalkan group trip holiday i kali ni...
So kepada yang bertanya ngan siapa aku holiday kat Hong Kong hari tu, tadaaa.... Inilah K.A.M.I 10 adults and 2 childrens. Kira percutian family la ni...

 31 Mac 2017 (Friday)
06.25am : BKI - HKG


Flight touch down 09.20am... Nampaktu semua berpusu-pusu menuju ke arrival hall...


Alhamdulillah selamat tiba ke tempat yang dituju, naseb baik 3 jam je perjalanan, bowsan tau dalam flight, hehe...


Lokasi toilet airport... Singgah dulu, masing-masing nak menunaikan hajat...
Toilet canteklah katakan, snap pic sekeping, ingat juga ngan teknologi canggih diorang kan...
Nak ambik tisu ada sensor ye, takdelah pembaziran tisu berlaku dan seperti biasa dalam toilet takde air, nak air ambik kat sinki, korang sedialah botol ka apa... Aishh ni tak payah cakap pun, korang tau la....


Kalau airport besar ni biasanya memang ada train tuk ke arrival hall, so jom naik train dulu, alaa bukan lama, a few minutes je... Jangan tanya siapa Mr. and Mrs. dalam gambar tu, i random je snap pic....


Dah lepas immigration checking, ambik luggage pula... Kenapa barang tak bawa je by hand, sekejap je kan pegi holiday, banyak sangat ka barang yang dibawa??? Opkos banyak, dahlah banyak, berat pula tu...

Makanan je yang memberatkan lugagge, nak hidup kat negara bukan islam, kenalah bawa bekalan makanan halal. Ada je makanan halal kat sana, tapi Ya Rabbi harga boleh tahan, nama pun percutian budget, jadi kena lah berjimat cermat ye... ;-)


Ok settle immigration checking, beg masing-masing pun dah dapat, nampak tu ketua rombongan dah start korek harta benda kat dalam beg, thehehehe.....
Tujuan seterusnya ke kaunter 'train tickets to the city', tu rrr da kat belakang tu, hehehe ringkasannya kaunter nak beli kad octopus, hihihi....
Jangan tanya harga kad octopus, sila rujuk entri sebelum, jenuh nak ulang, walaupun mood rajin sekarang ni...


Lepas tu apa pula, cari kaunter A13... Klem simkad, bukan baru nak beli ye, tinggal nak ambil je, kitorang dah beli online siap-siap via klook... Tunjuk je bukti pembelian, settled!!


11.00am... Dah selesai tukar simkad, betukar-tukar nombor telefon baru, wakahkah no fon baru, nombor oversea gitu.... Kitorang pun menuju ke Terminal Bas. Punyalah dah dekat terminal bas ni, kitorang pula jalan terus je ke depan, terpaksa reverse balik, hahaha.... Seperti yang diramalkan, cuaca kat luar hujan....


Beratur tunggu bas, bas nombor A21 menuju terus kat area tempat kitorang stay... Lebih kurang 11.30am bas pun gerak....


Pipi memasing kembung-kembung tengah melantak, hihi... Turun di perhentian yang ke tujuh, jangan terlepas stesen, janji ngan tuan rumah 13.00pm oclock, kitorang ada banyak masa lagi, 12.10pm dah terpacak kat sini... Sambil-sambil menunggu tu ngan cuaca sejuk, hujan renyai-renyai, makanlah chicken satay wrap yang kitorang sengaja tapau dari flight.


Cun-cun 13.00pm tuan rumah datang pickup kami dan terus menuju ke apartment... Amazing Apartment, Kowloon, Hong Kong... Apartment berada di 13rd floor, tingkat paling atas sekali...

Gambar kat atas tu ruang tamu sekali ngan dapur, 2 pintu sebelah-menyebelah sofa bed tu adalah pintu bilik, sofa bed tu double bed size, tapi bagi Cik Nita tidur sorang ja kat luar, muahehehe....

Oh ya,rombongan kitorang kan 12 orang semuanya, tapi dah divide 2 group, kami berenam stay apartment ni, Cik Rema sekeluarga pula stay kat hotel... Bagi kami yang nak masak-memasak ni kenalah stay apartment, duk hotel mana boleh masakkan...


Aisshh lupa nak gambar bekalan makanan, memang cukup tuk hidup selama 4 hari 3 malam kat sana, makanan dalam tin paling senang bawa, maggi, roti tu wajib, beras pun kitorang angkut sekali ngan bawang-bawangan tau, hehehe...

So sabun taharah kena bawak lah tuk samak peralatan memasak, bungkusan sabun tu je sempat aku snap pic, hihi....

Bilik utama, dihuni oleh kami bertiga, Miss Rina, Miss Aina and me.... Apartment ni comel je ye, keluasan cukup-cukup untuk lalu-lalang tak berlaga bahu dan bontot, eh perkataan tu tak lah kasar sangat, kihkihkih...


Bilik kedua bagi mak-mak pula , my sis n mak nita, keluasan bilik ni muat-muat tuk katil  ni je, takde almari...

Apartment ni kira completelah, dari perlatan dapur bolah masak-memasak, nak cuci baju pun ada washing machine, tapi kalau engko sekejap je stay, tak lah rajin nak cuci-mencucikan... Wifi pun ada ya, engko online lah sampai puass...


Tu dia rombongan baju putih, pengembaraan bermula.... 14.10pm kami gerak ke stesen mrt, sebelum tu singgah beli baju hujan dulu... Sejarah berulang kembali, masa kitorang pegi Vietnam 2015 pun tengah musim hujan, jadi jalanlah dengan beralaskan baju hujan. Jangan heran orang Hong Kong tak pakai baju hujan, diorang prefer guna payung, macam kita juga, kalau kat Malaysia mesti cari payung, mana pandang baju hujan ni, kan kan...


On off hujan ni, ok la tu, tak lah basah kuyup...
Turun di Stesen Central dan kat sinilah meeting point untuk guide pickup customers mereka....


'5 bujangan' thehehehe...
Sebenarnya kami sampai awal sejam ni, jadi apa lagi aktiviti, klik klik klik la tangkap gambar...


Jangan tak tau, i ni model tak rasmi Miss Rina, ngeee....
Memori kad cameranya banyak muka aku je, kahkahkah...




Hamboii Cik Zillah, tak payah nak nganga sangat mulut tu kosentret dengar penerangan guide...
15.50pm guide pickup, tapi sebelum tu diorang akan agih-agihkan tiket tram, kena tunjuklah bukti pembelian tiket, aku dah nyatakan di entri sebelumni, combo tiket The Peak beli secara online via klook.

Bila rasa-rasa semua dah sampai, oh ya ada ramai group lain lagi yang datang dari pelbagai tempat, semuanya berkumpul sekali dan dibahagi kepada 2 group, group bahasa orang putih ngan group bahasa cina, hihihi....


Warning dah diberitahu time briefing, kena jalan laju-laju menuju ke The Peak Tram, jangan terpisah dari group, sambil jalan tu tetap sempat juga tekan kamera...


Berjalan kaki laju-laju dalam 10 minit sampai....


 Bersesak-sesak ni dalam tram, sesiapa pernah pergi Bukit Bendera kat Penang, lebih kurang macam ni lah, so nak merasai naik tram, pegi je Bukit Bendera, Penang, sama la tu naik train sampai ke atas.... 

Tips : Korang tak payah nak lemah lembut kalau tengah ramai orang macamni, siapa lambat, lemah, lembab, tinggal....Korang main kasar je, kalau engko rasa engko ganas, orang-orang kat sana ada lagi ganasss, okeh... Take note!!

All right, maafkan ku... Penceritaan ku tuk entri ni setakat ni je, to be continue Part 2... Kalau nak tahu apa kitorang buat kat sini, tungguu... ;-*

Wassalam...

No comments:

Post a Comment