Haluu gaiss... 01 October 2018 (Monday)... Today is Universal Studio Singapore Day...
08.00am... Apa-apapun kita 'brekpes' dulu...
Beberapa buah restoran yang sudah beroperasi di kawasan sekitar, akhirnya kami memilih untuk sarapan di Rumah Makan Minang...
Fuhh... Dah serupa lunch makanan aku, hehe.... Teh tarik tu, terbaikk!
Nak shopping survenir ada juga kat area ni... 09.10am kami menuju ke Stesen MRT...
Hajat dihati kitorang nak menaiki monorail untuk ke Taman Sentosa Singapore, mak aii panjangnya barisan, ingatkan hari isnin tak la ramai manusia, so second choices naik bas je lah, huhuhu....
Dah elok kami nampak stesen bas kat luar tu, tapi takut salah stesen, padahal dah tanya orang, si uncle pun jawapan tak meyakinkan, jadinya kitorang ikutla signboard, kwangkwangkwang seperti semalam, tempat dah dekat tapi engko pusing jauh dah kenapa... Tepokk dahi sendiri :-(
Ni lagi, tak tanya pun driver bas boleh guna ke tak Tourist Pass, dah bayar cash baru terpikir, naseb baek SGD 1 je... Sel-sel otak memasing tak berhubung, kahkahkah...
10.30am tiba di Universal Studio Singapore....
Eksyennya tengok Minah yang kat tengah tu, ngeee... :-p
Geng repeat! Tiga kali dah aku pegi tempat ni....
Shrek 4D show, masih cerita yang sama...
Kali ketiga dah pegi sini, tak banyak bergambarpun... Miss Riena pun dah malas nak snap gambar aku, huhuhu...
Kali ni terbuka hati nak main permainan kat Jurassic Park, boleh pula kami bertahan berbaris panjang menunggu giliran...
Hah nampak benda kuning kat belakang tu, this is a thrilling river raft ride (tak tau nak panggil rakit ka bot ka apa), warning dah diberi iaitu risiko untuk terkena percikan air adalah tinggi, tapi bila nampak orang yang dah selesai main tu, takdelah basah sangat pun, yang tak basah langsung pun ada, so kitorang pun tawakal je lah...
Ambik kau, siapa yang duduk kat tepi sukar untuk mengelak dari tidak terkena air... Satu bot tuk sembilan orang, so duduk bertiga-tiga, tak nak basah engko duduk kat tengah... Kitorang menaiki bot ni bersama-sama empat orang budak Korea dan seorang penjaga dewasa mereka, yang menjerit kuat dan ketawa terbahak-bahak bukannya 4 orang bebudak Korea tu, tapi 4 orang bebudak besar ni...
Mesti dalam hati bebudak tu cakap padan muka korang tak pakai baju hujan, kan dah basah, diorang selamatlah bebungkus ngan baju hujan... Takpe, cuaca kat luar panas terik, boleh je pakaian kitorang kering dengan sendirinya, huhuhu ...
Kenapalah dulu aku tak tengok show kat sini... Mungkin inilah hikmahnya kitorang repeat balik ke mari... Aksi stunt para pelakon tidak mengecewakan... Full video show tidak dapat dikongsikan di sini...
Kat luar USS dekat area globe tu ada Malaysian Food Street, ermm sekali masuk tengok sepanjang gerai tu lebih banyak sesuai orang cina je makan, memangla masakan Malaysia tapi kalau dah lebih banyak tak halal, bagus letak nama Chinese Food Street... Akhirnya makan roti canai, naseb baek awal pagi dah makan makanan berat, perut pun takde la lapar sangat... Oh ya, jangan lupa minta cop kat tangan kalau nak keluar, nanti masalah pula bila nak masuk balik kat dalam USS...
05.30pm weolls menamatkan sesi hiburan kat sini...
Aku tak pasti mana lagi bagus tempat nak shopping souvenir samada kat Bugis Street atau kat China Town, memandangkan Bugis Street paling hampir dengan laluan kitorang, berada dekat je ngan MRT Bugis, so kami nyoping kat sana je la...
07.00pm... Balik ke sangkar... Dalam memikir nak dinner apa malam ni, mujur kafe kat sebelah hotel kitorang stay masih buka...
Kecik comel je kafenya, bila nampak menu memang kitorang tertarik nak mencuba... Mat Salleh tu kot pemilik kafe, Halal food ye, no worry, ada seorang pempuan melayu pekerja kat kafe ni...
Nampak cam roti bakar biasa je kan, tu sandwich bukan biasa-biasa ye, sedap wey, minum pula ngan cappuccino, perrgh yummey... Selamat perut aku besok dah nak balik, kalau tak rajin aje nak mengorder...
Angkut makanan bawa naik bilik, nak packing barang lagi, esok dah balik... Nitezzzzz....
No comments:
Post a Comment