aZ ZiL La

aZ ZiL La

Sunday, 15 February 2015

Korea - Day 2


03 Februari 2015 (Tuesday)

Hari kedua berada di Seoul Korea...

0800 am breakfast dulu, makan bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia, panaskan je guna microwave, 4 minit siap, hehe....


Boleh cari kat Tesco, yang ni beli kat Tesco IOI Mall Putrajaya....

0900 am bergerak ke destinasi pertama kami tuk hari ni....


Muka semangat nak menerokai Bumi Seoul, topup TMoney dulu (diingatkan sekali lagi, transportation termasuk dalam pakej)....

Tiba di destinasi....


Takde kerja lain, bergambar je lah....
Biarkan gambar yang berbicara, hehehe....


Walaupun matahari terik memancar tapi kesejukan tetap menusuk ke tulang....


Yang 2 orang kat depan tu tak kenalkan lagi, kak Nurul & anaknya....


Kami ke Ihwa Mural pula...
Lebih kurang cam kat Penang tu, ada lukisan-lukisan kat dinding, cuma kat sini takde lah banyak cam kat Penang....





Sesiapa gi Wisma Merdeka Sabah, boleh jumpa lukisan kat tangga cam lukisan ni, serius sama je....


Kami teruskan lagi penjelajahan ke Ewha Women University Edae...



On the way nak ke University tu da Zoo Coffee, tapi Zoo Coffee yang besar sebenarnya kat area jalan menuju ke Nami Island (kalau tak silap), yang kat sini cawangan je kot, aku dah lupa drama Korea mana da berlakon kat Zoo Coffee ni. Kadang aku tengok drama tak abis, hihihi tak pun aku skip-skip nak tau cerita bestke tak je, haha...


Drama apakah ini??

Cantik pemandangan kat University ni....



Yang sebelah-menyebelah ni library ngan gym.... Amboi cameraman kat belakangtu, ingat senang nak dapat shoot yang cantik....
Dah cukup snap pic, jalan punya jalan terbeli lah jaket winter 5000 won (RM 15), mana nak dapat harga camni kat Malaysia, kat Korea bolehlah dapat murah coz dah musim dorang, berlambak jual kat sana.


Gambar nak tunjuk jaket yang aku beli....

Kalau nak beli barang kosmetik dengan harga yang murah kat sini la areanya, tapi aku tak memborongpun coz aku dah biasa ngan barang mekap yang aku pakai sekarang, lagipun aku bukannya kaki mekap, tak pandai mekaplah katakan, muahehe tempek bedak dah cukup.


Memandangkan eyeliner aku dah abis, aku beli eyeliner beauskin ni, 2 colour smokey black n crystal black, da 4 warna kesemuanya. Best pakaini, ni kalau abis nak mencari kat malaysia pula, aku pun tak tau da jual kat mana, tak pun sapa-sapa gi Korea, nak kirim boleh, hihihi... Kompom mahal kalau kat Malaysia ni, kat Korea dalam belasan ringgit je, tak sampai RM 20 pun.
Beli mask, tengok cam best je, cukupla 2 je, saja nak try....
Price aku tak ingat pula, total semua dalam 10,000 won, cuma anggaran ye, so dalam RM 30.

Gambar ehsan dari Mr. Google

Ternampak Banana Milk, minuman kiriman my nephew, sebelum aku borong, nak rasa dulu, harga biasa 1200-1300 won, kat sini cuma 900 won (RM 3).


Hah ni kedainya Baviphat, kedaini bersambung-sambung tau sampai kedai oren tu....

Tak sedar masa berlalu, perut dah bekeroncong, aku tak tau area mana tempat kami makan ni, jangan tak tau, nak gi makan pun kena naik subway tukar lane 2 @ 3 kali....



Makan nasi goreng ala korea, orang tu masak depan kita je, oppa baru letak sotong bagi masak dulu sebelum masukkan nasi. Kalau kat Malaysia cam nasi goreng seafood la coz seafood je la yang kita boleh makan, kalau daging dikhuatiri tak halal. Lunch 4500 won sorang (RM 13.50).


Ready to lunch, yummy!!

Pas makan, yang boleh menunaikan solat, solat kat restoran ni je, kebetulan kami duk kat dalam sikit, so solatlah di sudut restoran tu.

So ke mana lagi kami....
Hangang Park....



Kalau nak naik cruise, kat sinilah tempatnya....


Eland cruise, menikmati pemandangan sekitar....



Boleh beku duk kat atas, snap-snap gambar pastu cepat-cepat turun bawah, tak tahan sejuk giler.... Boleh gila kalau sejuk, hahaha....


Nampak gambartu, kedua-dua drama ni aku tengok, dorang berlakon kat sini...
Faith to love you, aku tak suka pun pelakon lelaki tu tapi aku tengok jugakan, hahaha....
My love from the star, ceritani kompom ramai tengok, tapi ending story tak best, uhuk uhuk....

Hari dah nak gelap nampaknya, menuju ke next destination, Hello Kitty Cafe terletak kat Hongdae... Menuju ke sini, tersinggah pula kedai kasut, aku pun terbelilah sepasang kasut winter dengan harga hanya 5900 won (RM 18). Opss tak de amik gambar.

Tiba di Hello Kitty Cafe, all pink gitu, siapa yang minat pink mesti suka ni. Tak duduk minum pun, just amik gambar.





Dinner time at Myeongdong....


Makan asam pedas Korea katanya, hehe... Tak pedas pun, manis adalah, bersama ikan bakar, cam ikan terubuk je ikan tu, hihi.... Bayaran makan sorang 7000 won (RM 21). Kalau tak nak sakit hati, jangan convert dalam RM, tapi aku tetap nak kira juga, huhuhu ringankan aje la hulur duit tu, uhuk uhuk....

Kat tempat makan ni la, da ahjussi minum soju & mabuk, dah la duk kat belakang kitorang je, tangan dia dah angkat-angkat pastu tengok-tengok kitorang sambil mulut kumat-kamit, tak nak aku duduk lama-lama kat sana, takut ntah pa lagi nanti ahjussi tu buat.

Berakhirlah misi kami di hari kedua, masa untuk kembali ke sangkar. Kami menaiki teksi balik ke guesthouse, risau juga bila kami seperate guna 3 teksi coz kami 9 orang, 2 teksi lagi tu ok la coz Cik Kinna naik teksi bersama Syeren & Safura, kawan Cik Kinna c Ayub yang study n keja kat Korea tu naik teksi ngan Kak Nurul & anaknya, oleh yang demikian tinggal kami bertiga, Ayub dah bagi instruction kat driver teksi, bila dah nak sampai ahjussi driver teksi speaking Korea pula kat kitorang, kami tak tau dah kami kat mana, nasib baik Cik Kinna menunggu kat depan, alhamdulillah selamat sampai.

Perbelanjaan hari kedua =
Makan : 12,400 won (RM 37)
Kosmetik : 10,000 won (RM 30)
Pakaian : 10,900 won (RM 33)
Total : 33,300 won (RM 100)
*tukaran dalam RM hanyalah anggaran, coz kena mengikut tukaran mata wang semasa

Yess!! Day 2 pun 1 part je... Ke mana pula kami di hari ketiga....





Friday, 13 February 2015

Korea - Day 3

04 Februari 2015 (Wednesday)

Salam & Hi semua... Hari ketiga berada di Seoul... Hari ni kami bersama Cik Ekin salah seorang lagi tour guide ILoveKoreaTour. Memandangkan ada grup lain lagi yang akan tiba hari ni, Cik Kinna akan bersama mereka pula.

Pagi ni kami gerak awal sikit coz destinasi hari ni adalah Patite France & Nami Island. 0830 am seperti biasa menaiki subway 3 kali tukar line & 0940 am tren yang ketiga adalah selama sejam perjalanan. Ingat dekat nak gi Nami Island ni....

Kami dah macam orang nak gi keja bersesak-sesak naik subway, almaklumlah public transportation adalah pengangkutan utama mereka berbanding nak naik kereta sendiri, disamping penduduk Korea boleh tahan juga ramainya.


Nampak tak sign tu setiap hujung gerabak akan ada tempat duduk khas untuk golongan tertentu, jangan sesekali nak duduk kalau tidak tergolong dalam golongan berkenaan, walau sesak macamanapun, biarkan tempat khas itu diduduki oleh golongan-golongan tersebut, nanti orang Korea pandang semacam je, jangan buat malu tau....

Opss sambung cerita... Ingatkan dah hampir tiba ke destinasi, rupanya kena naik bas lagi. Kami sempat menaiki bas jam 1030, kalau terlepas kena tunggu bas lain, jadual bas kena google sendiri ye, hihihi.... Yang aku tau bas ni akan berhenti 4 tempat, tiket 5000 won boleh digunakan untuk pergi dan balik, so sila simpan tiket anda, ada yang tak tau, tak pasal-pasal beli tiket yang baru pula. Sepanjang perjalanan kat sini baru lah kelihatan salji-salji yang membeku, ermmm tak dapat merasai snowfall, hanya dapat tengok sisa-sisa salji yang real pun jadilah, sob sob sob TT_____TT .

Kami hanya memilih 2 tempat...
Perhentian pertama kami Patite France...


Kawasannya tak luas sangat, so jangan amik masa yang lama kat sini, sejam dua jam dah cukup.






Sementara menunggu bas tuk next destination, kami lepak kat kafe yang berada di seberang jalan. Minum white chocolate latte, tapi rasa vanilla, haha confius... Huhu lupa amik gambar.... Harga 3300 won (RM 10).

1250 gerak ke perhentian kedua kami Nami Island... Sila peka dengan jadual bas, kalau terlepas kena tunggu sejam lagi. Jadual bas ada je dekat ngn bus stop tu.

Akhirnya sampai ke pulau yang pemes disebut-sebut disebabkan oleh drama Winter Sonata.



Sebelum menaiki feri, sekejap je menyeberang, only 5 minutes.


Turun jeti je amik gambar, sepanjang jalan bergaaambar je.....






Sehinggalah jumpa restoran, asalnya nak makan nasi goncang (campuran nasi, telur & kimchi), disebabkan anak kak Nurul ngan kak D tak makan kimchi, last-last makan je lah kat restoran ni. Sowy tak ingat nama restoran.


Nasi goreng Korean style.... Jauh-jauh pegi makan nasi goreng je, hehe bukan apa, malas nak try yang pelik-pelik. Ni aku anggap je lah cam makan kat Secret Recipe @ Kenny Rodges, sepinggan nasi goreng 9500 won bersamaan RM 28.50.


Kat sebelah restoran ni ada tempat solat, lepas makan masing-masing tunaikan kewajipan bagi yang boleh. Dah settle, takde keja lain sesi memenuhkan memory card hp n kamera masing-masing....






Ntah bila masanya yang menjadi lompatan ni, wakahkah!!

Akhirnya.... Bolehlah, nampaklah semua melompatkan.




Dah nak abis cerita, baru nak kenalkan gadis bertudung & berjaket biru itulah Cik Ekin, the second tour guide.

Banyak sangat begambar kat sini, tapi ntah mana gambar-gambar yang lain ek, errmmm kat kamera orang lain lah tu, huhuhu....


Yang ni tak tau nak panggil sungai @ tasik yang membeku. Kitorang siap baling-baling batu kononnya nak try pecahkan ais tu, agak-agak pecah ke tak, memang tak lah, kahkahkah....

Sebelum matahari melabuhkan tirai, sambil menuju ke jeti, kitorang bincang punya bincang dan decide rasanya tak perlu ke City Hall Ice Skating. Tempat ni ada dalam itinerary, cuma kalau nak pegi sebaik-baiknya dari awal pagi lagi. Nak pegi bukannya dekat, lagipun bila dah sampai tak kan nak tengok je, dah alang-alang sampai, cubalah main. Bayaran tuk main pun bukannya murah, tak termasuk bayaran tuk sewa peralatan lagi.

So ke mana pula kami lepasni...
Jam 1700 menaiki feri, take a cab menuju ke stesen subway. Time to shopping... Tengok dorang shopping barang kosmetik, beg, kasut... Tapi aku borong makanan, hihihi....

Antara yang aku beli....


Sample setiap satu, coz setiap satu tu ada yang aku beli sampai 3-4, hehe.... Jumlah keseluruhan 28,500 won (RM 85.50), anggaran sahaja coz tak ingat jumlah sebenar.

Makanan dah, minuman pula. Tengoklah kami yang memborong banana milk, ekeke....


Tu kotak dorang, aku pun borong sekotak, 12 botol kesemuanya, kami borong kat sini sebab murah, sebotol 900 won (RM 2.70), jumlah semuanya 10,800 won (RM 32.50).

Letih dan lapar... Ikut je la Cik Ekin ajak makan kat mana...

Disediakan apron lagi....



Makan mee pula malamni, sebenarnya meenya tu maggi ngan macam-macam campuran lagi, seperti biasa lauk adalah seafood. Yang ni pedas, kira cam makan maggi tomyam lah, nyumnyum sedap. Bayaran makan sorang 5000 won (RM 15), bila lagi dapat makan maggi mahal, kat sini je la, hahaha.....

Kenyang perut, masa tuk balik..... Zzzzzzz

Perbelanjaan hari ketiga =
Makanan : 57,100 won (RM 171.50)