aZ ZiL La

aZ ZiL La

Tuesday, 19 February 2019

The B.E Wonderland Kundasang - Part 1



Assalamualaikum W.B.T.... Hi uolss...

Jom kita lihat apa yang ada di sini, tunjukkan tiket masuk kepada staf di sana dan pesanan penaja daripada pekerjanya masa diberi selama 30 minit untuk menjelajah kawasan, uishhh biar betul setengah jam je,  aku dah berkira-kira, kalau diikutkan gaya aku ni, kompom tak cukup 30 minit tu hoii, tak kan lah sebab aku datang petang, masa dilimitkan, ingat aku kesah, suka akulah nak ambik masa berapa lamakan, dah bayar RM25 kot, hahahaha...


Terdapat 13 Seksyen kesemuanya...

Seksyen Pertama



Musim Sejuk... Winter Sonata... 

Seksyen Kedua










Flora dan Fauna... 

Agak lama sis berada di seksyen ni, sebenarnya sis tak tau nama-nama seksyen ni, sis namakan sesuka hati sis je wokey, hihihi...

Seksyen Ketiga


Magic Mirror
Gambar sumber dari Mr. Google (maaf tak minta izin daripada tuan punya gambar ye, minta halalkan :-p)... Aku jalan direct je terus semasa melalui bahagian ni, tertanya-tanya juga apa benda ni, magicka? Apa yang magicnya ngan cermin ni, muahehehe...

Seksyen Keempat



Rumah Budaya Sabah
Seksyen Kelima





Colourfull Stairs
Jalan menuju ke seksyen seterusnya... Aku pun tak pasti ni termasuk dalam seksyen juga ke tak, kalau termasuk aku nak bagi nama Seksyen Angkasa Lepas, ekekek... Memandangkan ikut suka aku, ni bagi aku hanya laluan ke next section...

Seksyen Keenam


The Avengers

Seksyen Ketujuh




  


Koleksi Barangan Lama (Antik)
Seksyen seterusnya, to be continue at next entri...

Monday, 18 February 2019

Kinomulok Garden Ranau



Assalamualaikum w.b.t.... Hello eberibadi...

Wahh tempat ni baru lagi, belum siap sepenuhnya, saya datang masa ni banyak lagi pembinaan sedang dilakukan...

Rumah Hobbit









Dah siap sepenuhnya bolehlah stay chalet kat sini... Ada swimming pool lagi ye (Maaf sis tak ambik gambar kolam renang)




Round lagi...



Hajat dihati nak naik Tukad Gonipis kat Bundu Tuhan tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan, in shaa Allah jika berkesempatan suatu hari nanti sampai jua, bolehlah naik tangga ni ala-ala kat Tukad Gonipis... :-)







Memula tu tak perasan, eh ada lagi Rumah Hobbit...


Nampak kat belakang tu, tak pasti diorang buat bangunan apa...




Terdapat pondok-pondok untuk bersantai... Selain itu, ada kolam ikan, tanaman pokok bunga dan lain-lain... Oh ya, nak main ATV pun ada kat sini... Sesuai kepada sesiapa yang ingin bercuti jauh dari kesibukan kota.

Stay tuned entri seterusnya ;-*

Sunday, 17 February 2019

BW Bus Restaurant, Kundasang


Assalamualaikum w.b.t.... Hi gaiss...

BW Bus Restaurant sebuah tempat makan unik di dalam bas...


Selamat Datang...


Tengok menu dulu, agak-agak ada yang berkenan dek tekak... Ai kenyang lagi masa ni, kita round kawasan dulu...









Orang Kundasang Ranau ni suka pelihara arnab agaknya, kalau korang research ada beberapa Taman Arnab yang terdapat di Kundasang dan Ranau. Di restoran ni juga tidak ketinggalan, you can paly with cute rabbits....



 Jomlah naik ke atas, lihat suasana di dalam bas pula...


Duk dalam ekon lelama sikit, panas lit lit kat luar...



Tetap juga aku tak order apa-apa menu, perut kenyang lagi....


Vroomm...



Thank You! Please come again... :-*