aZ ZiL La

aZ ZiL La

Wednesday, 13 November 2019

Korea - Last Day

Assalamualaikum W.B.T....

14 October 2019 (Monday)... Percutian berakhir... sobsobsob πŸ₯Ί

 (Sekadar gambar hiasan)


Menghabiskan sisa-sisa makanan yang ada dan tak teringin untuk dibawa balik ke Malaysia, entah bila lagi boleh dapat minum susu perisa kopi dan vanilla ni, biasanya perisa pisang je ada dijual kat Malaysia...


09.00am, perjalanan ke Incheon International Airport mengambil masa selama satu jam dengan menaiki bas... Al kisahnya penerbangan balik ke Kuala Lumpur reschedule from 09.45am to 01.40pm, aigoo ottoke?! Kalau delay je tak pe, ni gara-gara masa flight berubah, kami terlepas flight dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu...

Dah cun-cun perkiraan kitorang sekiranya flight pada jam 09.45am, kami tiba di KL pada pukul 03.15pm, so sempat sangat naik flight ke KK pada jam 07.55 malam... Disebabkan pertukaran masa ini, kami tiba di KL pada pukul 07.10 malam, memang T.A.K S.E.M.P.A.T. Touch down je bukannya terus-terus pindah naik next flight, engko nak berjalan jauh dari gate ke kaunter Imigresen, pastu nak tunggu luggage lagi, dari KLIA2 nak ke KLIA pula memandangkan flight kami balik ke KK adalah menggunakan Malaysia Airlines... Kan aku dah membebel... 😏

So jalan penyelesaiannya weolls beli flight tiket baru je, flight balik ke KK adalah pada keesokan hari...


Check in...


Menuju ke gate...


12.00pm... Lunch time at Food Empire...


Terdapat tiga bahagian, terus lihat ke bahagian B untuk halal food... Lunch hari ni ialah set cheese beef kebab berharga ₩12,900 (RM 44.70).


Pilihan makanan halal lain adalah shrimp burger kat Restoran Lotteria...


Seperti yang dijanjikan, here I reveal the budget... Jangan tak percaya, inilah hakikatnya ... Sis tambah sikit je lagi, dah boleh pergi umrah, In Syaa Allah.... Aaamiinn... Pembelian tiket baru dan penginapan Tune Hotel dikira emergency budget. Meals tidak termasuk dalam pakej, budget seminggu untuk makan minum adalah lebih kurang dalam RM 350, termasuk sekali belian makanan kami dari Malaysia.

All right gaiss, kamsahamnida sudi membaca coretan sis yang tak seberapa ini... Sis simpan impian dan angan-angan dulu tuk trip-trip seterusnya, ekekek... πŸ˜‰

Wassalam..

Tuesday, 12 November 2019

Korea - Day 7 (Part 2)

Assalamualaikum W.B.T....


01.50pm kami berada di Namsangol Hanok Village...


Kita lihat apa yang ada kat sini... Tempat ni baru bagi sis, dulu sis tak de pergi tempat ni...


Sebuah perkampungan tradisional...


Sebahagian aktiviti yang boleh dilakukan kat sini....


Seperti ada majlis yang akan berlangsung pada hari ini...


02.15pm kami beredar dari tempat ni...


02.45pm tiba di Namsan Tower...


First time sis ke mari dulu adalah pada waktu malam, sekarang ni baru sis nampak jelas keadaan sekeliling...


Suppoter from Malaysia... πŸ˜…πŸ˜†




Keindahan tower lebih terserlah pada waktu malam dengan diterangi cahaya lampu berwarna-warni...





Lock your love... πŸ”’❤



04.15pm kami meninggalkan Namsan Tower...


04.30pm kami tiba di Myeongdong... Menghabiskan masa di Myeongdong Street pada malam terakhir berada di Seoul... Semalam dah usha udang bakar ni... 6 ekor udang dalam satu set berharga ₩6,000 (RM 20.80), sis beli dua set so belanja dinner sis malam ni adalah ₩12,000 (RM 41.60).

Kembali ke sangkar memasing, nak packing barang lagi... Tomorrow we'll go back to hometown... Daa πŸ˜‰


Korea - Day 7 (Part 1)

Assalamualaikum W.B.T...

Seminggu dah sis berkelana di bumi Korea, uwaa cuti dah nak habis.... ☹


13 October 2019 (Sunday), hanbok day! πŸ‘˜


Seperti biasa sebelum 08.30am kami dah menjenguk-jenguk kafe hotel, dah bekpes dalam bilik, ni sambil-sambil menunggu Cik Tour Guide sampai, sempat lagi kitorang menikmati bread sekeping dua...


Sebelum bertolak...


Stesen subway lengang....



Santai je pagi ni...


09.00am, pilihan tempat menyewa hanbok adalah di Bukchon Hanok Village...



Suka hati lah ke mana nak melaram pakai hanbok tu selama sejam... Bayaran sewa sepersalinan pakaian iaitu baju, skirt, besi dalam skirt yang mengembangkan kain dan aksesori kepala termasuk sewa loker untuk menyimpan beg-beg kitorang, kesemuanya ₩14,000 (RM 48.50) seorang. Nak juga harga berasingan, tu belum lagi perbezaan harga mengikut jenis aksesori. Okeyla, tak kisah la... πŸ˜‘



Dayang-dayang...




Area ni pemes juga sebagai tempat penggambaran drama Korea...




Times up, 10.40am weolls perlu mengembalikan semula hanbok...



Mission completed...


Next destination...


11.50am lunch di Makan Restaurant, Itaewon... Menu kami :-

Saengseon gui (grilled fish), ₩8,000 x 2 set: ₩16,000 (RM 55.50)
Dalktoritang (braised chicken stew), ₩10,000 (RM 34.60)
Ddukbaegi bulgogi (beef meat), ₩10,000 (RM 34.60)
Ojingeo bulgogi (grilled squid), ₩10,000 (RM 34.60)

Total : ₩46,000 (RM 159.30), lunch budget per person RM 31.90 only.

Happy lunch, happy tummy... Continue at next entri... πŸ€—

Sunday, 10 November 2019

Korea - Day 6 (Part 2)

Assalamualaikum W.B.T...

Hai everibadi... Sambungan dari last entri...


Ketika berjaya menjejaki kedudukan tandas, sis terpandang sesuatu... Wow sis terpegun melihat selautan bunga-bungaan, overlah selautan... πŸ™„


Kiranya terubat kekecewaan dihati untuk menikmati musim luruh sepenuhnya... Wish list sis dulu selepas melancong pada musim sejuk nak travel pada musim bunga pula, apabila melihat pemandangan yang terbentang di depan mata, ai is rasakan my wish is come true πŸ₯°πŸ₯°πŸ˜πŸ˜





🌸🏡🌼🌹🌷




Langkah kanan lagi, melihat orang ramai mula berkumpul duduk  kat tepi-tepi kolam, maksudnya akan ada persembahan sebentar lagi... Bila korang pergi ke taman tema seperti ni, rajin-rajinlah cek jadual persembahan, weolls ni kes dah malas nak ambik tahu, hanya ikut kaki melangkah... πŸ™‡πŸ»‍♀️🚢🏻‍♀️


The Wicked Garden πŸ§™πŸ»‍♂️πŸ§™πŸ»‍♀️



Bebudak suka part ni, para penari akan ajak kanak-kanak menari bersama... Enjoy! πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»




Dah puas menikmati musim bunga, kami meneruskan penjelajahan...



Aigoo sesungguhnya ramai sangat yang datang berkunjung ke Everland pada hari ini, teringin nak main pelbagai jenis permainan yang terdapat kat sini... Apabila melihat barisan yang panjang dan rata-rata masa menunggu giliran melebihi satu jam, terpaksa kami melupakan hajat dihati... Sis snap-snap gambar je lah...




Menghampiri ke pintu masuk Everland, dengan erti kata lain, menuju jalan keluar...


Apa-apapun beli souvenir dulu sebagai tanda kenangan...


03.30pm kami dah keluar dari Everland, awalkan... 🀷🏻‍♀️ Tunggu punya tunggu, 04.15pm baru muncul bas yang dinanti-nantikan...



Menyempat lagi shopping di kedai-kedai dekat stesen subway...


Sampai je Myeongdong terus ke Kampungku Mart, berada betul-betul di sebelah Restoran Kampungku...


Alasan pergi kedai ni coz tak perlu risau and ragu-ragu kalau nak beli barangannya, semua dijamin halal... Hot Spicy Almond sekotak ada lapan bungkus di dalamnya, sedap dan pedas, ₩7,500 (RM 26). Maggi jenama ABC made in Indonesia,  ₩1,700 (RM 5.90), beli kat Indon boleh dapat tiga cup kot, hihihi... 🀭


Berdepan ngan Restoran Kampungku kedai minuman The Bus Stop...


Hari tu nak beli minuman kat kedai tu tapi my stomach terasa kenyang, so hari ni ai tunaikan hasrat merasa milk tea yang di campur ngan cheese versi Korea pula, berharga ₩5,000 (RM 17.30). Udang bersalut tepung tu beli kat Myeongdong Street di gerai egg bread semalam, semangkuk ₩5,000 (RM 17.30). So jadilah my dinner tuk malam ni... 🀀

07.45pm tiba di bilik hotel... Selesaikan apa yang patut and rest time... Good Night Seoul.... πŸ˜€πŸ˜΄