aZ ZiL La

aZ ZiL La

Wednesday, 30 January 2019

Sarawak Culture Village - Part 2



Assalamualaikum w.b.t... Haloo gaiss..

Sambungan dari entri sebelum ni...

4. Rumah Penan



Kat sini sis tak masuk ke dalam, tak tahu macam mana keadaan dalam rumah penan, sis cuma lalu tempat pembuatan parang, pisau, emmm entah apa nama senjata diorang ni... Pastu tengok alat muzik yang ada, sambil mamat ni belanja alunan muzik kepada sis... :-p

5. Rumah Orang Ulu


Tiang rumah ni sama je tinggi macam rumah melanau, tapi kat dalam tak bertingkat-tingkat macam rumah melanau...




Berandanya yang sangat luas...


Rantai manik orang ulu...

6. Rumah Iban




Kain tenun iban...



Kalau kat rumah-rumah lain semuanya makcik-makcik yang buat kuih, tapi di Rumah Iban ni, gadis pula yang buat... (kebetulan je masa aku datang kot, heeee)

7. Rumah Bidayuh



Rumah yang berbentuk bulat...

Sesiapa yang nak main seruling tu dipersilakan, pakcik tu izinkan je... Nama sebenar alat muzik tradisional tidak diketahui :-(


Bolehlah kalau nak shopping mopping souvenir sebagai tanda kenangan...


Jambatan buluh...


Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan kebudayaan selama 45 minit iaitu pada jam 11.30 pagi atau jam 4.00 petang.




Boleh tahan hebat Mat Salleh tu menyumpit dari jarak jauh...


Diakhir persembahan pengunjung dijemput untuk menari bersama di atas pentas...

The end... Wassalam...

No comments:

Post a Comment