aZ ZiL La

aZ ZiL La

Friday 13 February 2015

Korea - Day 3

04 Februari 2015 (Wednesday)

Salam & Hi semua... Hari ketiga berada di Seoul... Hari ni kami bersama Cik Ekin salah seorang lagi tour guide ILoveKoreaTour. Memandangkan ada grup lain lagi yang akan tiba hari ni, Cik Kinna akan bersama mereka pula.

Pagi ni kami gerak awal sikit coz destinasi hari ni adalah Patite France & Nami Island. 0830 am seperti biasa menaiki subway 3 kali tukar line & 0940 am tren yang ketiga adalah selama sejam perjalanan. Ingat dekat nak gi Nami Island ni....

Kami dah macam orang nak gi keja bersesak-sesak naik subway, almaklumlah public transportation adalah pengangkutan utama mereka berbanding nak naik kereta sendiri, disamping penduduk Korea boleh tahan juga ramainya.


Nampak tak sign tu setiap hujung gerabak akan ada tempat duduk khas untuk golongan tertentu, jangan sesekali nak duduk kalau tidak tergolong dalam golongan berkenaan, walau sesak macamanapun, biarkan tempat khas itu diduduki oleh golongan-golongan tersebut, nanti orang Korea pandang semacam je, jangan buat malu tau....

Opss sambung cerita... Ingatkan dah hampir tiba ke destinasi, rupanya kena naik bas lagi. Kami sempat menaiki bas jam 1030, kalau terlepas kena tunggu bas lain, jadual bas kena google sendiri ye, hihihi.... Yang aku tau bas ni akan berhenti 4 tempat, tiket 5000 won boleh digunakan untuk pergi dan balik, so sila simpan tiket anda, ada yang tak tau, tak pasal-pasal beli tiket yang baru pula. Sepanjang perjalanan kat sini baru lah kelihatan salji-salji yang membeku, ermmm tak dapat merasai snowfall, hanya dapat tengok sisa-sisa salji yang real pun jadilah, sob sob sob TT_____TT .

Kami hanya memilih 2 tempat...
Perhentian pertama kami Patite France...


Kawasannya tak luas sangat, so jangan amik masa yang lama kat sini, sejam dua jam dah cukup.






Sementara menunggu bas tuk next destination, kami lepak kat kafe yang berada di seberang jalan. Minum white chocolate latte, tapi rasa vanilla, haha confius... Huhu lupa amik gambar.... Harga 3300 won (RM 10).

1250 gerak ke perhentian kedua kami Nami Island... Sila peka dengan jadual bas, kalau terlepas kena tunggu sejam lagi. Jadual bas ada je dekat ngn bus stop tu.

Akhirnya sampai ke pulau yang pemes disebut-sebut disebabkan oleh drama Winter Sonata.



Sebelum menaiki feri, sekejap je menyeberang, only 5 minutes.


Turun jeti je amik gambar, sepanjang jalan bergaaambar je.....






Sehinggalah jumpa restoran, asalnya nak makan nasi goncang (campuran nasi, telur & kimchi), disebabkan anak kak Nurul ngan kak D tak makan kimchi, last-last makan je lah kat restoran ni. Sowy tak ingat nama restoran.


Nasi goreng Korean style.... Jauh-jauh pegi makan nasi goreng je, hehe bukan apa, malas nak try yang pelik-pelik. Ni aku anggap je lah cam makan kat Secret Recipe @ Kenny Rodges, sepinggan nasi goreng 9500 won bersamaan RM 28.50.


Kat sebelah restoran ni ada tempat solat, lepas makan masing-masing tunaikan kewajipan bagi yang boleh. Dah settle, takde keja lain sesi memenuhkan memory card hp n kamera masing-masing....






Ntah bila masanya yang menjadi lompatan ni, wakahkah!!

Akhirnya.... Bolehlah, nampaklah semua melompatkan.




Dah nak abis cerita, baru nak kenalkan gadis bertudung & berjaket biru itulah Cik Ekin, the second tour guide.

Banyak sangat begambar kat sini, tapi ntah mana gambar-gambar yang lain ek, errmmm kat kamera orang lain lah tu, huhuhu....


Yang ni tak tau nak panggil sungai @ tasik yang membeku. Kitorang siap baling-baling batu kononnya nak try pecahkan ais tu, agak-agak pecah ke tak, memang tak lah, kahkahkah....

Sebelum matahari melabuhkan tirai, sambil menuju ke jeti, kitorang bincang punya bincang dan decide rasanya tak perlu ke City Hall Ice Skating. Tempat ni ada dalam itinerary, cuma kalau nak pegi sebaik-baiknya dari awal pagi lagi. Nak pegi bukannya dekat, lagipun bila dah sampai tak kan nak tengok je, dah alang-alang sampai, cubalah main. Bayaran tuk main pun bukannya murah, tak termasuk bayaran tuk sewa peralatan lagi.

So ke mana pula kami lepasni...
Jam 1700 menaiki feri, take a cab menuju ke stesen subway. Time to shopping... Tengok dorang shopping barang kosmetik, beg, kasut... Tapi aku borong makanan, hihihi....

Antara yang aku beli....


Sample setiap satu, coz setiap satu tu ada yang aku beli sampai 3-4, hehe.... Jumlah keseluruhan 28,500 won (RM 85.50), anggaran sahaja coz tak ingat jumlah sebenar.

Makanan dah, minuman pula. Tengoklah kami yang memborong banana milk, ekeke....


Tu kotak dorang, aku pun borong sekotak, 12 botol kesemuanya, kami borong kat sini sebab murah, sebotol 900 won (RM 2.70), jumlah semuanya 10,800 won (RM 32.50).

Letih dan lapar... Ikut je la Cik Ekin ajak makan kat mana...

Disediakan apron lagi....



Makan mee pula malamni, sebenarnya meenya tu maggi ngan macam-macam campuran lagi, seperti biasa lauk adalah seafood. Yang ni pedas, kira cam makan maggi tomyam lah, nyumnyum sedap. Bayaran makan sorang 5000 won (RM 15), bila lagi dapat makan maggi mahal, kat sini je la, hahaha.....

Kenyang perut, masa tuk balik..... Zzzzzzz

Perbelanjaan hari ketiga =
Makanan : 57,100 won (RM 171.50)



No comments:

Post a Comment