aZ ZiL La

aZ ZiL La

Friday 20 February 2015

Korea - Day 5

Salam & Hi semua....

06 Febuari 2015 (Friday)

Di hari-hari terakhir berada di Korea ni, makin slow pergerakan kami. Rasa tak sabar nak balik Malaysia, tapi cam nak lama-lama juga kat Korea, iyalah kan bukan selalu dapat datang sini. In Shaa Allah kalau da rezeki, lain kali datang lagi ^_^ .....

Pagi ni lewat sikit gerak dari guesthouse, bukan apa, destinasi pertama adalah Gyeongbokgung Palace, kami nak menyaksikan upacara Changing Ceremony pada jam 1000, tempat ni tak jauh dari guesthouse so 0930 am baru menuju ke stesen subway.

Tak nak menunggu lama kat palace, amik kesempatan snap-snap picture sepanjang jalan menuju ke palace.



Yeeww dirty!! Tak payah nak geli sangat, sekadar perhiasan je tu...

Standby for the show...


Bunyi gong menandakan upacara akan bermula.




Kalau terlepas upacara sesi pagi ni, boleh pegi upacara sesi petang pula jam 1500.

Selesai je upacara, berebut pengunjung nak begambar ngan pengawal-pengawal istana tu.





Zup zup zup acara lari berganti-ganti, ekeke ramai lagi menunggu turn nak begambar, kalau lambat je orang akan potong line.

Menikmati pemandangan sekitar istana.







Setiap inci kawasan ni ada sejarahnya, tapi aku tak amik kisah sangat, hehe.... Yang aku tau amik gambar je lah.



Tak boleh masuk istana kat belakang tu, dapat amik gambar dari luar je, sikit je kita langgar kawasan, sensor akan berbunyi dengan kuatnya.

Apa yang ada kat dalam...






Kami tak round abis kawasan sekitar, tapi kak Nurul ngan anaknya gigih meneroka setiap sudut kat sini, Cik Ekin menemani mereka. Kami berlima pula lepak kat kafe, aku tu sebenarnya nak pegi tandas so bagus ikut melepak kat kafe dulu, hehehe...... Boleh tengok-tengok souviner yang ada, tapi tak jadi lah nak beli, nanti je aku memborong di hari terakhir.



Nampak sebelah kanantu, kat situlah terletaknya kafe & kedai souviner....

Mengikut itinerary kami akan ke Bukchon Hanok Village, tapi kami skip tempat ni coz cam pack je jadual hari ni. Kami menuju ke tempat nak pakai pakaian tradisional Korea iaitu hanbok. Langkah kiri, kami sampai lunch time, unnie tu cakap datang jam 1400 pula, sobsobsob.... Tak kan nak tunggu sejam lagi, so tak pe, plan B. Kami ke Insadong, pegi isi perut dulu.



Terbaik kari kambing ni, dagingnya pun lembut je, banyak pula tu, cukup makan tuk 2 orang, boleh pilih makan ngan roti @ nasi, ni set sekali ngan minuman. 1 set 11,000 won (RM 33).



Sesiapa ke Insadong boleh singgah restoran ni.





Kat dalam restoran ni pun jadi kalau nak berposing, terasa cam kat negeri arab pula.

Diatas persetujuan semua, kami memilih untuk memakai hanbok di area ni je, so tak perlu ke tempat tadi. Jalan punya jalan, kami tertarik untuk melihat oppa membuat ermmmm alamak tak tau nama ni, huhuhu... Joesonghamnida.



It is delicious, tak ingat ada berapa perisa semuanya, aku amik perisa almond. Kami share je beli setengah dozen (6 kotak) n free 1. Setengah dozen 34,000 won, so sekotak 5600 won (RM 17).

Siaran tergendala gara-gara benda ni, hehe... Terus menuju ke tempat memakai hanbok. Wow boleh tahan laku tempatni, appointment tuk grup kami adalah pada 1410. Nasib baik appoinment tak full sampai ke petang, kalau tak plan C pula.









Time's up!! Rasa tak puas bergaya ngan baju ni. Turn grup lain pula.

Ke mana lagi lepas ni.... Jalan punya jalan, dengar bunyi gong, kat sebelah je palace yang kami pegi pagi tadi, upacara Changing Ceremony sesi petang sedang berlangsung. Kena berjalan sikit untuk sampai di Gwanghamun square.


King Sejong... Apa kisah sejarahnya aku pun tak tau, tapi tempatni juga salah satu tumpuan pelancong. Jalan ke depan sikit....



Gerunnya, king tu cam tengah tenung aku je...

Ada acara sedang dijalankan di sini....


Ingat tak kisah feri karam tahun lepas, tak pasti la dorang buat upacara mengingati mangsa kah apa ni. Yang penting ada pula kat tepi tu tengah mengumpul tandatangan orang ramai untuk membuat petition nak menentang kerajaan bagi menuntut keadilan terhadap keluarga mangsa. Inilah sebab menyibuk sangat, ngan kami sekali turunkan tandatangan, buat hal lah orang Malaysia ni, hahahaha. Dapat ni lagi, ekeke....



Bagi nak menunjukkan kami menyokong perjuangan mereka,  boleh pula orang tu nak amik gambar kitorang sambil memegang sepanduk. Geleng kepala je lah, no way for photo, takut gambar disalah gunakan @ disalah ertikan. Jangan buat onar di tempat orang.

Destinasi kami seterusnya adalah Cheonggyecheon iaitu sungai buatan manusia. Tapi sebelum tu kewajipan harus ditunaikan. Berhampiran sungai tu ada bangunan Korea Tourism Organization (KTO), kat sini ada prayer room. Masuk-masuk bangunan ni, tengoklah apa yang aku tapau bawa balik ke Malaysia....



This is free, abis sebakul kitorang rembat, siapalah amik banyak tu ye, hikhikhik cam cakap diri sendiri je. Angkut kalender ke hulu ke hilir, wakahkah nak juga kalendar Korea kan. Bukan aku seorang je okeh, yang lain pun kaki angkut!

Kat depan pintu masuk....


Selesai yang lain menunaikan solat barulah kami turun bersiar-siar kat sungai buatan tu. Kenapa sungai buatan, coz asalnya adalah longkang dan telah di upgrade menjadi sungai sehinggalah menjadi indah di pandangan mata.












Jam 1735.... Aik cam tak percaya misi hari ke lima dah berakhir, matahari belum terbenam. Lambat balik mengomel sendiri tak cukup rehatla, letihla.... Bila ada peluang berehat, rasa tak puas pula berjalan. Cukup-cukuplah, barang nak packing pula, uwaaa....

So sebelum pulang ke sangkar, kita makan dulu.



Daebak!! Serius sedap sotong sambal itu, sup tauhu tu pun cam tak cukup Miss Ryna makan, ikan bakar lagilah opkos my pebret. Sesiapa ke Korea must try, sila lah pegi kat area Sinchon. Bayaran dinner tuk seorang 5200 (RM 15.60).

Kami pulang dengan slow motion, kan malam masih muda....

Perbelanjaan hari ke lima =
Makanan : 21,800 won (RM 65.50)



No comments:

Post a Comment