aZ ZiL La

aZ ZiL La

Wednesday 11 April 2018

Jogjakarta - Day 2 (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t...
Hi uolss...

27 Mac 2018 (Tuesday)


Seawal 0410am memulakan penjelajahan...
Awal pagi tak macet lagi, mengambil masa 50 minit tuk sampai ke Puncak Kebun Buah Mangunan...


Sebenarnya aku tak masukkan tempat ni dalam itinerary, tapi Gangga kata kalau nak tengok sunrise, kita gerak awal...
Memang ada terbaca dan tertengok gambar-gambar mengenai tempat ni, memang cantik dengan view diliputi awan, kalau ngam muncul lagi matahari, mesti nice nak berfoto...

Keadaan cuaca tak menyebelahi kami, awan mendung berarak kelabu, menunjukkan ciri-ciri hujan nak turun, huhuhuhu... Matahari pun tak tunjuk batang hidung, nak sunrise apanya...


Rintik-rintik hujan membawa pemergian kami dari tempat ni...


0615am, Jurang Tembelan...
Korang ingat aku nak sangat makan maggi ni, itu ja pilihan yang ada, sementara menunggu hujan berhenti, itupun hampir-hampir tak nak meneruskan aktiviti sekiranya cuaca tak mengizinkan...


Alhamdulillah dengan rezeki pagi ni, elok ja dah bayar makanan, hujan pun berhenti...


 Snap-snap...


Amboi Rangga eh Gangga... 😊


Dari tak nak stay kat sini, sekali dah keluarkan henfon, cam biasalah acara berganti-ganti ambik gambar...


Next... Rumah Kayu Seribu Batu...


Rumah Hobbit...


Aku tak tau sebenarnya cerita dongeng ka, fantasika, apa-apala berkaitan Hobbit ni... Kalau aku pernah tengokpun, kompomla aku tak ingat... Hihihi sis memang pelupa...


Aku dah usaha cari gambar kitorang beramai-ramai kat sini, tiada dalam simpanan, ai belanja gambar sendiri je la ye...



0900am, Hutan Pinus Mangunan...


Laju-laju buaiku laju... Aku nak kawen ngan anak raja... Wakahkahkah 🤣🤣🤣


Keempat-empat tempat yang kitorang pegi pagi ni semuanya berdekatan, satu-satu tempat ni tak la luas mana, tinggal korang nak kena tambah kepakaran berposing bak modeling dan perlukan teknik menggambar yang betul, kompom gambar-gambar korang meletop disamping kamera pun gunala yang boleh hasilkan gambartu cantek sikit, hehehe tak pun guna apps je tuk edit pic...

0945am... Masanya keluar dari kawasan Mangunan... Beach time pula...


1120am... Ready dah naik jeep, sebelum tu order dulu makanan kat Kedai Lobster Pak Sis Timang, supaya balik dari Pantai Timang boleh terus lunch...

Harus ye naik jeep, ngam juga tak makan sebelum ke Pantai Timang, boleh keluar balik isi dalam perut tu, memandangkan adventurenya laluan menuju ke sana...


Mengambil masa 25 minit ke 30 minit juga nak sampai...
Driver jeep berhenti kat depan laluan jambatan ni... Opkos tak semuanya free ya... Rasa-rasa tak nak lalu dan berfoto kat sini, korang abaikan je...

Running Man dah pernah buat penggambaran kat sini...


Terus bergerak ke kanan, snap snap pic... Oh ya, diorang akan menawarkan khidmat menjadi jurufoto, tak perlu bayar dan hanya menggunakan kamera kita sendiri..
Kira dah bayar sekali tadi la tu...



Lautan Hindi...
Subhanallah... Indah sungguh ciptaan tuhan..


Main pointnya adalah kat sini...

Ini bukan automatik, ini manual... Takde tekan-tekan butang, zupp gondola pun begerak... Menggunakan tenaga manusia dengan tali ditarik sehingga kita berada di seberang sana...

Bak kata Gangga, bahagi-bahagi rezeki, inilah sumber pendapatan diorang...
Kalau tak berani menaiki gondola, alternatif lain, boleh naik jambatan...
Kalau engko nak ke seberangla, kalau tak nak duk diam je...




Terdetik dalam hati bila dah jejak kaki kat hujung tu, nauzubillah janganla aku terjatuh... Cepat-cepat buang dalam fikiran, setan ni ambik peluang je memporak perandakan perasaan ku...



Gambar-gambar kami di ambik dengan bantuan salah seorang penarik gondola, dia yang tunjuk spot-spot cantik nak begambar...


Panas laut tak payah cakapla, aku yang tak cerah ni, makin bertambahla tak cerah, kihkihkih...

So 1335pm kami pun dah berada di Kedai Lobster Pak Sis Timang untuk menikmati hidangan makan tengahari...

Dipendekkan cerita, makan kat Jogja ni memang murah, korang ada perhatikan ke entri kos perbelanjaan aku, hehehe aku tak nak ulas kat sini, korang perhati sendiri... Lobster tu 6 ekor ya...

Ke mana pula lepasni?? To be continue at Part 2...

Permisi... 😊

1 comment: