Okey ni last part tuk entri Sandakan, aku tak nak perap dah story Sandakan ni, kalau tak macam da benda yang tak settle lagi, hehehe....
Dalam jam 1425 kitorang bis makan tengahari & terus gerak ke Bandar Sandakan. Bandar Sandakan dah tak jauh, dalam 10 minit kami sampai di Rumah Agnes Keith. Apa ada kat sini?? Rumah ni pernah didiami oleh seorang penulis kelahiran Amerika Syarikat yang bernama Agnes Keith pada tahun 1939 yang terkenal dengan buku Land Below The Wind atau Negeri Di Bawah Bayu. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang tempat ni sila Google sendiri k, ekeke... Panjang nak cerita satu-persatu.
Bayaran masuk tempat ni RM 2 sahaja. Kat dalam tak boleh amik gambar so aku tunjuk gambar kat risalah yang diberi percuma.....
Ni la dia Agnes Keith tu....
Sedikit gambaran kat dalam rumah tu...
Dah puas round 1 rumah, jam 1505 kitorang menikmati pula pemandangan sekitar kawasan kat situ.
Restoran ala-ala Inggeris yang harganya pun boleh tahan, standard makan kat Secret Recipe @ Kenny Rogers la lebih kurang. Kami tak de la makan kat sana so tak tau la sedap ke tak, berbaloi atau tak ngan harganya....
Jam menunjukkan 1535, awan pun dah gelap, kalau ikut kan da lagi tempat nak singgah. On the way nak ke War Memorial, hujan rintik-rintik dah, so cakap ngan Miss Jaja, tak payah pegi la. Kami pun berpatah balik ke Bandar & last-last gi Mall. Gentingmas Mall, nama cam best tapi sebenarnya macam kat Giant je, bukannya cam shopping kompleks besar-besar tu. Belasah je la masuk, lagipun kebetulan member ni nak beli barang... Sampai jam 1645 juga kitorang kat sini, aku tak de lain beli jajan la, maaakan je tau kan, hahaha.....
Kedai-kedai dah banyak tutup, Miss Jaja bawa pusing-pusing area bandar, sampaila kitorang naik ke Trighill. Kira tempat orang melepak la kat sini, tempat berdating pun iya juga....
Kat sebelah tu da Restoran Steamboat, kat seberang jalan pula tempat orang beriadah. Dari atas bukit ni boleh nampak bandar Sandakan.
Kata Miss Jaja ni Bandar Ramai-Ramai....
Sejarah taman ni di buat diceritakan di sini....
Kitorang tak lama kat sini, snap-snap gambar then jam 1725 gerak turun...
Dah tak de tempat nak dituju petang-petang cam ni, pusing-pusing kawasan sekitar je.... Sebelum balik ke Hotel kami singgah ke Restoran Ocean Seafood Kak Jue kat batu 7, seawal jam 1830 tu dah nak makan malam, ni kes malas nak kuar balik, ingat nak rehat kat bilik je la malamtu.... hehehe...
Makan malam kami.... Alhamdulillah kenyang...
Jam 1940 dah terpacak kat bilik hotel, kat sini la berakhirnya pertemuanku ngan Miss Jaja. Cukupla sehari dia menjadi tour guide ku, sok dia nak keja tu, bagi dia rehat malamni.... Aku pun nak rest juga, hehehe..... Tq So Much Miss Jaja..... In shaa Allah jumpa lagi....
29 September 2014 (Monday)
Jam 0845 kami turun bekpes, bukan selalu makan kat hotel kan, nak sejam me & my cuwiet buddy makan, hei jangan sangka kami makan banyak sangat tau, kami tak sentuh pun nasi lemak yang ada, kitorang makan bread je tau... Oppss sorry saya memang tak amik gambar kat hotel ni, ada sekeping je....
Ni gambar kat depan lif, dah nak cek out time ni. Jam 1300 kami ke apot by Hotel Transport, only take 5 minute go to Airport. Aku memang sarankan hotel ni pada sapa-sapa yang nak service transportation ke apot, senang tak payah nak panggil teksi ++++ it's free.... ^_^
Berakhirla percutianku di Sandakan... Aku tak pasti kalau aku berkesempatan lagi datang ke sini @ tak, ada lagi tempat yang boleh dikunjungi kat sini contohnya Gua Gomantong, menyusuri sungai melihat Proboscis Monkey (kat kampung aku pun ada okeh, sibuk nak pegi jauh-jauh, hahaha), & banyak lagi.....
Alhamdulillah selamat sampai kat KK @ 1500 a clock....
What can I say, I'm always need a vacation.... Berjumpa lagi di story-mory percutian ku akan datang...