aZ ZiL La

aZ ZiL La

Tuesday 13 November 2018

Singapore - Last Day


Assalamualaikum W.B.T... Hai gaiss..

02 October 2018 (Tuesday)... 08.30am, selamat tinggal Aliwal Park Hotel, checkout time...


Isi perut, sarapan yang sama seperti semalam kecuali aku tak letak kuah hitam tu... Rumah Makan Minang  menjadi pilihan sekali lagi dan antara sebabnya adalah the teh tarik... Memang thumbs up la teh tarik dia, weolls memang saja repeat  pegi restoran ni coz nak minum teh tariknya, sehinggakan aku dah balik KK pun asyik nak order teh tarik but I manage to control it, tak bolehlah minum manis selalu, huhuhu....

09.25am menuju ke Stesen MRT...



Sepanjang laluan ke Merlion Park... Gigih dengan barang memasing, terpaksalah usung beg tu ke sana ke mari memandangkan kami tidak bercadang nak berulang-alik ke hotel, dapat urut kat bahu ni mesti best... 




The last mission percutian kali ini, Merlion Park... Inilah mercu tanda Kota Singa, sebut Singapore je ingat USS, sekali-sekala engko jejakkanlah juga kaki tu kat landmark negara yang engko lawati kann... :-)

10.30am kami pun perlahan-lahan beransur pergi dari taman ini untuk menuju ke Airport. Memandangkan kami ada banyak masa, sempat lagi menyoping kat Stesen MRT.


12.00pm... Terminal 2, Changi Airport. Jangan lupa claim deposit tourist pass okey...


Cari benda tersembunyi, hihihi... Baru nak landing, shuttle bus dah sampai....


My lunch at Terminal 4, Changi Airport...


Orang Sabah sebut 'jakun' 'sakai' it's like kebaruan la orang kata (lain tempat lain maksudnya kot)... Nak order Mc D melalui kiosk, takde kat kampung aku ni, wakahkah....


Senang nak lepak, sesuai tuk kami yang lama lagi boarding time, layanlah henpon sampai habis bateri tapi boleh sambung cas kat soket tepi kerusi tu...


Ada banyak kaunter dan kiosk, airport pun besar, rasanya tak perlu kelam kabut sangat kalau nak check in, kalau kat KLIA2 tu kenalah awal ye, dah lah kena menapak jauh tuk pegi ke gate, omoo omoo omoo...




Walaupun  Miss Riena malas nak layan, aku minta tolong juga snap gambar, hahahaha...


Bila ada lagi sisa-sisa dolar tu, ku laburkan kat sini, hehehe...


Wow ai teruja okeh, aku ngaku betambah-tambah 'jakun' (kebaruan) ai, pemeriksaan untuk pasport Malaysia tidak perlu melalui kaunter, ada autogate tuk Malaysian, maksudnya pasport tak perlu dicop, anda hanya perlu buat clearance melalui autogate, scan je pasport, boarding pass dan ibu jari. So baru ku tahu, kalau tiba di kaunter Imigresen negara seterusnya, Pegawai Imigresen tak payahlah cari cop exit kat dalam pasport tu, untuk Malaysian Pasport sahaja ye, eh i'm not sure tuk foreign passport yang lain... Faham ke tak aku membebel ni, takpe lah ilmu tuk Immigration Officer, take note!

Siap ada mesin scan badan lagi, bukan yang macam bingkai pintu tu ye, bukanlah juga macam mesin scan barang, ianya serupa bilik kecik cam tandas begerak tu versi dinding arcylic, muahaha aku tak tau nak gambarkan dengan apa lagi, engko masuk dalam tu and then put your hands up, scanning dijalankan...

Tak selesai di sana, nak boarding pun self service, mesin seperti di dalam gambar, engko scan sendiri boarding pass, jimat tenaga kerja... Takdelah banyak mana negara yang aku pernah pergi pun, ku fikirkan Incheon Airport dan Hong Kong Airport sudah cukup besar dan canggih, akan tetapi buat masa ini ku isytihar Changi Airport lagi canggih-manggih, ngeee.... Mungkin nak kena pergi Jepun pulalah, kihkihkih alasan je nak tengok kecanggihan dan kemodenan negara orang :-p


Seperti yang dijanjikan, ini adalah perbelanjaan trip ke Singapore.... Selamat membuat kira-kira...

My last vacation untuk tahun ni, ke mana pula next year?? Stay tuned... Wassalam :-*

No comments:

Post a Comment