aZ ZiL La

aZ ZiL La

Tuesday, 3 October 2023

Surabaya (Day 1) ~Perbelanjaan dan Itinerari


Assalamualaikum W.B.T.... Hai teman-teman pembaca...

21 September 2023 (Khamis)

Tiada mukadimah panjang berjela, Me mulakan terus entry ini dengan perbelanjaan trip to Surabaya...

Sekiranya kurang jelas, boleh 'pm' tepi 🙂

Berikut pula adalah pakej dan itinerari asal trip ke Surabaya yang diberi oleh travel agency. Kepada yang mencari-cari pakej ke Surabaya, boleh rujuk nombor telefon dan emel yang tertera.

Me recommended this travel agency because Me tiada masalah dengan service yang diberikan. Ada ja banyak pakej ditawarkan dari pelbagai ejen, terpulang pilihan memasing...



Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya, dari jauh kelihatan bapa supirnya Pak Ponijan datang menjemput, Pak Jan akan menemani kami sepanjang keberadaan kami di Surabaya ini.

 Harap maaf foto bapaknya kurang jelas...

Penerokaan bermula....

Pit stop pertama kami...

Apa-apapun isi perut dahulu... Sebelum meneruskan perjalanan kami ke Bromo yang memakan masa hampir 4 jam.

Menu makanan berlima, total harga dalam Ringgit Malaysia 192. Apa kata anda? 

Selingan... Kad sim Indonesia, yang ni mesti ramai orang pun tahu... 

Beli online kat shopee, dalam kapal terbang dah ready install, kapal landed ja, off flight mode dan sim card sedia digunakan. Tetapi terpulang memasing, ada yang roaming line telefon sahaja dan kebiasaan disetiap homestay atau hotel pasti ada wifi...

Apalah agaknya mereka buat ni, hahaha... Jalan menuju ke tempat penginapan kami, Me peluk tubuh coz keluar ja dari mobil, cuaca sejuk sudah terasa...

Semakin tinggi perjalanan, semakin indah pemandagan alam semula jadi...

Aktiviti petang kami hanya menanti senja melabuhkan tirai yang berlatar belakangkan Kawah Bromo....

Lokasinya tak jauh dari hotel kami, ini belum lagi Gunung Bromo, nampak kawah tu jangan fikir dah sampai puncak gunung pula 😆

Cukup untuk hari pertama, jom buat persediaan untuk aktiviti hari berikutnya pula...

So see at next entry everyone, daa...

No comments:

Post a Comment