aZ ZiL La

aZ ZiL La

Sunday 10 November 2019

Korea - Day 6 (Part 1)

Assalamualaikum W.B.T.....

Annyeong gaiss... Tak habis lagi al kisah Autumn in My Heart versi me...


12 October 2019 (Saturday)... Everland day, yeay!


Apa-apapun kita OOTD dulu (outfit of the day)... Weolls adalah group yang menepati masa (puji diri sendiri, siapa lagi nak puji), 😁🤭 dari hari pertama kitorang pasti akan bersiap sedia lebih awal, tour guide tak akan tertunggu-tunggu ngan kitorang... Sempatlah nak menambah memories kat dalam handphone...


08.30am menuju ke stesen subway, pagi ni bekpes kat bilik, nak tunggu bekpes yang hotel sediakan jadi lambatlah pergerakan kitorang nanti...


Bas number 5002 menuju ke Everland, beratur untuk menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam, tapi terpulang juga dengan keadaan trafik, mungkin disebabkan hari ni adalah hari sabtu, keadaan lalu lintas jalan raya agak sesak, sempat sis membuta dalam bas.


10.55am akhirnya tiba di Everland selepas menaiki shuttle bas yang disediakan... Omoo omoo ramainya umat manusia, fuhhh panjangnya barisan berliku-liku, eh cam tak sesuai je ayat 🤣


Our tour guide melepaskan kitorang setakat di sini sahaja, kitorang selesai berhibur nanti baru dia datang pick up...


🌳📸


Menaiki Human Sky ke Zootopia... Masa menunggu giliran adalah sekitar 40 hingga 45 minit kalau tak silap, gigih beratur... Kitorang tak round habis area ni, adalah jenguk penguin, pak harimau, pelbagai spesis monkey dan lain-lain.. Pertama kali sis ke mari dulu, sis berkesempatan menerokai Safari World, tapi kalau tengok keadaan sekarang, nampak orang beratur tak putus-putus, masa menunggu giliran pula lebih dari sejam, emmm takpelah kita skip. Lagipun nak cari makanan halal dulu ni...


Rupanya daun plastik, kihkihkih sis tak habis lagi tercari-cari mood autumn tu 🤭


Sampai je kawasan ni, dah nampak tempat yang dicari....


Pelanggan restoran pun tak berkurang-kurang, nak tak nak, beratur juga, kalau tak, kebulur... Shrimp burger dan air minuman ₩8,100 (RM 28), french fries ₩2,300 (RM 8)... Tahun 2015 sis datang dulu, harga set burger ₩6,900 (RM 21), mengikut tukaran wang pada masa tu... Agak-agak empat lima tahun akan datang, berapa pula harganya, huhuhu...


Selesai je lunch, keluar dari restoran, nampak orang ramai duduk disepanjang jalan... Kalau macam tu maknanya akan ada pertunjukkan yang akan dipersembahkan sebentar lagi... Sis ni dari mula sampai Everland, dari sebelum makan sampai dah habis makan tercari-cari tandas sebenarnya, takut terlepas show punya pasal, sanggup menahan sehingga pertunjukkan selesai, mujur tak terkucil uolls, wakahkah... 🤣🤣



Yang macam casper tu pun, alahai comellah engko ni, agak-agak dalam costum tu oppa ka eonni, ekekek...



Sempena Happy Halloween, berkeluaranlah spesis-spesis ghost 🧛🏻‍♂️🧛🏻‍♀️👻😈☠💀🎃

To be continue at part 2... 😉


No comments:

Post a Comment