Assalamualaikum W.B.T....
Hello everybody.... Kerajinanku mengupdate blog semakin merundum, kugagahi juga menyiapkan entri kali ni tuk perkongsian pengalaman dan mengabadikan kenangan serta sebagai rujukan di masa akan datang...
Layankan corat-coret dan foto kenangan percutian Azzilla bersama sister-mister di Singapore....
30 September 2018 (Sunday)
BKI-SIN
7.10am - Boarding time... Three of us, Nita, Rina and I...
Landed at Terminal 4, Changi Airport, Singapore...
Cop pasport dulu, eh tersnap pula, no handphone, no camera ye di kaunter Imigresen... I told you, Singapore rule very strict! Mana-mana negara pun sama tak boleh gunakan handphone semasa berurusan di kaunter Imigresen...
Pas tu mundar-mandir mencari ketua rombongan, line internet of course takde,
wifi pula haramm tak boleh connect... Padahal kitorang berada di hall
yang sama, besaq sangat hallnya, kitorang keluar kat pintu lain, ketua
rombongan tunggu kat pintu lain, sekali jumpa elok aje dia tengah santai duduk
menunggu kitorang...
Oh ya, ketua rombongan tu my lil sis, kitorang tak naik flight sesama, coz dia fly dari KL... Sesi menukar simcard... Terus terang je la kan, hidup tanpa internet mendatangkan kebosanan, maksudnya handphone tu satu keperluan dalam hidup, wakahkah korang yang tak setuju apa aku merepek ni, sila abaikan...
Walaupun hanya stay dua malam kat Singapore, kami tetap beli simcard, muahehehe... M Card sesuai tuk traveller, you can get 100GB local data, 500 minutes local call, 100 local SMS, 20 minutes IDD and valid for 7 days. Weolls booked by Klook, claim simcard kat airport ni juga...
SURPRISE!!
Yeay... Surprise menjadi! Ai tunaikan impian my buddy, kalau dia dok ulang cakap benda yang sama, memang dia nak la tu, katanya nak travel bulan September, supaya boleh celebrate birthday kat oversea, so this is simple celebration... Mujur ada juga jual kek kat airport ni... :-)
Berfoto itu wajib...
11.05am... Hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk menuju ke Terminal 2, kenapa nak pergi Terminal 2? Sebab kat sanalah ada Stesen MRT... Shuttle bas disediakan setiap beberapa minit, engko tunggu je la...
Beli dulu Tourist Pass, nak beli online pun boleh je tapi ketua rombongan saja tak booking awal, harga tetap sama kalau direct beli kat kaunter... Cukup ambik 3 days pass, sangat sesuai tuk traveller, you can see Singapore like the locals with all day unlimited travel on rail and regular bus services (pinjam ayat Mr. Google kahkahkah). Senangkan tak payah topup, sebarang keterangan lanjut sila tanya Mr. Google...
Menaiki MRT dari Stesen Changi-Tanah Merah-Lavender, 11.55am tiba kat Stesen Lavender dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki menuju ke Hotel berpandukan Google Maps dan bantuan orang kat tepi jalan, hihihi.... Redha je lah menapak dengan cuaca panas lit-lit, adat backpacker... 20 minit jalan lenggang kangkung, burn jugalah kalori kan...
Check in kat Aliwal Park Hotel, seperti biasa kita serahkan kepada ketua rombongan yang uruskan... ;-)
Ini adalah percutian budget, stay hotel dua bintang je, bolehlah untuk tidur, mandi dan berehat... Kiranya sesuai je kitorang stay kat sini, senang nak cari kedai makan (restoran halal merata-rata) dan hanya mengambil masa beberapa minit berjalan kaki menuju ke MRT (jalan slow-slow je, penat tu perkara biasa, huhuhu...)
12.50pm... Tujuan seterusnya is lunch... Eh, dekat je tempat ni ngan hotel kitorang stay, ada terbaca pasal tempat ni kat blog orang lain, jadilah buat menambah koleksi gambar...
Masjid Sultan, antara salah satu tempat lawatan yang sering diperkatakan sekiranya mengunjungi Singapore... Betul-betul berada disebelah Taman Warisan Melayu... So tempat penginapan kitorang berada di kedudukan yang agak strategik jugalah kerana berada di sekitar tempat-tempat menarik untuk dikunjungi, muahehehe... Strategiklah sangat Zilla oii, ngeeeee....
Snap dulu sekeping dua.... Ermmm bila nak sampai kedai makan ni...
Yang dicari-cari, Restoran Zam Zam... Terbaca daripada blog-blog orang lain, dicadangkan untuk mencuba makanan kat sini, yang sering menjadi sebutan adalah murtabak dan nasi briyani...
So ai try nasi briyani mutton, merasa juga murtabak yang cik nita and aina order, first mission is completed, dengan ini aku juga mencadangkan korang yang mengunjungi Singapore, silalah mencuba makanan di Restoran Zam Zam, hehehe....
Masa untuk meng'explore' Kota Singa...
02.10pm... Sempat aje posing kat trafik light 😊 ... Satu lagi perkara baru yang diperolehi bila ke negara orang, sistem jalan raya/trafik light kat Singapore berlainan sikit... "Jauh perjalanan, luas pengalaman, bertambah pengetahuan"
Seriously terasa bagaikan berada di India ka Bangladesh ka kat mana ni (walaupun tak pernah lagi ke sana)... Area menuju ke Mustafa Centre, kiri kanan depan belakang mendung je... 😬
(Gambar ehsan Mr. Google)
Dulu duk JB dengar orang cerita kalau nak beli perfume datanglah sini, jadi aku nak tengok juga apa yang bestnya tu... Memang ramai amat manusia kat sini, semua jenis barang ada dijual, buka 24 jam pula tu...
Dapat jejak kaki dan tengok sendiri pun dah cukup... Second mission is completed!
Apa yang serius sangat tu?? Pencarian Clarke Quay, kalau ikutkan google maps dah sampai la ni tapi mana dia... Punyalah kitorang separuh tawaf luar bangunan shopping mall kat belakang kitorang tu, rupa-rupanya kalau masuk mall tu terus tembus ke sebelah dah jumpa riverside, kwangkwangkwang.....
Jangan jadi cam kitorang ye, kalau dah sampai Central Mall, maknanya korang berada di landasan yang betul... Pastu elakkan round kat dalam mall sekiranya ingin menyelamatkan isi di dalam dompet anda, eh tetiba ada pesanan mesra daripada khidmat masyarakat... Nak singgah bergambar digalakkan, hehehe...
04.05pm... Rasanya ada beberapa stesen di sepanjang sungai ni sekiranya ingin menaiki bot untuk menyusuri sungai sambil menikmati pemandangan Kota Singapore...
Tiket bot boleh dibeli direct melalui kaunter, tapi ketua rombongan cek dulu harga kat Klook, price kat Klook dapatlah murah dua tiga ringgit, so weolls booked online then baru claim tiket kat kaunter... Bijak kan ketua rombongan, bab kira-kira bagi je kat dia, hahaha... Oh ya, apa itu Klook, korang google sendiri, tak rajin aku nak cerita kat sini.
Singapore River Cruise... Menikmati pemandangan bandar Singapore dengan menaiki bot selama 40 minit, kalau nak lagi cantik pegilah malam, cahaya-cahaya lampu pasti tidak mengecewakan... Untuk malam ni, kitorang ada plan lain... Apa-apapun, third mission is completed!
05.35pm... ke destinasi seterusnya, Gardens by the Bay.
Nak ke sini, korang wajib wajib wajib pegi pada waktu malam okey, belum tau lagi ada rezeki atau tak untuk repeat balik bercuti ke Singapore, so kena gigihkan juga tuk sampai ke mari... Dan diulangi, pegi pada waktu malam, nampakkan perbezaannya suasana di siang hari dengan keindahan pada waktu malam 🙂 ..
Semakin matahari terbenam, semakin ramai pengunjung memenuhi ruang taman... Semuanya setia menanti tepat jam 07.45pm for light and music show at Supertree Grove. Rakaman penuh the show selama 15 minit ada dalam simpanan, tak dapat nak share kat sini, sowryy huhuhu... The fourth mission is completed!
Misi terakhir hari ini, laser light and water show at Marina Bay Sands... Kitorang tak pasti sebenarnya jalan nak ke mari, weolls ikut je orang ramai menyeberangi jambatan ke bangunan sebelah... Nampakpun bayang lampu spotlight yang kami percayai kat sana lah tempatnya, tanpa ragu lagi, betullah laluan kami ni...
09.00pm the showtime.... Rakaman penuh the show selama 15 minit tidak dapat dikongsikan di sini, harap maaf...
Cukup untuk hari ini... Sebelum balik ke hotel kami singgah menapau makanan kat Restoran Zam Zam. Naseb baek sempat order lagi memandangkan kitorang sampai kat restoran tu dah 10.30 malam gara-gara saja nak try turun kat MRT Bugis dan maknanya ini adalah laluan baru kami.
Otak dah slow malam-malam ni meneliti google maps dan waze, jarak dari MRT Lavender dan MRT Bugis lebih kurang sama je nak ke hotel kitorang stay. Tapi bagi aku, better melalui MRT Bugis.
Alamak aku dah terlajak menaip, hihihi kita jumpa di next entri ye...
Wassalam...