aZ ZiL La

aZ ZiL La

Wednesday, 4 October 2023

Surabaya (Day 2)


Assalamualaikum W.B.T... Berjumpa kembali teman-teman...

22 September 2023 (Jumaat)

K.A.M.I.

Seawal 2.30 pagi kami memulakan perjalanan dengan menaiki jeep menuju ke Gunung Bromo. Sebelum mendaki ke puncak, kami pekena minuman panas dahulu. Kami ikut ja cakap Pak Jan masuk ke kedai ni, tujuannya untuk mengelak cuaca yang sangat sejuk diluar, ermm kat dalam ni pun sejuknya tak payah cakaplah, beku sis....

4.30 pagi barulah kami memulakan pendakian ke puncak Gunung Bromo yang tak sampai 10 minit dah sampai 😅 Kalau engkau berlari, 5 minit pun boleh sampai...

Me susah nak move on dengan pemandangan yang terbentang indah... Subhanallah sangat cantik...

Alhamdulillah syukur atas rezeki diberi kesempatan menjejakkan kaki di sini...


Kami menanti sehingga matahari terbit 🌞


Keep memories 🫰🏻

Aktiviti seterusnya... Kalau tadi hanya melihat Kawah Bromo dari puncak gunung, jom kita lihat 'the kawah' dengan lebih dekat lagi...

 
Me ditemani Sembo yang berusia 2 tahun menuju ke Kawah Bromo. Ini adalah pilihan, awak nak menunggang kuda, you pay for it... 

250 anak tangga menanti... Ini juga pilihan, ikut kemahuan dan kemampuan memasing...

Tak akan lepaskan peluang, dah alang-alang sampai...

 
Tiada masa untuk kami mengelilingi sampai ke bahagian sana, dapat naik ke atas ini pun sudah cukup...

Pergi dan patah balik bersama kuda yang sama ya teman-teman, pastikan kuda bersama tuannya menunggu sehingga kamu selesai membuat lawatan di kawah... Untuk kami Pak Jan dah aturkan semua, so tidaklah kami terpedaya dengan scammer yang ada dimana-mana...

Rajin-rajinkan diri anda membuat kajian sebelum pergi bercuti, baca blog atau tonton youtube or whatever untuk mendapat tips daripada mereka yang pernah mengunjungi tempat percutian...

Kami meneruskaan penjelajahan ke Widodaren Hill pula...

Memasing jadi model jeep...

Giliran mereka sibuk posing diatas jeep, Me buat pengambaran solo 🤭

Heading to next location...

Pasir Berbisik...

Lokasi pemes sebagai tempat pengambaran filem Pasir Berbisik, korang pernah tengok tak movie ni?

Gambar tak jadi, ekekekek... Me udah bilang sama bapak, snap cepat, kaki Me dah gigil 😅 Bapa supir kami merangkap cameraman okeh!

Tour Bromo berkahir... Mengikut itinerari selepas checkout hotel, kami akan berangkat ke Madakaripura Waterfall. Walaubagaimanapun kami skip untuk pergi ke sini dan sebulat suara bergerak terus ke Batu Malang.


Dalam perjalanan kami singgah lunch di SS Sambal Special, Batu Malang. Total makan berlima Rp335,000 bersamaan RM102.80, tidak semua menu ada didalam gambar. Lagi berbaloi makan kat sini berbanding kat Rumah Makan Kartika Sari, nampak tak 2 kali ganda beza harga. Rujuk entry Surabaya (Day 1) 

Masa untuk berehat, check in hotel dan malamnya acara free and easy jalan-jalan di pasar malam Alun-alun Batu.

Alright gaiss, to be continue part 3...
Wassalam...

Tuesday, 3 October 2023

Surabaya (Day 1) ~Perbelanjaan dan Itinerari


Assalamualaikum W.B.T.... Hai teman-teman pembaca...

21 September 2023 (Khamis)

Tiada mukadimah panjang berjela, Me mulakan terus entry ini dengan perbelanjaan trip to Surabaya...

Sekiranya kurang jelas, boleh 'pm' tepi 🙂

Berikut pula adalah pakej dan itinerari asal trip ke Surabaya yang diberi oleh travel agency. Kepada yang mencari-cari pakej ke Surabaya, boleh rujuk nombor telefon dan emel yang tertera.

Me recommended this travel agency because Me tiada masalah dengan service yang diberikan. Ada ja banyak pakej ditawarkan dari pelbagai ejen, terpulang pilihan memasing...



Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya, dari jauh kelihatan bapa supirnya Pak Ponijan datang menjemput, Pak Jan akan menemani kami sepanjang keberadaan kami di Surabaya ini.

 Harap maaf foto bapaknya kurang jelas...

Penerokaan bermula....

Pit stop pertama kami...

Apa-apapun isi perut dahulu... Sebelum meneruskan perjalanan kami ke Bromo yang memakan masa hampir 4 jam.

Menu makanan berlima, total harga dalam Ringgit Malaysia 192. Apa kata anda? 

Selingan... Kad sim Indonesia, yang ni mesti ramai orang pun tahu... 

Beli online kat shopee, dalam kapal terbang dah ready install, kapal landed ja, off flight mode dan sim card sedia digunakan. Tetapi terpulang memasing, ada yang roaming line telefon sahaja dan kebiasaan disetiap homestay atau hotel pasti ada wifi...

Apalah agaknya mereka buat ni, hahaha... Jalan menuju ke tempat penginapan kami, Me peluk tubuh coz keluar ja dari mobil, cuaca sejuk sudah terasa...

Semakin tinggi perjalanan, semakin indah pemandagan alam semula jadi...

Aktiviti petang kami hanya menanti senja melabuhkan tirai yang berlatar belakangkan Kawah Bromo....

Lokasinya tak jauh dari hotel kami, ini belum lagi Gunung Bromo, nampak kawah tu jangan fikir dah sampai puncak gunung pula 😆

Cukup untuk hari pertama, jom buat persediaan untuk aktiviti hari berikutnya pula...

So see at next entry everyone, daa...

Saturday, 17 June 2023

Trip Semporna


Assalamualaikum w.b.t... Hello kamu kamu semua 🤗 Cik Azila nak bercerita ni...

13 Jun 2023 (Selasa)


Kali ini me and miss Rina bersama-sama 3 teman sekerja yang lain, buat pertama kalinya bercuti bersama mereka, Marlin, Wani dan Pat.


 Dan inilah tempat yang dituju...


Ready gaiss untuk memulakan pendakian... Jarak pendakian hanya 700 meter sahaja ...


Tak ingat bila kali terakhir me hiking, sedangkan run pun dah sangat jarang sekali, huh... 

Yeay sampai di puncak bukit Bohey Dulang... Hanya Wani tidak berhajat untuk meneruskan pendakian....

Okey jom turun...

Setelah berehat sekejap dan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi setetusnya, we all snap snap pic dulu...

Yang tuu puncak bukit kitorang daki tadi...

Hasil kreativiti our guide... Biasanya me akan edit gambar dahulu sebelum ianya berlegar-legar di alam maya, tapi kali ini no need.. Me sangat berpuas hati dengan hasil ketikan kamera our guide 😊

So yeah... Bohey Dulang checked!

Makan tengahari di Pulau Mantabuan dan acara snorkeling boleh dilakukan di sini. Akan tetapi kami penumpang-penumpang di dalam bot (terdapat 8 orang yang lain) sebulat suara bersetuju terus sahaja menuju ke Pulau Sibuan. It's better, tak perlu buang masa, nak buat benda yang sama jugakan, hehehe... But Pulau Sibuan lagi cantik jika nak bergambar...

Tiba di Pulau Sibuan...


Turun bot je terus keluarkan cincin dan jadikannya prop.. Tak sia-sia dapat guide yang 'terrer' ambil gambar...


Seterusnya ikut ja arahan cameraman...


Tapi bab bergaya serah padaku wakahkah..


Cameraman ajar gaya sikit, me memang pandai menambah-nambah, ahaii..



Cubaan pertama tidak menjadi, percikan air kurang...


Bolehla...

Rasa-rasa dah puas posing, kami dibawa ke area snorkeling...

 
Say 'hi' to ikan ikan 🤗

Menikmati keindahan ciptaan Tuhan 🥰


Maka berakhirlah trip island hoping untuk kali ini... Seperti biasa soalan 'femes' yang selalu ditanya, me simpulkan seperti dibawah..

Rasa tak sabar untuk next trip... Ke mana pula tu, biar me 'verangan' dulu, ekekek...

Thanks readers and para stalker 😘 Wassalam..