aZ ZiL La

aZ ZiL La

Thursday, 14 February 2019

Arnab Village Ranau



Assalamualaikum w.b.t... Hi uollss...

Arnab Village tidak perlu diperkenalkan lagi, tempat ni dah pemes, dah lama pemes pun sis tak pernah pergi sebelum ni, so kali ni sis pegilah...


Dah alang-alang tu, ambik Gold Package...


Peraturannya sangat mudah....

Rabbit Park












Okeylah last-last sis yang over bergambar, bukannya nak main ngan arnab sangat pun, bagilah bebudak yang eksaited nak main ngan arnab-arnab tu....

Cat Mania



Aku kira-kira adalah dalam 14 ekor kucing yang terdapat dalam ni...


Empat ekor kucing ni dikurung di dalam kandang memasing, mungkin atas sebab-sebab tertentu, yang lain dibiarkan berkeliaran di ruangan ini...



Hamster World






Terdapat lapan kandang hamster yang diletakkan bendera lapan negara, iyala kot spesis hamster tu dari negara-negara ni... Ada je hamster-hamster tu dalam kandang ni tapi duk bersembunyi ataupun tidur kat tepi-tepi... Kat sini pengunjung tidak dibenarkan masuk ke dalam kandang...



Walau bagaimanapun ada disediakan kandang sekiranya pengunjung ingin bermain ngan hamster...

Tatatititutu haiwan-haiwan yang comel-comel.... Babaiii...

Wednesday, 13 February 2019

Tagal Luanti Homestay


Assalamualaikum w.b.t.... Haluu eberibadi...

Sekiranya berkunjung ke Kg. Luanti Baru, Ranau, apa kata singgah sebentar melawat tempat penginapan unik yang terdapat di kampung ini. Jika ingin menginap terus kat sini pun apa salahnya, ;-)


Kebiasaannya orang nak rendam kaki je kat Sungai Moroli sambil digigit-gigit oleh ikan, bahasa ringkasnya 'fish spa'... Dari Pekan Ranau akan jumpa Tagal Sg. Moroli di sebelah kiri, hanya beberapa minit dihadapan sebelah kanan akan jumpalah Tagal Luanti Homestay, sila peka dengan banner signboard di tepi-tepi jalan.


Harga tiket dan bayaran sekiranya ingin menggunakan kamera...




Makanan ikan satu plastik kecil 20sen... Cukup masa nombor tiket akan disebut dan sila keluar dari kawasan sungai. (Aku tak pasti pula berapa minit masa diberi, hehehe)

Jom lawat kawasan....


Rumah Pinang (Kaum Dusun)



Rumah Tajau Panding (Kaum Cina)



Surau



Rumah Tajau Silou Silou  (Kaum Iban & Dayak Sarawak)



Rumah Gong Tawag (Kaum Dusun Ranau, Tambunan, Keningau, Kadazan Penampang & Tatana Papar)

 




Rumah Sirung (Kaum Lotud, Rungus & Sungai) 


Rumah Gong Sanang (Kaum Bajau Kota Belud)



Rumah Tajau Tagaman (Kaum Bajau Semporna)

Yang sis tak tahu, ada lagi Rumah Melayu, Rumah British, Rumah India, Rumah Portugal dan Rumah Jepun. Hmmm nampaknya sis tak cukup menjelajah, mungkin kat dalam sikit, terhalang dari pandangan sis, wakahkah... 

Sampai berjumpa lagi di entri seterusnya... :-*

Monday, 11 February 2019

Ladang Teh Sabah



Assalamualaikum w.b.t...

Hi gaiss.. Kali ni sis cuti-cuti Sabah je, biasanya orang luar yang datang ke Sabah, sebut Sabah je mesti nak ke Kundasang Ranau, so sis acah-acah coverlah tempat-tempat menarik yang ada di sini.


Entrance Sabah Tea Resort Restaurant disambut oleh pasangan ini yang berpakaian tradisional....


Terdapat beberapa pakej aktiviti yang boleh dilakukan sekiranya datang ke sini antaranya melawat kilang pemprosesan teh dan merasai sendiri pengalaman memetik daun teh dengan memakai pakaian tradisional.

Masa aku datang ni, staff-staff kat sini tengah sibuk buat persiapan jamuan sempena Chinese New Year so katanya setakat nak buat lawatan dan dengar taklimat je yang ada tuk hari tu, jadi ai cari spot cantik nak bergambar je lah, ngeeee.... ;-)



Tadah tangan nak sambut apa tu Cik Zilla oii... Teh tarik kaw satu!


A British Tribute.... Memorial The Royal Artillery Marching Contingent Sabah Salute 2011 diabadikan di sini...




Lawat hasil tanaman :-p


Aku punyalah tunggu awan tu lari, langsung tak bergerak, huhuhu... Hajat dihati nak capture pemandangan Gunung Kinabalu...


Jalan masuk ke dalam sikit terdapat tempat penginapan Long House dan cottage... Staff kat restoran tu yang cadangkan melawat Long House ni, katanya nak round tengok-tengok boleh je...





Long House pertama..


Long House kedua...


Suasana dalam bilik, kalau malam ni kompom sejuk... Toilet berada di luar, kena share...


Pondok Aki Turumpok..




Saranghae luv luv :-*

See u gaiss di next entri...