aZ ZiL La

aZ ZiL La

Tuesday, 4 February 2025

Umrah Journey - Makkah & Madinah (Part 2)

Assalamualaikum W.B.T 🤍 Jom sambung story…

Ziarah di Kota Madinah...

Masjid Quba... Peringatan mesra sekali lagi, sila singgah my FB account Az Zil La's Page untuk kisah ziarah...

Alhamdulillah atas izin Allah S.W.T dapat menunaikan solat di masjid ini ❤️‍🩹

Kebun Kurma...

Berlatar belakangkan Jabal Uhud...

Tempat Rasulullah S.A.W menyandarkan diri, batu yang keras itu menjadi lembut dan terbentuk mengikut lekuk muka Rasulullah S.A W...

Jabal Uhud...

Alkisahnya bila Ustaz kata siapa nak naik bukit ni bolehlah naik, automatik kaki Me melangkah naik, bila dah sampai atas, pusing belakang, wah rupanya beramai-ramai yang follow. Begitulah si Zilah ikut suka dia ja bawa diri 😆

Sampai jumpa lagi di Syurga Jabal Uhud, aamiin...

Jabal Magnet, naik unta...

Makan jagung bakar...

Gua Sajadah...

Berakhirlah episod ziarah kami di Kota Madinah... Si Zilah pun nak turun bukit dah tu 😆

Kisah Raudhah... Alhamdulillah atas izin Allah, Me berpeluang memasuki Raudhah sebanyak dua kali.

فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”.

Sabda Rasulullah S.A.W. "Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman syurga."

Alhamdulillah atas nikmat ini Ya Allah 🥹❤️‍🩹 Ada yang berpeluang memasuki Raudhah hanya sekali, ada dapat memasuki Raudah tapi langsung tak berpeluang untuk solat, ada pula sekalipun tak berpeluang memasuki Raudhah (samada uzur @ sebagainya).

Bermula perjalanan dari tanah air dan tiba di tanah suci Makkah seterusnya melakukan ibadah umrah sehinggalah menjalani hari-hari terakhir di Kota Madinah, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma Me diserang batuk dan selsema yang mau mau hilang suara, kebiasaan Me sakit batuk tak pernah sehingga nak hilang suara, semuanya kehendak Allah S.W.T ❤️‍🩹

Me ingat pesan my sahabat dunia dan akhirat, Ipah Sharifah Rasidah... Katanya banyakkan bersabar bila di tanah suci nanti (Ipah dah pergi umrah tiga kali). Me memang tak banyak bercakap orangnya, Me lebih suka memerhati...

Memetik kata-kata..."Diam bukan bererti kosong tapi ruang untuk mendengar, merenung dan menemukan kedamaian. Agar kita lebih bisa dekat dengan Sang Pencipta" Itulah akak malas nak menaip, Me pandai melalut 😅

Berbalik tentang ke’uzur’an untuk wanita sahaja, memandangkan ini ‘pestaim’ Me menunaikan ibadah umrah dan Me pun tak tahu bila lagi diizinkan untuk kembali ke sana, sebaiknya ada usaha semoga dapat melakukan ibadat ketika berada di sana.

Semuanya pun atas izin Allah, yes Me makan ubat, memacam cerita juga yang mengatakan makan ubat ni tak elok, ada side effect, dah makan ubat pun still ‘uzur’ juga, macam-macam lagi lah…

Me makan ubat secara teratur, alhamdulillah dipermudahkan… Terima kasih juga yang mendoakan baik-baik kepada kami semua 😘 Me doakan kalian semua diberi rezeki untuk menjadi tetamu Allah satu hari nanti, aamiin 🤲🏻

Mohon maaf kiranya ada penulisan atau kata-kata yang kurang tepat atau tidak difahami dan sebagainya...

Akhirul Kalam Wassalamualaikum W.B.T... #rindumakkahmadinah 🕋🕍 #rinduyangsangatberat 🥹

Monday, 3 February 2025

Umrah Journey - Makkah & Madinah (Part 1)


Assalamualaikum W.B.T....

31 Disember 2024 (Tuesday)
Bermulalah perjalanan kami menuju ke tanah suci Makkah 🕋


Kami, 11 orang group member (2 orang tiada dalam gambar) akhirnya bersepakat ingin menunaikan ibadah umrah bersama-sama 🫶🏻

Group besar seramai 85 jemaah...

Entri kali ni Me akan bercerita secara overall, tiada entri by part mengikut hari @ mengikut tempat... Me akan menaip mengikut apa yang tetiba terlintas difikiran dan foto-foto Me share secara random sahaja....

Alhamdulillah syukur dengan izin Allah S.W.T., Me dapat menyelesaikan 3 kali umrah dengan bimbingan mutawwif berpengalaman dari Nur Multazam Travel & Services, Ustaz Ali dan Ustaz Walid.

Alhamdulillah dengan izin Allah juga, diberi nikmat dapat menunaikan solat di dalam Hijr Ismail, solat di dalam Hijr Ismail adalah sama seperti solat di dalam kaabah, Allahuakhbar ❤️‍🩹 indah, sangat indah....

Berpeluang mendaki Jabal Nur 🥰 

Berlatar belakangkan Jabal Tsur...

Jabal Rahmah...

Antara tempat ziarah di Kota Makkah...

Oh ya, story mory ziarah Me kongsikan dalam bentuk video pendek (reels), boleh rujuk my Facebook or Instagram, kepada yang ketinggalan my perkongsian tu,  insyaa Allah I will make a public for my account privacy, hanya di FB, check it out my FB account Az Zil La's Page ✌🏻

Lima hari berada di Kota Makkah... Ya Allah jemput aku kembali menjadi tetamu-Mu 🥹


Persinggahan semasa menuju ke Kota Taif, Museum Alamoudi...
Masa ni Me berpeleseran seorang diri, lepastu tak sedar diri lagi diperhatikan 🤦🏻‍♀️🫣

Tiba di Kota Taif, kita berlibur dulu...

Masjid Abdullah Ibn Abbas... City tour sebelum meninggalkan Kota Taif...

Sebelum bergerak ke Kota Madinah, lunch nasi mandi... Wahai warga Sabahan khususnya orang KK, let me know kat mana ada nasi mandi kat KK, nak kena pergi lagi ni makan kat Makkah and Madinah 😆

Alhamdulillah selamat tiba di Kota Madinah, Ya Rasulullah kami datang 💚
Sangat teruja apabila terpandang sahaja payung-payung di Masjid Nabawi 🥰


Masjid Ghamama

‎♥ السلام عليك يا رسول الله ♥
‎♥ السلام عليك يا حبيب الله ♥

Antara siri lawatan ziarah dalam Madinah...

To be continue, maaf Me tak boleh letak foto terlalu banyak so jumpa at next entri 😉

Wassalam...






Sunday, 20 October 2024

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi


Assalamualaikum W.B.T.... Bonjour!

Jemput singgah to my blog yang bagaikan hidup segan, mati tak mahu 😅

Miss Azila ke mana pula kali ni...

15 October 2024 (Tuesday)

Giliran Marlin dan Patricia pula bercuti ngan Me and Cik Riena, 2023 kitorang healing kat lautan, kali ni kami ke 'French' 😄

This is Colmar Tropicale yang berada di Bukit Tinggi, masih kat Malaysia...

How did we get here?

Kami menaiki bas daripada Berjaya Times Square jam 10 pagi, pergi dan balik dengan bayaran RM60 seorang. Booked awal agar percutian anda berjalan dengan lancar. Terpulang memasing kalau nak drive sendiri pun lagi baik, suka hati nak 'edjas' masa sendiri...

Masa kami sampai tu lebih kurang nak jam 11 dah, driver bagitau kalau nak ke Japanese Village, shuttle bus akan begerak pada jam 12. 

Shuttle bus yang bagaikan nak melihat haiwan kat safari... 

Ingatkan sampai je terus terpacak Japanese Village depan mata, kena mendaki 88 anak tangga pula, dengan ditemani hujan yang mencurah-curah, mujur dah tak lebat sangat 😌

Eh tak sampai lagi, kena menapak sikit lagi ke depan... Tapi tidak berakhir di situ 😅 Rupa-rupanya kena masuk lagi ke dalam hutan...

Welcome to the world's first Japanese Tea House in The Tropical Forest... Kami ni ikut cakap 'dreba', katanya jam 1 shuttle bus akan gerak turun, jadi kau rasa tinggal berbaki beberapa minit manalah cukup masa nak menjelajah ke dalam hutan tu. Punahlah harapan kami yang berangan-angan nak melaram dengan kimono 👘

Sementara menunggu shuttle bus tiba, bergambar kenangan kat sini je lah...

Ada rezeki datang lagi, sampaikan hajat nak pakai kimono 🤭 Shuttle bus ni rasanya setiap jam gerak, tapi kami jujur sangat ikut cakap driver, tapi takpelah, cuacapun tak mengizinkan sangat...

Masa turun, ternampak Advanture Park, best juga kalau nak main flying fox (agaknya kat sinilah tempatnya), walau bagaimanapun keadaan kami tidak mengizinkin pada ketika itu...

Sekembalinya kami di perkampungan French, makan dulu. Kawasannya tak besar, so pilihan restoran pun tak banyak, makanlah apa yang ada, bismillah...

Sesi wajib merakam kenangan setelah kenyang, train tu begerak kot kalau nak naik, bayaran tak pasti...

Bas comel tu pun boleh naik, kenalah bayar juga, maaf Me langsung tak main permainan kat sini, so tak tau berapa bayarannya...

Nak best sikit boleh main 3D ni...

Nak ekstrem lagi, mainlah yang 6D ni...

Permainan tuk kanak-kanak pun ada...

Sebahagian bilik-bilik penginapan yang ada kat sini... Kalau rasa teringin nak lari dari kesibukan kota, bolehlah menginap di sini...Pasangan yang nak honeymoon sesuai sangat 😆


Di penghujung...

Tanda kenangan 🥰



On Se Reverra 😘

Adios 👋🏻 (Spanish tiberr 😜)