aZ ZiL La

aZ ZiL La

Tuesday, 5 November 2019

Korea - Day 5

Assalamualaikum W.B.T....


11 October 2019 (Friday)... Today is Nami Island day...


Satu ja spoil hotel ni, breakfast time start jam 08.30am... Biasanya hotel-hotel ni, jam 07.00am dah boleh breakfast, awal dari tu pun ada juga, paling lewat pun 07.30am...


Lambat breakfast, lambatlah juga memulakan pergerakan... 09.30am, time to explore...


Seingat sis dulu, sis menaiki bas untuk menuju ke Nami Island, tapi kali ni our tour guide bawak kitorang menaiki train dan ada schedule time untuk train ke Nami Island...


Next train adalah pada jam 11.15am, sempat lagi nak round kawasan sekitar... Dah jadi habit, kalau kat tempat sendiri tak pandang pun jenama produk ni, bila dah sampai ke negara pengeluarnya teringin pula nak beli... Dan tentunya harga adalah lebih murah berbanding kat tempat sendiri. Alaa sis beli lipstick je pun, hihihi... The price is ₩6,160 after discount (RM 21) dan belum tentu ada dijual kat Malaysia...


12.10pm berebut-rebut menaiki feri, ekekek takut tak sempat naik ke sis...πŸ˜† Masa kat Jeju tourist dah ramai, apatah lagi kat Seoul...


Hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit menaiki feri, tadaaa here I am for the second time...πŸ€—

 


Sebut Nami Island je, mesti aim spot drama Winter Sonata berlakon...


Kalau rasa-rasa malas nak berjalan kaki, boleh sewa basikal tuk round pulau...


Dan inilah story-mory Autumn in My Heart versi me...


Kitorang terawal sampai ke Korea, pemandangan autumn tak nampak lagi, sekiranya kitorang lambat sikit ja, pasti warna kuning, perang, jingga, oren kelihatan di mana-mana...


Jadilah kitorang asal ada pokok yang start nak bertukar warna, amik gambar, bukan kitorang je tau, tourist lain pun sama, wakahkah...🀣🀣 Kiranya sejarah berulang kembali, pertama kali dulu sis datang Seoul pada musim sejuk, tapi tak de rezeki nak merasai salji turun, masa tu musim sejuk nak berakhir dah, cukuplah merasa keluar-keluar asap dari mulut apabila bercakap, ekekek...


Isi perut, tambah tenaga... Toilet dan tempat solat ada disediakan di sini... Menu sis hari ni adalah spicy grilled chicken (dakgalbi) vegetable with rice berharga ₩13,000 (RM 45), rasa karinya dah macam kari dalam maggi kari tu...



Pebret spot bergambar disepanjang barisan pokok-pokok yang tersusun indah...


Replika patung pelakon drama Winter Sonata...



Bukan gambar edit, pelangi tu betul-betul wujud kat situ...


Zoom sikit... 🌈


Last but not least, sebelum weolls bergegas ke jeti untuk menaiki feri supaya tak terlepas train...


02.50pm... Kami meninggalkan Pulau Nami... Kitorang menaiki train pada jam 03.40pm, sekiranya terlepas train ni, the next train rasanya dalam jam 05.00 lebih, nak lewat petang dah tu, baiklah weolls balik sekarang...


05.00pm, shopping time at Namdaemun...


 Milik siapakah souvenir ini...


Hanya berjalan kaki untuk ke Myeongdong sambil meneruskan window shopping, kawal nafsu tu sis, tengok je and belek sikit-sikit, rasa tak perlu, tak payah beli....


Apa tah nama makanan ni, dulu sis beli kat Insadong siap bawak balik ke Malaysia, disebabkan terpengaruh selepas menyaksikan demo makanan ni dibuat, sorry tak fokus di dalam gambar dan yang Cik Nita test tu adalah coklat oren, belambak kat Jeju akhirnya beli juga kat Seoul.


Ni baru betul ada pasar malam sepanjang Myeongdong Street, semalam tu wrong time, hihihi... 🀭Malam ni dinner sis egg bread ₩2,000 (RM 7) dan baby crab ₩5,000 (RM 17.30), nyumnyum...

Balik ke sarang, selamat malam Seoul....

Sunday, 3 November 2019

Korea - Day 4

Assalamualaikum W.B.T....

Annyeong gaiss... Sis teruskan story-mory Autumn in My Heart versi me...


10 October 2019 (Thursday)

Jalgayo Jeju, Annyeong Seoul...


08.50am... Flight menuju ke Seoul...


Check in...


Pemeriksaan Imigresen, barisan agak panjang, pastikan datang awal ke airport...


Alhamdulillah diberi kesempatan sekali lagi untuk menjejakkan kaki ke bumi Seoul, kali pertama sis ke mari pada tahun 2015...

Bermulalah kehidupan menaiki public transportation terutamanya subway dan berjalan kaki beratus-ratus meter, uhuk uhuk... πŸ˜₯ Terus menuju ke Myeongdong untuk check in hotel...


UH Hotel...


Since hotel ni ada kitchen, iolls dah okey, kitorang boleh gunakan microwave untuk panaskan makanan kitorang, ada Cuckoo water purifier untuk buat minuman panas dan air sejuk untuk isi botol minuman. Agak-agak nak cuci baju tu, laundry juga disediakan.


12.30pm... Lunch time... Rasanya Restoran Kampungku ini dah terkenal dikalangan pelancong muslim sekiranya berkunjung ke Myeongdong.


Kalau dah memang tekak melayu tu, pergi ke mana-manapun cari makanan melayu juga, ekekek soalnya bukan itu, perut dah lapar dan dah ada restoran halal, kat situ la rezeki tu, hehehe...

Sis makan nasi goreng kampung, ₩7,500 (RM 26)...


01.30pm... Menuju ke Gyoengbokgung Palace... Tak boleh buat apa dah, kitorang sampai je, cun-cun selesai ceremony Changing of the Guards yang mengambil masa lebih kurang selama 20 minit... Eh awal pula, ingatkan persembahan dalam jam 02.00pm camtu... Ermm bukan rezeki Cik Nita and Aina tengok live, sis ngan Miss Rina takpe lah juga, ni dah second time kitorang ke sini dan kali pertama dulu kitorang berkesempatan menyaksikan persembahan pada sesi pagi.


Jom lawat kawasan sekitar...


Keadaan dalam istana... Alaa lebih kuranglah cam dalam drama korea tu...


Dah tu nak buat apa lagi, photoshoot la... πŸ˜πŸ˜ƒ






Yeppeuda πŸ‘˜





Jomlah keluar dari palace ni...


Siput sedut 🐚 πŸ˜†


Bila nampak siput sedut tu, dah tau ke mana arah tuju seterusnya... Cheonggyecheon Stream...



04.30pm... Kami kembali ke hotel...


09.15pm... Setelah berehat, santai dan dinner kat bilik ja, weolls (kecuali Cik Nita rest kat bilik) merayap ke serata Myeongdong Street, kononnya nak meninjau pasar malam, eh takde pun, huh hujung minggu je kot...


So tengok-tengok je la kedai-kedai yang ada di Myeongdong ni, itupun cukup untuk cuci mata dan mencuci dompet anda, hahaha...


Tapi bukan untuk sis ye, muahehehe... Dalam banyak-banyak barang, eye mask ni yang sis beli kat kedai DM Mart, gara-gara eye bag sis yang tak boleh bawak bincang, dengan harapan takdelah nampak sangat mata panda tu... 🀭🐼 Sekotak berharga ₩12,000 (RM 42.50), didalamnya terdapat 5 pasang eye mask. Korea terkenal dengan face mask dan amat berbaloi kalau nak borong kat sini coz harganya jauh lebih murah berbanding beli kat Malaysia, even memborong kat Incheon Airport pun, bagi sis harganya still lebih murah....


Baru sehari turun naik subway, kepala sis start dah mencucuk-cucuk, time to rest... Sis berkenan sungguh dengan alat ni, tak pasti dipanggil apa, ianya sejenis bed warmer, fuhh dengan cuaca sejuk-sejuk kat Korea, tidur di atas tilam yang suam-suam, bertambah lena tidur sis :-) ....

Zzzzzzz Selamat malam....