Assalamualaikum W.B.T.... Hai teman-teman pembaca...
21 September 2023 (Khamis)
Tiada mukadimah panjang berjela, Me mulakan terus entry ini dengan perbelanjaan trip to Surabaya...
Berikut pula adalah pakej dan itinerari asal trip ke Surabaya yang diberi oleh travel agency. Kepada yang mencari-cari pakej ke Surabaya, boleh rujuk nombor telefon dan emel yang tertera.
Me recommended this travel agency because Me tiada masalah dengan service yang diberikan. Ada ja banyak pakej ditawarkan dari pelbagai ejen, terpulang pilihan memasing...
Apa-apapun isi perut dahulu... Sebelum meneruskan perjalanan kami ke Bromo yang memakan masa hampir 4 jam.
Selingan... Kad sim Indonesia, yang ni mesti ramai orang pun tahu...
Beli online kat shopee, dalam kapal terbang dah ready install, kapal landed ja, off flight mode dan sim card sedia digunakan. Tetapi terpulang memasing, ada yang roaming line telefon sahaja dan kebiasaan disetiap homestay atau hotel pasti ada wifi...
Apalah agaknya mereka buat ni, hahaha... Jalan menuju ke tempat penginapan kami, Me peluk tubuh coz keluar ja dari mobil, cuaca sejuk sudah terasa...
Aktiviti petang kami hanya menanti senja melabuhkan tirai yang berlatar belakangkan Kawah Bromo....
Lokasinya tak jauh dari hotel kami, ini belum lagi Gunung Bromo, nampak kawah tu jangan fikir dah sampai puncak gunung pula 😆
Cukup untuk hari pertama, jom buat persediaan untuk aktiviti hari berikutnya pula...
So see at next entry everyone, daa...
No comments:
Post a Comment