aZ ZiL La

aZ ZiL La

Saturday 19 October 2019

Korea - Day 1



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum W.B.T...

Hai gaiss... Kami kembali lagi setelah setahun berlalu bersama di trip Singapore sebelum ini... Ke mana pula kali ni??

07 0ct 2019 (Monday)


Sebelum Immigration Clearance...


Melalui 6 jam penerbangan ke Jeju... Alhamdulillah safely arrived :-) 😃


Selesai je cop pasport kat kaunter Imigresen, sebelum melalui pemeriksaan beg, snap gambar dulu 'Hello Jeju' 🤭


Hidup tanpa henpon terasa kosong, lagi-lagi zaman sekarang, henpon tanpa internet, tidak bermakna, cewahh 😂🤣 Tak payah cakaplah, tak kisah la takde line internet, korang mesti nak update status, post gambar, nak layan wassap lagi, bla bla bla....

Ni sis nak habaq, sis beli online Sim Card Korea ni kat Shopee, yang ni sis dapat RM55, terpulang memasing nak yang pocket wifi ka, da ja yang biasanya pick up kat Airport, kalau ada lagi yang lelain, tu sis tak tau, korang rajin-rajinlah search sendiri okey...

Da yang rasa tak perlu semua ni, tak pe juga, biasanya kat hotel, restoran ada ja free wifi... Dan line intetnet kat Korea memang superb!! Biasa negara-negara maju ni, line internet memang terbaik, sama cam kat Hong Kong, call atau video call guna line internet lagi clear dari call biasa... Opss sis dah tersasar story, kembali ke negara asal... Oh ya, korang janganlah roaming, biasanya roaming ni mahal, kalau sis memang tak sanggup.


Weolls stay kat Jeju Stay Hotel, rate hotel boleh cek kat booking, agoda, trivago and so on... Sis tak ambik tau coz kali ni kitorang menggunakan perkhidmatan private tour guide, bayaran pakej dah termasuk penginapan. Di akhir entri trip ni baru sis share kos perbelanjaan ya, so kepada yang nak tahu tu, tunggulah entri-entri seterusnya, sis dah berusaha kumpulkan kerajinan tuk siapkan entri trip kali ni :-p 😊🙂 (part edit gambar tu yang lama) 😅


Hotel kat Korea memang sediakan tuala kecik ja, jangan korang tetiba mintak towel besaq pula, pandai-pandailah bawak sendiri tuala atau kain sarung pun ok dari Malaysia...

Breakfast is include, makan je la bread tu, telur rebus pun ada, setiap pagi menu ni ada, menu lain tu tak dapatlah makan... Nak makan sedap lagi, bawaklah makanan dari Malaysia, yes kami bawak makanan dari Malaysia, meals tidak termasuk dalam pakej.

Selesai urusan check in and rehat sekejap, perut perlu di isi...

04.30pm....


No no no... Kami tak pegi tempat ni, lalu ja...


Tak pasti berapa lama berjalan, jalan sikit, berhenti, bergambar, jalan lagi, berhenti, bergambar, repeat lagi, normal bagi traveller, ekekekek...


Demi makanan halal... Late lunch...


Menu..
Lamb Briyani - ₩ 10,000 (RM 37)
Plain Nan - ₩ 2,000 (RM 7)
Lamb Vindaloo - ₩ 11,000 (RM 39) *sis tak ingat kuah apa kitorang makan tu, agak-agaknya yang tu lah namanya, banyak sangat pilihan, tapi semua harga sama je...
Manggo Lassi - ₩ 4,000 (RM 14)

Kitorang share je makan ni, yang nasi tu order dua, cukuplah... Alhamdulillah, rezeki kat Jeju...


Dah cas tenaga...


Tuk hari pertama ni, round je lah kawasan sekitar, hari pun dah petang...


Jeju Dongmun Market...


Baru sis tau, Jeju terkenal ngan buah oren...


Hotteok (Korean Pancakes), nak juga rasa...


Beli kat kedai ahjumma ni, sekeping ₩ 500 (RM 1.80)...


Souvenir ada juga dijual kat pasar ni, tourist pun ramai round kat sini...


Sambil-sambil nak balik ke hotel, lalu kat Shopping Mall ni, ni bukan nak naik subway ya, Jeju tak de subway... Jeju Jungang Shopping Mall berada di bawah tanah...


Baru hari pertama, awal lagi nak shopping mopping, kita window shopping je dulu ;-* 😉 Dah lah tu, jom balik...


Suasana malam...


Nak merasa katanya cam dalam drama Korea duduk melepak kat kedainya ni...

CU Mart, berdekatan ngan hotel kitorang stay, pekena banana uyu ₩ 1,400 (RM 4.90), tunggu kat Seoul baru dapat harga murah...

07.00pm balik ke sangkar, rest taim, tomorrow nak kerah tenaga :-) 😁

To be continue... Daa... 🤗


No comments:

Post a Comment