aZ ZiL La

aZ ZiL La

Tuesday, 18 April 2017

Hong Kong - Day 1 (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t....
Hi semua.... :-)

Peringatan mesra... Bersedialah membaca entri yang membosankan ini...


Orait, i mulakan story ngan memperkenalkan group trip holiday i kali ni...
So kepada yang bertanya ngan siapa aku holiday kat Hong Kong hari tu, tadaaa.... Inilah K.A.M.I 10 adults and 2 childrens. Kira percutian family la ni...

 31 Mac 2017 (Friday)
06.25am : BKI - HKG


Flight touch down 09.20am... Nampaktu semua berpusu-pusu menuju ke arrival hall...


Alhamdulillah selamat tiba ke tempat yang dituju, naseb baik 3 jam je perjalanan, bowsan tau dalam flight, hehe...


Lokasi toilet airport... Singgah dulu, masing-masing nak menunaikan hajat...
Toilet canteklah katakan, snap pic sekeping, ingat juga ngan teknologi canggih diorang kan...
Nak ambik tisu ada sensor ye, takdelah pembaziran tisu berlaku dan seperti biasa dalam toilet takde air, nak air ambik kat sinki, korang sedialah botol ka apa... Aishh ni tak payah cakap pun, korang tau la....


Kalau airport besar ni biasanya memang ada train tuk ke arrival hall, so jom naik train dulu, alaa bukan lama, a few minutes je... Jangan tanya siapa Mr. and Mrs. dalam gambar tu, i random je snap pic....


Dah lepas immigration checking, ambik luggage pula... Kenapa barang tak bawa je by hand, sekejap je kan pegi holiday, banyak sangat ka barang yang dibawa??? Opkos banyak, dahlah banyak, berat pula tu...

Makanan je yang memberatkan lugagge, nak hidup kat negara bukan islam, kenalah bawa bekalan makanan halal. Ada je makanan halal kat sana, tapi Ya Rabbi harga boleh tahan, nama pun percutian budget, jadi kena lah berjimat cermat ye... ;-)


Ok settle immigration checking, beg masing-masing pun dah dapat, nampak tu ketua rombongan dah start korek harta benda kat dalam beg, thehehehe.....
Tujuan seterusnya ke kaunter 'train tickets to the city', tu rrr da kat belakang tu, hehehe ringkasannya kaunter nak beli kad octopus, hihihi....
Jangan tanya harga kad octopus, sila rujuk entri sebelum, jenuh nak ulang, walaupun mood rajin sekarang ni...


Lepas tu apa pula, cari kaunter A13... Klem simkad, bukan baru nak beli ye, tinggal nak ambil je, kitorang dah beli online siap-siap via klook... Tunjuk je bukti pembelian, settled!!


11.00am... Dah selesai tukar simkad, betukar-tukar nombor telefon baru, wakahkah no fon baru, nombor oversea gitu.... Kitorang pun menuju ke Terminal Bas. Punyalah dah dekat terminal bas ni, kitorang pula jalan terus je ke depan, terpaksa reverse balik, hahaha.... Seperti yang diramalkan, cuaca kat luar hujan....


Beratur tunggu bas, bas nombor A21 menuju terus kat area tempat kitorang stay... Lebih kurang 11.30am bas pun gerak....


Pipi memasing kembung-kembung tengah melantak, hihi... Turun di perhentian yang ke tujuh, jangan terlepas stesen, janji ngan tuan rumah 13.00pm oclock, kitorang ada banyak masa lagi, 12.10pm dah terpacak kat sini... Sambil-sambil menunggu tu ngan cuaca sejuk, hujan renyai-renyai, makanlah chicken satay wrap yang kitorang sengaja tapau dari flight.


Cun-cun 13.00pm tuan rumah datang pickup kami dan terus menuju ke apartment... Amazing Apartment, Kowloon, Hong Kong... Apartment berada di 13rd floor, tingkat paling atas sekali...

Gambar kat atas tu ruang tamu sekali ngan dapur, 2 pintu sebelah-menyebelah sofa bed tu adalah pintu bilik, sofa bed tu double bed size, tapi bagi Cik Nita tidur sorang ja kat luar, muahehehe....

Oh ya,rombongan kitorang kan 12 orang semuanya, tapi dah divide 2 group, kami berenam stay apartment ni, Cik Rema sekeluarga pula stay kat hotel... Bagi kami yang nak masak-memasak ni kenalah stay apartment, duk hotel mana boleh masakkan...


Aisshh lupa nak gambar bekalan makanan, memang cukup tuk hidup selama 4 hari 3 malam kat sana, makanan dalam tin paling senang bawa, maggi, roti tu wajib, beras pun kitorang angkut sekali ngan bawang-bawangan tau, hehehe...

So sabun taharah kena bawak lah tuk samak peralatan memasak, bungkusan sabun tu je sempat aku snap pic, hihi....

Bilik utama, dihuni oleh kami bertiga, Miss Rina, Miss Aina and me.... Apartment ni comel je ye, keluasan cukup-cukup untuk lalu-lalang tak berlaga bahu dan bontot, eh perkataan tu tak lah kasar sangat, kihkihkih...


Bilik kedua bagi mak-mak pula , my sis n mak nita, keluasan bilik ni muat-muat tuk katil  ni je, takde almari...

Apartment ni kira completelah, dari perlatan dapur bolah masak-memasak, nak cuci baju pun ada washing machine, tapi kalau engko sekejap je stay, tak lah rajin nak cuci-mencucikan... Wifi pun ada ya, engko online lah sampai puass...


Tu dia rombongan baju putih, pengembaraan bermula.... 14.10pm kami gerak ke stesen mrt, sebelum tu singgah beli baju hujan dulu... Sejarah berulang kembali, masa kitorang pegi Vietnam 2015 pun tengah musim hujan, jadi jalanlah dengan beralaskan baju hujan. Jangan heran orang Hong Kong tak pakai baju hujan, diorang prefer guna payung, macam kita juga, kalau kat Malaysia mesti cari payung, mana pandang baju hujan ni, kan kan...


On off hujan ni, ok la tu, tak lah basah kuyup...
Turun di Stesen Central dan kat sinilah meeting point untuk guide pickup customers mereka....


'5 bujangan' thehehehe...
Sebenarnya kami sampai awal sejam ni, jadi apa lagi aktiviti, klik klik klik la tangkap gambar...


Jangan tak tau, i ni model tak rasmi Miss Rina, ngeee....
Memori kad cameranya banyak muka aku je, kahkahkah...




Hamboii Cik Zillah, tak payah nak nganga sangat mulut tu kosentret dengar penerangan guide...
15.50pm guide pickup, tapi sebelum tu diorang akan agih-agihkan tiket tram, kena tunjuklah bukti pembelian tiket, aku dah nyatakan di entri sebelumni, combo tiket The Peak beli secara online via klook.

Bila rasa-rasa semua dah sampai, oh ya ada ramai group lain lagi yang datang dari pelbagai tempat, semuanya berkumpul sekali dan dibahagi kepada 2 group, group bahasa orang putih ngan group bahasa cina, hihihi....


Warning dah diberitahu time briefing, kena jalan laju-laju menuju ke The Peak Tram, jangan terpisah dari group, sambil jalan tu tetap sempat juga tekan kamera...


Berjalan kaki laju-laju dalam 10 minit sampai....


 Bersesak-sesak ni dalam tram, sesiapa pernah pergi Bukit Bendera kat Penang, lebih kurang macam ni lah, so nak merasai naik tram, pegi je Bukit Bendera, Penang, sama la tu naik train sampai ke atas.... 

Tips : Korang tak payah nak lemah lembut kalau tengah ramai orang macamni, siapa lambat, lemah, lembab, tinggal....Korang main kasar je, kalau engko rasa engko ganas, orang-orang kat sana ada lagi ganasss, okeh... Take note!!

All right, maafkan ku... Penceritaan ku tuk entri ni setakat ni je, to be continue Part 2... Kalau nak tahu apa kitorang buat kat sini, tungguu... ;-*

Wassalam...

Saturday, 15 April 2017

Hong Kong - Perbelanjaan dan Itinerary


Assalamualaikum w.b.t....
Hi readers....

Lama tak jenguk blog, buat cerita apatah lagi, lama i tenung henpon, tak tau nak start ayat macamana...

So i mulakan entri trip to Hong Kong ni ngan kos perbelanjaan dan itinerary... Let's check it out!!



Itinerary hari pertama hingga hari keempat... Itinerary ni bukan aku yang buat tau, diulangi bukan saya, hahaha...

Syukur ada seorang yang gigih research perjalanan kitorang bila kat sana nanti... Ehsan dari my younger sis Aina...

Bila kitorang decide no pakej, no tour guide, kitorang jalan sendiri je, so i kerah mesti kena study about Hong Kong, tapi aku study sikit-sikit je, mujurlah ada big boss yang sangat boleh diharap, hehehe so jadilah Miss Aina ketua rombongan kitorang.. :-)

In Shaa Allah pada sesiapa yang ikut betul-betul itinerary tu, kompom tak sesat punya, tinggal korang paham ngan tak paham je... 

Perjalanantu ikut dari tempat kitorang stay, jangan pula korang stay tempat lain nak ikut stesen tempat kitorang stay, memang ntah ke manalah jawabnya, hehehe....

Ada tempat yang kitorang skip je ngan ada yang kitorang ubah laluan sikit, kena juga ikut situasi dan keadaan masa tu....

Oh ya yang last day tu, departure Terminal 2, Miss Aina silap taip, heee....


Tu dia siap ada harga tambang transportation lagi, korang ingat 'cincai'ke, ekekek... Ni bukan apa, nak budget berapa kena beli isi dalam kad octopus, tak payah nak topup balik-balik kan, korangpun senang nak budget tuk transportation...


Hah lebih kurang ginilah kos perbelanjaan bila dah di tolak tambah darab bahagi... Kalau korang dapat harga tiket flight ngan tempat tinggal lebih murah, jadi kurang sikitlah budget keluarkan... 

Yang lain-lain tu bergantung ngan nilai tukaran wang pada masa tu, yang booked tu semua memanglah bayar dalam Ringgit Malaysia tapi charge ikut mata wang Hong Kong Dolar ye...

Ermmm apa lagi ye, kalau ada apa nak tanya, feel free to ask, i try jawab setakat yang aku tahu je la... Don't worry, nanti i story lagi di next entri trip to Hong Kong ni... 


Belanja satu gambar... ^_^

So jumpa lagi at my next entri... Stay Tuned! ;-* 😘







Tuesday, 20 December 2016

Gunung Wakid, Sunsuron Tambunan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t... Haloo 'eberybadi'...


17 Disember 2017 (Saturday)

I'm here Gunung Wakid Sunsuron, Tambunan...


Menyibuk ngan program orang lain, wakahkah...


Nampak yang ramai-ramai kat belakang tu... Dorang yang pegi 3 Hills/Day... Kebetulan ada program pula pada hari yang sama...


08.00 am begerak dari dewan... Kat sini kira starting pointla... Grup of 5 person tambah sorang lagi our guide... Mesti cukup 5 orang, baru boleh naik bukit tu, hihi... Nanti aku kenalkan yang mana satu guide kitorang, dalam ramai-ramai tu korang pilih la, hahaha...


Pemandangan sawah padi...





Watch your step...

Sepanjang perjalanan engko jangan haraplah jalannya cantek elok je, engko jumpa ja la jalan yang becak... Kalau ada masa memang nak cari kasut adidas kampung tu, tapi memang tak sempat dah nak cari, lagi pun aku tak tau mana nak beli, hehehe alassan.. Tapi better korang tak payah pakai kasut cantik-cantik dan mahal korang tu...

Inipun kira bagus cuaca panas, kalau hujan, mandi lumpur la jawabnya, emmm...


Satu jam perjalanan, akan jumpala jambatan gantung ni....





Selepas dah lalu jambatan tu, mulalah kitorang melalui sungai... Bukan sekali kena lalu sungai, adalah dalam 5 kali cam tu, jarak sungai tu pendek je kalau nak menyeberangpun... Mula-mula tu bolehlah mengelak kasut dari basah, last-last aku tak peduli dah, masuk je la kaki dalam air... Dari aku jatuh terjelopok gedebuk macam nangka busuk kan, wakahkah... Sedar diri kaki 'pindik' nak melangkah, lagipun batu-batu tu licin kot... Alang-alang dah kasut kotor, kita basahkan je terus, hihihi....


Lalu kat lereng-lereng bukit, mata tengok jalan je, akar-akar pokok dan batu-batu sangat membantu...


Kawasan ni lapang sikit....
09.20am berhenti sekejap, teguk-teguk air, alas-alas perut....



Sinilah satu-satunya tempat kalau nak ke tandas... Jalan nak ke tandas ni kena ke depan lagi, pastu terpaksa patah balik untuk meneruskan pendakian....

Siapa yang dah tak tahan nak membuang tu kena bertahan lebih sikitla... Nak ke tandas pun seksa engko, uwaaaaa....




Worait guys, go go go... Boleh tahan curam, dalam gambar tak nampak dahsyat la ketinggian tu, tapi seriously curam siot... Engko jangan nak mendongak sangat kalau naik tu, kalau turun pula, engko jangan nak merenung-renung ke bawah, uoll tengok jalan je, boleh bikin stress, uwaahaha... Kalau engko jenis yang gayat lagi, emmm engko persiapkanlah diri dari segi mental dan fizikal.... 

Kalau part curam tu, Mr. Guide tanya jugak nak guna tali ke tak, kitorang geleng kepala, no need... So jangan risau, kepada sesiapa yang agak-agak perlukan bantuan the rope, tali disediakan 😄 ....

Ai is isteady je, muahehehe... (Punya tambirang 😝😝) Set je dalam pikiran, bukannya jauh sangat, 1,372 meter je pun ketinggian, hehehe...


10.30am... Tadaa.. Eh lum sampai lagi lah, ni puncak yang pertama...


What a nice view 😍😍....


10.55am... Alhamdulillah, reach of the peak of Gunung Wakid....


Santai-santai dulu...


Entah tu jalan ke mana, kalau uoll gila hiking sangat, pegi la try bukit-bukit sebelah-sebelah tu lagi, muahehehe...


Eh apasal aku dalam air ni... This is Kolopis Waterfall...

11.30am kitorang dah tersadai kat sini, wah laju nampak turun tu... Singgah dulu kat air terjun... Rendah je air terjunnya... Tak nak basahkan rambut, berendam je la sampai aras pinggang...


Kesejukan...



Dah dah jom balik... 12.30pm meneruskan perjalanan...





Patah balik ikut laluan yang sama juga...


Opkos kasut aku paling dahsyat kotornya...


13.45pm... Ngam sangat timing nak lunch... Oh ya, aku tak story pula pakej Gunung Wakid ni RM 70 per pax include guide, certificate and late lunch...

Kat sini, korang nak mandi pun boleh okeh, ai is besiram-siram je, cukuplah bersihkan apa yang patut... Hehehe...


Gitteww penyerahan sijil from our tour guide Mr. Renddey... Hah budak baru abis sekolah guide kitorang, pengalaman naik Gunung Wakid pun adalah dalam 7 kali je baru, tunggulah 2 3 tahun lagi, mungkin jadi malim Gunung Kinabalu pula, muahehehe... Gurau je Renddey ye...

Korang nampak dia kecik je, tapi memang isteady je budaknya 💪🏻💪🏻....

So berakhirla eksplorasi ku di Gunung Wakid... Penutup aktiviti ku di tahun 2016... Jumpa lagi di tahun hadapan...

Apa-apapun credit picture from Saudara Sidar... Komawo...

Amazing Memory of 2016... My Dream... My Journey.... My Life... My World...