aZ ZiL La

aZ ZiL La

Friday, 12 August 2022

Penang Street Art

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum W.B.T... Hello semua...
Setelah sekian lama, akak kembali berkarya 😄 Konsep sis hanya akan tempek gambar je bebanyak dan kurangkan berceloteh, biar gambar berbicara 😆

Penang Street Art yang juga dikenali Armenian Street semestinya tempat wajib dikunjungi bila anda pertama kali datang ke Penang...

Actually ini bukanlah pertama kali akak mengunjungi Penang, kali terakhir sis datang 8 years ago (wow sepiking 😅)

Tahun 2014 tu adalah juga sis foto foto kat sini... Gambar kerusi tu akak edit ya, kerusi asal entah ke mana dah...

Roboh dah atap gerai makan aunty ni...


Meow meow aumm 🐈🐅

Hasil seni ni juga merata-rata anda boleh jumpa, tahan kaki je berjalan ye, kalau nak jimat tenaga, boleh sewa basikal atau motor...

Mural-mural yang ni pula tak susah payah kitorang cari coz berada kat depan hotel kami menginap je...

Bolehlah kalau nak OOTD atau merakamkan kenangan kat Penang kann... so chow cin cau, berjumpa lagi di next entry...

Wassalam ✌🏻

Monday, 4 January 2021

Le' One Kokol Elf

Assalamualaikum W.B.T.... Hi semua... My first entry untuk tahun 2021... Selamat Tahun Baru gaiss 🤗 🎊 Sempena cuti awal tahun, sempatlah sis merayap untuk mengisi masa lapang, musim covid 19 ni, ke mana aje lah yang boleh pegi, bercuti dalam negeri je lah....

02 January 2021 (Saturday)

Le' One Kokol Elf

Rezeki entrance fee RM 10, tengah ada promosi... Seingat aku normal price RM 40, huh tak berbaloi langsung, bagus aku pegi Disneyland ka Universal Studio ka, alang-alang bayar beratus, puas hati, hahaha berlagak 🤣🤣

Eh sis malas nak mengaranglah, aku memang nak show off gambar je... 😁

Saranghae 💖

Dah start meniarap 😅

Hampir nak landing dah tu 😆

Okeh posing ayu pulak 🙄

Sepatutnya buat video tik tok kat sini...

Merenung keluar jendela...

Buai laju-laju...

Roda-roda kehidupan...

Luas juga kawasan ni, bolehlah kalau korang rasa-rasa nak duduk baring berehat...

Duduk bawah pondoklah tak panas...

Yeay! Okey jom, dah puas bergambar...

Misi pencarian tempat-tempat menarik di Sabah masih diteruskan, memandangkan musim Covid 19 belum menemui titik pengakhiran 😫

In Shaa Allah ada percutian, akan adalah next entry 😅

See ya... Wassalam 😘




Monday, 21 September 2020

Peranauan Inn D'Sangkir, Kota Belud

Assalamualaikum W.B.T... Hai hai hai Hello everything... 🤗

Berlatarkan Gunung Kinabalu, sawah padi dan sebatang pokok kelapa, bukan di Kundasang, Ranau, kali ni sis berada di Kota Belud.

19 September 2020 (Saturday)

Peranauan Inn D'Sangkir tempat menarik yang terdapat di KB... Entrance fee adalah RM5... Tak siap sepenuhnya lagi, agaknya tu bilik penginapan yang belum beroperasi....

Terdapat juga dewan, sesuai jika ingin mengadakan majlis atau kursus dan aktiviti-aktiviti lain.

Tapi bagi sis pula sesuai untuk bergambar, hehehe... Sesiapa nak OOTD tu, bolehlah datang ke sini...

Check it out!

Buat sesi fotografi perkahwinan pun elok juga ni...

❤ 🤍

❣💟

Tangga ada di mana-mana...

Partner in crime...

🚲 gadis penjual bunga 💐 😜

So gaiss on tak on tempatni, bolehlah isi masa lapang... Memandangkan tragedi pandemic entah bila pengakhirannya, kita staycation je lah...

Jumpa lagi di next entry... Wassalam 😉