aZ ZiL La

aZ ZiL La

Wednesday 4 October 2023

Surabaya (Day 2)


Assalamualaikum W.B.T... Berjumpa kembali teman-teman...

22 September 2023 (Jumaat)

K.A.M.I.

Seawal 2.30 pagi kami memulakan perjalanan dengan menaiki jeep menuju ke Gunung Bromo. Sebelum mendaki ke puncak, kami pekena minuman panas dahulu. Kami ikut ja cakap Pak Jan masuk ke kedai ni, tujuannya untuk mengelak cuaca yang sangat sejuk diluar, ermm kat dalam ni pun sejuknya tak payah cakaplah, beku sis....

4.30 pagi barulah kami memulakan pendakian ke puncak Gunung Bromo yang tak sampai 10 minit dah sampai 😅 Kalau engkau berlari, 5 minit pun boleh sampai...

Me susah nak move on dengan pemandangan yang terbentang indah... Subhanallah sangat cantik...

Alhamdulillah syukur atas rezeki diberi kesempatan menjejakkan kaki di sini...


Kami menanti sehingga matahari terbit 🌞


Keep memories 🫰🏻

Aktiviti seterusnya... Kalau tadi hanya melihat Kawah Bromo dari puncak gunung, jom kita lihat 'the kawah' dengan lebih dekat lagi...

 
Me ditemani Sembo yang berusia 2 tahun menuju ke Kawah Bromo. Ini adalah pilihan, awak nak menunggang kuda, you pay for it... 

250 anak tangga menanti... Ini juga pilihan, ikut kemahuan dan kemampuan memasing...

Tak akan lepaskan peluang, dah alang-alang sampai...

 
Tiada masa untuk kami mengelilingi sampai ke bahagian sana, dapat naik ke atas ini pun sudah cukup...

Pergi dan patah balik bersama kuda yang sama ya teman-teman, pastikan kuda bersama tuannya menunggu sehingga kamu selesai membuat lawatan di kawah... Untuk kami Pak Jan dah aturkan semua, so tidaklah kami terpedaya dengan scammer yang ada dimana-mana...

Rajin-rajinkan diri anda membuat kajian sebelum pergi bercuti, baca blog atau tonton youtube or whatever untuk mendapat tips daripada mereka yang pernah mengunjungi tempat percutian...

Kami meneruskaan penjelajahan ke Widodaren Hill pula...

Memasing jadi model jeep...

Giliran mereka sibuk posing diatas jeep, Me buat pengambaran solo 🤭

Heading to next location...

Pasir Berbisik...

Lokasi pemes sebagai tempat pengambaran filem Pasir Berbisik, korang pernah tengok tak movie ni?

Gambar tak jadi, ekekekek... Me udah bilang sama bapak, snap cepat, kaki Me dah gigil 😅 Bapa supir kami merangkap cameraman okeh!

Tour Bromo berkahir... Mengikut itinerari selepas checkout hotel, kami akan berangkat ke Madakaripura Waterfall. Walaubagaimanapun kami skip untuk pergi ke sini dan sebulat suara bergerak terus ke Batu Malang.


Dalam perjalanan kami singgah lunch di SS Sambal Special, Batu Malang. Total makan berlima Rp335,000 bersamaan RM102.80, tidak semua menu ada didalam gambar. Lagi berbaloi makan kat sini berbanding kat Rumah Makan Kartika Sari, nampak tak 2 kali ganda beza harga. Rujuk entry Surabaya (Day 1) 

Masa untuk berehat, check in hotel dan malamnya acara free and easy jalan-jalan di pasar malam Alun-alun Batu.

Alright gaiss, to be continue part 3...
Wassalam...

No comments:

Post a Comment