aZ ZiL La

aZ ZiL La

Tuesday, 4 February 2025

Umrah Journey - Makkah & Madinah (Part 2)

Assalamualaikum W.B.T ๐Ÿค Jom sambung story…

Ziarah di Kota Madinah...

Masjid Quba... Peringatan mesra sekali lagi, sila singgah my FB account Az Zil La's Page untuk kisah ziarah...

Alhamdulillah atas izin Allah S.W.T dapat menunaikan solat di masjid ini ❤️‍๐Ÿฉน

Kebun Kurma...

Berlatar belakangkan Jabal Uhud...

Tempat Rasulullah S.A.W menyandarkan diri, batu yang keras itu menjadi lembut dan terbentuk mengikut lekuk muka Rasulullah S.A W...

Jabal Uhud...

Alkisahnya bila Ustaz kata siapa nak naik bukit ni bolehlah naik, automatik kaki Me melangkah naik, bila dah sampai atas, pusing belakang, wah rupanya beramai-ramai yang follow. Begitulah si Zilah ikut suka dia ja bawa diri ๐Ÿ˜†

Sampai jumpa lagi di Syurga Jabal Uhud, aamiin...

Jabal Magnet, naik unta...

Makan jagung bakar...

Gua Sajadah...

Berakhirlah episod ziarah kami di Kota Madinah... Si Zilah pun nak turun bukit dah tu ๐Ÿ˜†

Kisah Raudhah... Alhamdulillah atas izin Allah, Me berpeluang memasuki Raudhah sebanyak dua kali.

ูَุจِุฃَูŠِّ ุขَู„َุงุกِ ุฑَุจِّูƒُู…َุง ุชُูƒَุฐِّุจَุงู†ِ “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”.

Sabda Rasulullah S.A.W. "Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman syurga."

Alhamdulillah atas nikmat ini Ya Allah ๐Ÿฅน❤️‍๐Ÿฉน Ada yang berpeluang memasuki Raudhah hanya sekali, ada dapat memasuki Raudah tapi langsung tak berpeluang untuk solat, ada pula sekalipun tak berpeluang memasuki Raudhah (samada uzur @ sebagainya).

Bermula perjalanan dari tanah air dan tiba di tanah suci Makkah seterusnya melakukan ibadah umrah sehinggalah menjalani hari-hari terakhir di Kota Madinah, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma Me diserang batuk dan selsema yang mau mau hilang suara, kebiasaan Me sakit batuk tak pernah sehingga nak hilang suara, semuanya kehendak Allah S.W.T ❤️‍๐Ÿฉน

Me ingat pesan my sahabat dunia dan akhirat, Ipah Sharifah Rasidah... Katanya banyakkan bersabar bila di tanah suci nanti (Ipah dah pergi umrah tiga kali). Me memang tak banyak bercakap orangnya, Me lebih suka memerhati...

Memetik kata-kata..."Diam bukan bererti kosong tapi ruang untuk mendengar, merenung dan menemukan kedamaian. Agar kita lebih bisa dekat dengan Sang Pencipta" Itulah akak malas nak menaip, Me pandai melalut ๐Ÿ˜…

Berbalik tentang ke’uzur’an untuk wanita sahaja, memandangkan ini ‘pestaim’ Me menunaikan ibadah umrah dan Me pun tak tahu bila lagi diizinkan untuk kembali ke sana, sebaiknya ada usaha semoga dapat melakukan ibadat ketika berada di sana.

Semuanya pun atas izin Allah, yes Me makan ubat, memacam cerita juga yang mengatakan makan ubat ni tak elok, ada side effect, dah makan ubat pun still ‘uzur’ juga, macam-macam lagi lah…

Me makan ubat secara teratur, alhamdulillah dipermudahkan… Terima kasih juga yang mendoakan baik-baik kepada kami semua ๐Ÿ˜˜ Me doakan kalian semua diberi rezeki untuk menjadi tetamu Allah satu hari nanti, aamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Mohon maaf kiranya ada penulisan atau kata-kata yang kurang tepat atau tidak difahami dan sebagainya...

Akhirul Kalam Wassalamualaikum W.B.T... #rindumakkahmadinah ๐Ÿ•‹๐Ÿ• #rinduyangsangatberat ๐Ÿฅน

No comments:

Post a Comment