aZ ZiL La

aZ ZiL La

Sunday 5 October 2014

Sandakan - Part 1

Wah wah wah... bersarang blog aku ni, lama tak jenguk, lama tak update @ share apa-apa... Memandangkan aku pun memang tak de holiday2, ye la kan ada holiday, ada la story, ada la update blog...

Assalamualaikum & Hi Semua...

Last entri sebelumni aku dah cakap Krabi adalah last vacation aku ke luar negara untuk tahun ni, so ntah tetiba je pilihan percutianku di dalam negara & tempat kelahiranku sendiri....

Destinasi kali ni memang tak de dalam list percutian aku pun selama ni, ye la kononnya nak pegi yang jauh sikit & tempat yang tak pernah dikunjungi... Alih-alih pilihan percutian dalam negeri sendiri....

Ilham tu datang nak bercuti kat sini masa tengok gambar orang kat Sepilok time online FB... Kebetulan aku nak balik Sabah, aku dah lama fikir nak gi mana cuti ni, akhirnya aku memilih destinasi *SANDAKAN*......

Sandakan...
Terakhir aku menjejakkan kaki di Sandakan pada tahun 1990, aku lahir kat sandakan okeh, kakak, abang hinggala adik bongsuku lahir di Sandakan... Bila dah pindah, selama tu aku tak pernah lagi menjejakkan kaki di Sandakan sehinggala....

28 September 2014 (Sunday)

Alhamdulillah selamat sampai di Lapangan Terbang Sandakan pada jam 0730, setengah jam je gi Sandakan kalau naik flight. See... selepas 24 tahun baru aku memijak kembali tanah Sandakan. Adik aku cakap murahnya tiket flight aku, lebih murah dari tiket bas, hehehe ikut nasebla kan, murah tak murah return tiket kk-sandakan-kk RM 74, rajin-rajinla cek tiket, Airasia selalu buat promosi....

Gambar masa kat apot KK sebelum fly ke Sandakan
My travel partner, bila aku dah pilih destinasi, aku cari sapa yang nak teman aku,
of course la my cuwiet buddy ni nak joinkan....

Dengan disambut teman sekelasku waktu kat UiTM dulu... Dia la pemandu pelancongku sepanjang aku berada di sana.... First thing yang aku fikir bila nak ke sini juga adalah sapa yang boleh bawa aku jalan-jalan round bumi Sandakan, hehehe....

Thanks to Jaja coz bawa kitorang round-round Sandakan. Ni kira balas balikla sebab masa dia turun JB dulu, aku ada juga bawa dia jalan-jalan.... Pas pick up kitorang kat apot, kami gi bekpes dulu, kitorang makan kat Restoran Tom Yam 2, Batu 7. Gambar kat bawah ni time kitorang dah kenyang makan....


Gambar ni memang camni, aku dah usahakan tuk terangkan lagi, ini je yang mampu, kamera buruk la katakan, hihihi.... Nampak tak kereta putih Nissan Almera kat belakang tu, kerata ni la yang berjasa membawa kami menjelajah bumi Sandakan..... Gadis berbaju biru tu la Miss Jaja....

Worait, cukup sampai sini dulu.... Story penjelajahan kami bersambung di Part 2...
Stay Tuned... ;-)

No comments:

Post a Comment