aZ ZiL La

aZ ZiL La

Wednesday, 11 April 2018

Jogjakarta - Day 2 (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t...
Hi uolss...

27 Mac 2018 (Tuesday)


Seawal 0410am memulakan penjelajahan...
Awal pagi tak macet lagi, mengambil masa 50 minit tuk sampai ke Puncak Kebun Buah Mangunan...


Sebenarnya aku tak masukkan tempat ni dalam itinerary, tapi Gangga kata kalau nak tengok sunrise, kita gerak awal...
Memang ada terbaca dan tertengok gambar-gambar mengenai tempat ni, memang cantik dengan view diliputi awan, kalau ngam muncul lagi matahari, mesti nice nak berfoto...

Keadaan cuaca tak menyebelahi kami, awan mendung berarak kelabu, menunjukkan ciri-ciri hujan nak turun, huhuhuhu... Matahari pun tak tunjuk batang hidung, nak sunrise apanya...


Rintik-rintik hujan membawa pemergian kami dari tempat ni...


0615am, Jurang Tembelan...
Korang ingat aku nak sangat makan maggi ni, itu ja pilihan yang ada, sementara menunggu hujan berhenti, itupun hampir-hampir tak nak meneruskan aktiviti sekiranya cuaca tak mengizinkan...


Alhamdulillah dengan rezeki pagi ni, elok ja dah bayar makanan, hujan pun berhenti...


 Snap-snap...


Amboi Rangga eh Gangga... 😊


Dari tak nak stay kat sini, sekali dah keluarkan henfon, cam biasalah acara berganti-ganti ambik gambar...


Next... Rumah Kayu Seribu Batu...


Rumah Hobbit...


Aku tak tau sebenarnya cerita dongeng ka, fantasika, apa-apala berkaitan Hobbit ni... Kalau aku pernah tengokpun, kompomla aku tak ingat... Hihihi sis memang pelupa...


Aku dah usaha cari gambar kitorang beramai-ramai kat sini, tiada dalam simpanan, ai belanja gambar sendiri je la ye...



0900am, Hutan Pinus Mangunan...


Laju-laju buaiku laju... Aku nak kawen ngan anak raja... Wakahkahkah 🤣🤣🤣


Keempat-empat tempat yang kitorang pegi pagi ni semuanya berdekatan, satu-satu tempat ni tak la luas mana, tinggal korang nak kena tambah kepakaran berposing bak modeling dan perlukan teknik menggambar yang betul, kompom gambar-gambar korang meletop disamping kamera pun gunala yang boleh hasilkan gambartu cantek sikit, hehehe tak pun guna apps je tuk edit pic...

0945am... Masanya keluar dari kawasan Mangunan... Beach time pula...


1120am... Ready dah naik jeep, sebelum tu order dulu makanan kat Kedai Lobster Pak Sis Timang, supaya balik dari Pantai Timang boleh terus lunch...

Harus ye naik jeep, ngam juga tak makan sebelum ke Pantai Timang, boleh keluar balik isi dalam perut tu, memandangkan adventurenya laluan menuju ke sana...


Mengambil masa 25 minit ke 30 minit juga nak sampai...
Driver jeep berhenti kat depan laluan jambatan ni... Opkos tak semuanya free ya... Rasa-rasa tak nak lalu dan berfoto kat sini, korang abaikan je...

Running Man dah pernah buat penggambaran kat sini...


Terus bergerak ke kanan, snap snap pic... Oh ya, diorang akan menawarkan khidmat menjadi jurufoto, tak perlu bayar dan hanya menggunakan kamera kita sendiri..
Kira dah bayar sekali tadi la tu...



Lautan Hindi...
Subhanallah... Indah sungguh ciptaan tuhan..


Main pointnya adalah kat sini...

Ini bukan automatik, ini manual... Takde tekan-tekan butang, zupp gondola pun begerak... Menggunakan tenaga manusia dengan tali ditarik sehingga kita berada di seberang sana...

Bak kata Gangga, bahagi-bahagi rezeki, inilah sumber pendapatan diorang...
Kalau tak berani menaiki gondola, alternatif lain, boleh naik jambatan...
Kalau engko nak ke seberangla, kalau tak nak duk diam je...




Terdetik dalam hati bila dah jejak kaki kat hujung tu, nauzubillah janganla aku terjatuh... Cepat-cepat buang dalam fikiran, setan ni ambik peluang je memporak perandakan perasaan ku...



Gambar-gambar kami di ambik dengan bantuan salah seorang penarik gondola, dia yang tunjuk spot-spot cantik nak begambar...


Panas laut tak payah cakapla, aku yang tak cerah ni, makin bertambahla tak cerah, kihkihkih...

So 1335pm kami pun dah berada di Kedai Lobster Pak Sis Timang untuk menikmati hidangan makan tengahari...

Dipendekkan cerita, makan kat Jogja ni memang murah, korang ada perhatikan ke entri kos perbelanjaan aku, hehehe aku tak nak ulas kat sini, korang perhati sendiri... Lobster tu 6 ekor ya...

Ke mana pula lepasni?? To be continue at Part 2...

Permisi... 😊

Saturday, 7 April 2018

Jogjakarta - Day 1

Assalamualaikum w.b.t...
Haluu everyone...

26 Mac 2018 (Monday)


Ready to check in.. 0935-1120 (KUL-JOG)..


Tiba di Adi Sutjipto International Airport..

Pemeriksaan Imigresen nak cop pasport sekejap ja, tapi pemeriksaan kastam tu yang lama... Diorang cek betul bagasi-bagasi, beg, barang-barang semua tu, siap ada anjing hidu-hidu lagi... Kitorang panggil the dog is 'good boy' , ahaks.. Pegawai yang handle si 'good boy' tu duk jerit 'good boy' je, sesuaila tu namanya si 'gud boi'...

Naseb masa turn kitorang si 'gud boi' dah letih, apalagi cepat-cepat cabut lepas selesai scan beg, hihi... Bab nak mengelak memang champion, bukan apa, satu hal lagi nak samak beg tu kalau dah terkena najis mughallazah, kategori najis berat tu, hehehe...


Ehem ehem... Supirnya udah sedia menanti, misi Cinta mencari Rangga, verangann muahahaha...
Ini Gangga bukan Rangga, menemani kami selama 5 hari...


Important thing is simcard, meriah kedai ni diserbu tourist, supir-supir ramai yang singgah ke sini bagi laluan kepada traveller menyoping simcard. Kitorang beli pek internet 32GB sorang satu, ntah banyak-banyak GB buat pa, duduknya tak sampai seminggu pun, kuota tak kan sempat nak guna habis, wakahkah...


Lunch time, Ajam Goreng Spesial Lombok Idjo...


This place highly recommended... Sebab apa, i like the nila bakar, yummeyy...
1330pm gerak ke next destination...


1500pm tiba... Kesemua tempat-tempat yang nak dikunjungi kat sini jauh-jauh ye, terasa macam jelajah satu Jogja pula..

Welcome to Wisata Alam Kalibiru... Gangga cadangkan ke sini dulu, okai mas, kami ikut aja...


Pilih-pilih dulu nak ambik spot mana...


Ai pilih Spot 3 Love, so yang lain pun ikut aje...


Spot ni boleh naik sampai 3 person...



Guna khidmat fotografer diorang, katanya boleh pilih 4 keping gambar seorang yang di transfer terus ke dalam henfon, memory card or pendrive dengan harga RP20k (rm5.7), tak payah nak pilih-pilihla, orang tu offer ada 34 keping gambar kesemuanya RP150k (rm42)... Bahagilah 3 orang...

Aku dah malas nak kira untung rugi, aku memang dah set nak buat pelaburan untuk entrance fee and apa-apa aktiviti yang dilakukan kat sana, melancongkan setahun sekali, bukan selalu pegi tempat ni, dah alang-alang sampai, i'm make my investment...


Bukan main Cik Kak tinggi lompatnya, ekekekek...


Ke Spot 2 Bunga pula... Oh ya, entrance fee masuk ke Kalibiru bayarannya lain, bayaran tuk berfoto di spot-spot lain lagi, guna khidmat jurufoto diorang pula bayaran lain lagi... Hah nampak, tepuk dada tanya selera, terpulang masing- masing nak buat pelaburan ye...


Hanya boleh naik berdua tapi kitorang nak senangkan pergerakan dan jimatkan masa, bergambar sorang-sorang je...


Kat sini sama juga berfoto sampai 34 keping tapi orang tu offer RP120k (rm34) je, aik kat Spot 3 tadi RP150k, ooo memang lain kot, bersangka baik, hmmm...

Dah cukup ambik 2 spot je, cukup sejam setengah kat Kalibiru, bincang punya bincang, kami sebulat suara nak cek in homestay, sebelum tu Gangga offer ke Pulepayung, tapi takpela jom balik berehat...

Dalam perjalanan balik, sempat singgah ke Indomaret berdekatan homestay tuk membeli barang keperluan masing-masing, sebenarnya sebelum ke Kalibiru pun dah singgah, tapi elok juga singgah sekali lagi, terpandang Restoran Panties Pizza sebelah Indomaret, kengkawan pegilah menapau makanan, ai tak rasa nak makan sangat so ai tak beli pun...


Around jam 1815pm tiba kat homestay, balik awal boleh rest awal...

Takde maknanya rehat awal, selesai menyebuk join teman-teman dinner, ai and Miss Riena terjon swimming pool, kihkihkih... Sejjok kot, dahlah baru pas turun hujan, gigihh..


Tadaa our room, setiap bilik ada toilet... Ai selesa ja menginap kat sini, wifi pun tip top, engko onlinelah sampai mata juling, eh ada kena-mengenaka, hihi...
Further information, sila gugel sendiri ye...

Kos perbelanjaan pada hari pertama per person:

Simcard : RP100k (rm 28)
Lunch : RP53k (rm15)
Indomaret : RP56.6k (rm16)
Entrance fee : RP115k (rm33)

Total : RP 324,600 (RM 92)

Menutup tirai first day di Kota Jogja, nantikan perkongsian pada hari kedua pula...

Wassalam 😁

Friday, 6 April 2018

Jogjakarta - Perbelanjaan dan Itinerary

Assalamualaikum w.b.t..
Hi everybadey... 😊

Lama tak bersiaran, lama tak cuti-cutilah tu..
Ni tetiba bersiaran, maknanya dah balik dari bercuti... 😁


Tu dia, nampak gambartu, boleh agakla kan ke mana pula kali ni (padahal baca tajuk pun dah tau, ngeee...)

Okailah cam biasa ai share kos perbelanjaan dan itinerary dulu...


Jelaska tak jelas, cam kecik je kan... Takpe kat next-next entri nanti ai stori-mori jugak...
Saya buat itinerary sampai tiga kali ubah, akhirnya ikut yang supir bagi juga, berdasarkan ke mana kami nak pegi, itupun tak ikut semua, banyak tempat yang terpaksa skip, so jadila begini, hahaha...


Pahamke tak paham, wakahkah... Perbelanjaan saya lebih sedikit sebab kena naik dua kali flite dan terpaksa stay hotel kat KL pula, almaklumlah ai kan dari KK, huhuhu...

So tu je la secara ringkasnya... Next entri saya cerita lagi detail...

Stay tuned 😉

Wednesday, 5 July 2017

Hong Kong - Last Day


Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t.... Hi semua....
Selamat menyambut aidilfitri di bulan Syawal yang mulia ini....
Parah sangat dah ni, sebulan sekali update blog, muahehehe.... 


03 April 2017 (Monday), last day di bumi Hong kong....
Nampak tak, nak masuk tiga bulan berlalu trip ke Hong Kong..


09.15 am menuju ke Garden of Star...
Ini adalah acara mengisi masa lapang, memandangkan flight balik ke KK malam, so penuhkanlah masa yang ada menikmati pemandangan kota Hong Kong dan menghirup udara kota Hong Kong... Kami hanya pergi berenam, grup Cik Rema and family buat aktiviti memasing... Nampak cuaca panas terik, tapi sebenarnya angin yang bertiup rasa macam kat dalam ekon, sejuk uolls, takdelah bepeluh jalan tu... ;-)

Avenue of Stars kat sebelah taman ni je, tapi sedia maklum, sekarang tengah renovation so just round-round taman je la...

 Langsung takde gaya director, muahahaha...

I is lucu sebenarnya tengok gambar yang kat atas tu, berapa kali kitorang snap pic kat sini, memang gelak tak berhenti, adalah aksi-aksi bengong terkeluar sebenarnya, wakahkah...
  

Antara telapak tangan artis terkenal Hong Kong...



Cumilkan jari-jari Miss Rina... Ekekeke Mmmuaahhh hahahhaha


Dari takde apa sangat kat temapt ni, sampai juga sejam kitorang kat sini... 10.25 am gerak balik ke apartment...


 Kira pantas juga lah kitorang sampai apartment, final touch berkemas dan menuju ke perhentian bas...


11.55 am barulah bas yang di tunggu tiba, jangan main naik je bas yang lalu ye, bas yang sama juga semasa tiba dari airport tempoh hari, nombor bas A21...


Kalau menaiki AirAsia je, terus ke Terminal 2...


Actually, cheh ispeking kunun... Kitorang ke Apot awal-awal ni dengan harapan boleh lunch kat sini, coz dapat dikesan sebuah restoran halal terdapat di Apot ni, lagipun tengahari memang dah kena check out apartment... Miss direktori, ekekek...

Jumpa kedudukan restoran yang dicari, tapiii masalahnya berada di dalam gate, kalau kat dalam gate maknanya kita mesti check in, mana mungkin kitorang check in awal memandangkan flight adalah malam, aisshhh spoil... Kitorang bincang punya bincang, siap utarakan lagi kemusykilan kami di information counter, penyelesaiannya belapar lah dulu tengahari tu... TT____TT

Bagi traveller backpaker or so on, ini adalah antara perkara biasa yang bakal dihadapi... Tidak semestinya percutian kita akan jadi perfect, pasti akan ada cacat celanya... Dan itu adalah pengalaman yang berharga, walau macamana sekali pun pengalaman tu, aku bersyukur dapat merasai menimakti diberi peluang mengembara di bumi Allah yang luas ini, Alhamdulillah.... Hihihi mulalah aku nak bermadah berhelah....


 Okailah, akhirnya kitorang pegi redeem kad octopus, korang carilah kaunter Train Ticket to The City tuk redeem duit korang balik...

Tanya punya tanya, flight AirAsia ke KK tuk malamni hanya boleh check in pada jam 4.00 petang, uwaa lama lagi, kalau perut kenyang takpe la...


Akhirnya kami decide pergi ke City of Gate, yang dari hari pertama lagi macam nak pegi tapi tak pegi-pegi juga, hihi... Aishh tengah menaip ni baru i teringat nak cari mana pic kat City of Gate, Miss Rina awat takde gambar kat pintu masuk City of Gate dalam gallery photo ni, awak lupa bagi saya ye , atau awak dah delete, haha gurauu... :-p

Pergi berempat dan Cik Nita and mom tunggu kat Apot je, i just nak tengok tempat dan dah alang-alang kat Hong Kong apa salahnya pegi je... Lagipun teringat Teacher Nonong asyik ingatkan jangan tak singgah tempat ni, kiranya antara tempat yang wajib dikunjungi.... Masa ni kitorang kira-kira duit syiling supaya cukup-cukup tuk bayar tambang bas memandangkan kad octopus dah redeem tadi, lagipun harus diingat bahawa diorang tak bagi balance duit ye so rugilah kalau korang takde duit benilai kecik....

14.00 pm menuju ke City of Gate dan perjalanan mengambil masa selama 30 minit dari apot, seperti biasa jangan salah naik bas, korang harus pandai tengok peta dan direktori, siap ada harga tambang lagi kalau nak menuju ke mana-mana destinasi, memudahkan bagi penumpang prepare apa-apa yang patutla...

Takde hasil kat City of Gate, tempat ni ala-ala JPO, sama juga harga mahal kat sini walaupun dah sale, shopping kat Malaysia je pun takpe kot... Dengan harapan juga, kat sini ada restoran halal, tapi malangnya memang takde... huh! Worait 15.50pm kitorang menuju balik ke Apot, stesen bas dekat sana juga, naik nombor bas yang sama juga k, I lupa nombor bas berapa, hehehe...


Yess jam menunjukkan jam 16.10pm, dah boleh check in, ni yang ditunggu-tunggu sebenarnya... I ni boleh tahan lagi, cian yang lain dah lemah longlai perut dah berirama lagu sedihh, uhuk uhuk...

Jumpa je Miss Nita and mom, nampak dorang ngan kotak-kotak makanan, i pun teruja nak pegi beli sebagai backup tuk mengisi ruang-ruang perut yang banyak kosong... Syukur jumpa makanan yang bertanda Halal, made in Taiwan...

Hah ni lagi satu hal, gate kitorang ngan Restoran Popeyes restoran yang halal itu adalah amat jauh, apabila menaiki train, train hanya berhenti di tengah-tengah dan kita harus berjalan kaki untuk sampai ke destinasi yang dituju...

 Habis tu korang pikir yang lain laratkah nak jalan, opkos dua beradik ni juga yang menawarkan perkhidmatan membeli makanan buat memenuhi mengisi keperluan tubuh badan untuk semua... Bukan nak sembang lebihlah, dari hari pertama lagi dua beradik ni tenaga ada berlebihan sikit dari yang lain, bahahaha  bukan main tahan lasak lagi kononnnya... (okeh i sengaja angkut bakul sendiri, ngeee)


Nampak tu jauh tak jauh nak berjalan.... I tak dapat jog behari-hari, i eksesais je kat sini...


Anduu yang beratur barisan last sekali tu... Hanya ini lah Restoran Halal yang terdapat di Airport Hong Kong setakat ni, tak tau lah masa akan datang kalau dorang wujudkan restoran halal yang lain dan lagi bagus ada kat luar gate...


Menu yang terdapat di Restoran Popoyes, ni nak amik order dari yang lain masa ni... Rezeki untuk hari ni dan makanan dalam flight pun menanti juga....

Maka berakhirla trip si Az Zil La ke Hong Kong.... Next ke mana pula, sampai sekarang belum ada kata putus, muahehehe... So tungguuu... ;-*

Akhirul Kalam, Salam Lebaran....
Wasalam...