aZ ZiL La

aZ ZiL La

Friday, 26 August 2016

Medan, Indonesia - Day 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t....
Hi semua....

Okey cukup-cukup sebulan berlalu Trip To Medan, diatas sebab-sebab tertentu sekarang baru berkesempatan nak buat penceritaan about that, muahehehe.... Terpaksa refresh balik ingatan, so i will make it SimPLe, ringkas, padat dan yang penting maklumat tu sampai... ;-)

*nota kaki: nanti aku selitkan terus kos perbelanjaan yang berkaitan k...

28 Julai 2016 (Thursday)


KUL - KNO
AK 391
Boarding time: 08:00am
...ada lagi yang takde dalam pic ni...


Safely arrived at Kuala Namu International Airport...


Lagi menunggu supirnya datang menjemput, nak call masih lagi guna nombor Malaysia, wifi airport pula takleh harap, send mesej je lah, mahalpun... mahallah, nak roaming pun sama mahal juga....


Sekali datang supirnya ngan banner lagi...
Welcome to Medan....
So inilah 9 persons member of Trip to Medan • 29 - 31 July 2016 • (4 days, 3 nights).

FYI : kami menggunakan khidmat Melancong Murah Baloi
Price of package : RM 440 per person


Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pn. Insyra... I'm very 'rekemen' this travel agent, memang berbaloi!! :-p


Gitteeww raya diperantauan... 23 Syawal 1437h... Pintu gerbang kat belakang tu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Masa ni kat apot Kuala Namu lagi, ayoh kakak-kakak ngak sabar mau ketemu sanak saudara di kampung, wakahkahkah....


Wah supirnya berhenti ditepi jalan nyuruh tangkap foto di sini, bagus banget.. Untuk kenang-kenangan ya mas...


First destination kitorang singgah ke kedai menjual simkad, hehehe... Yang tak tahan siap pilih nombor lagi tu, macamlah nak guna sampai bila-bila... 

Harga simkad simPATI 85,000 rupiah (rm 26), lebih kurang lah kot harga simkad kat Medan camni, mungkin diorang ambil untung lebih sikit dari orang luar...

Kat sebelah kedai ni Money Changer, mas supir lagi mau nukar uwang...


Di sinilah destinasi pertama kami yang sebenar, kedai tadi tu hanya persinggahan sementara je, muahehehe....

Terima kasih Melancong Murah Baloi kerana layankan aje bila kitorang nak selitkan Konsulat Jeneral Malaysia dalam itinerary...


Tu dia sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri... Terima kasih banyak-banyak En. Masri coz arrange majlis ni ngam tarikh ngan kitorang sampai kat sana... 

#rayakansebulan

Hahaha tetiba hashtag ;-p


Bukti kami menjejakkan kaki di Konsulat Jeneral Malaysia Medan...

#wearehere

Wakahkah hashtag lagi...

1400pm...
Semua dah kenyang menikmati hidangan jamuan raya, settle buat itu ini, it's time to explore kota Medan.

Dalam perjalanan adalah singgah Indomaret, i nak mention juga Indomaret ni, sebab apa?? Sebabnya kalau tanya mas supir kitorang, kami lah grup yang paling rajin dan suka membeli-belah di kedai 24 hours Indomaret ituu, hihihi....


1730pm...

Tak sampai-sampai lagi destinasi yang nak dituju ni, siapa yang nak melancong ke Medan tu, suka saya ingatkan, bersedialah untuk menikmati perjalanan yang menghiburkan lagi meriangkan, ermmmm...

So nampak anti kat dalam gambar tu, kitorang dibawa singgah ke Kedai Paten  yang menjual pelbagai jenis kacang-kacangan yang diberi nama tengteng, tingting, tangtang, tongtong, tungtung, pangpang dan pingping. 

Adalah juga aku beli kacang-kacang tu, beli 4 kotak dapatlah 100,000 rupiah (rm 30), kalau beli sekotak je lain harga, tak ingat pula berapa sekotak.


Kedai Paten....

1900pm... Tiba di Parapat, Lake Toba.
Korang kira lah berapa jam baru nak sampai kat sini, aigoo nak 5 jam juga perjalanan Kuala Namu - Lake Toba, itu dah termasuk singgah sana sini dan mengikut cara pemanduan orang kat sana lah... 


Sebelum check in kitorang dinner dulu...
Makan ni dah termasuk dalam pakej, so masa kitorang sampai tu, cuma tinggal duduk makan je, terima je lah makanan apa yang dihidangkan.....


Danau Toba Cottage.... Weall stay sini..



Bilik kitorang bedepan ngan tasik.... Sesuai untuk menenangkan fikiran.... Aman.... Damai.... 😜 muahehehehe....

Okailah, ni kira settled lah story mory hari pertama percutian di Medan, sikit lagi terbabas nak sambung penceritaan hari kedua, hehehe... Day 2 tunggu next entri k...

Stay tuned....










































2 comments: