Hi gaiss...
28 Mac 2018 (Wednesday)
Gunung Merapi..
Pagi ni kami lewat sikit bergerak dari homestay...
Jam 0510am, ready for adventure, Merapi Tour bermula...
Entri kali ni, saya tak dapat share banyak gambar ye, memandangkan gambar-gambar kitorang yang menarik dan cantik-cantik semuaya hilang, huhuhuhu... Usah ditanya apa yang berlaku...
Antara gambar menarik yang dapat diselamatkan... Seriously gambar-gambar kitorang kat sini semuanya cantek-cantek...
Memandangkan Pak Tecko bukan sahaja supir merangkap tour guide jeep kitorang tuk Merapi Tour, tetapi Pak Tecko juga seorang fotografer yang boleh tahan....
Memang ada skill and teknik menggambar, nanges tak berlagu bila gambar-gambar semua hilang, berhuhuhaha je la kami...
Baru verangan nak jadi model, simpan je la semuanya dalam ingatan... 😢😢😢😢😢
Mujur ada gambar yang di print, sebenarnya takde la elok mana gambar yang siap di print ni, tapi ai beli je sebagai kenangan dan support bisnes diorang... Gambar ambik kemudian kat Muzium Mini... Emm tak tau pun diorang buat perkhidmatan macam ni, tup tup tunjuk gambar dah siap print..
Tiga keping gambar berharga RP 50k (RM 14)...
Memang dah nampak awan gelap, hujan pun turun dan jam 0730am akhirnya barulah kami beredar dari sini, kalau bukan disebabkan hujan, entah bila nak ke destinasi seterusnya....
Tuk Merapi Tour ni, korang boleh request tuk singgah ke mana korang nak pegi... Ada beberapa tempat menarik yang boleh dilawati sekitar area Merapi...
Batu Alien... Hujan on off, ni bolehla singgah sekejap sementara hujan dah berhenti... Nampak kabus tebal tu, tak bergambar sangat memandangkan cuaca pun tak mengizinkan...
Aku tak pasti berapa entrance feenya disebabkan hujan kitorang masuk free je...
Batu yang menyerupai muka alien... Gambar ehsan Mr. Gugel... Tak de pa sangat so meneruskan perjalanan....
Jam 0830am... Muzium Mini.. Rumah mangsa gunung merapi yang meletus dijadikan muzium tuk tatapan para pengunjung...
Gunung Merapi ni masih aktif, bila-bila masa je boleh meletus... Kali terakhir berlakunya letusan pada tahun 2010, jam di dinding tu bukti masa berlakunya kejadian tersebut...
Menjadi khazanah barang-barang yang musnah akibat kejadian letusan Gunung Merapi..
Turut bersimpati dengan bencana yang menimpa, kalau dihayati betul-betul, touching jugala, heheheh tapi tak payahlah nak bersedih sakan kat sini kan...
Next destination 0910am at Stonehenge.. Wow ni sama yang cam kat London tu ek... Dah tak payah pegi jauh-jauh, cukup sampai Jogja je, ekekek....
Nampak tak kelibat ku di sana, hahaha...
Gambar ready nak melompat, entah susah sangat nak menjadi lompatannya... Awan pula asyik nak menangis je, apalagi bergegas ke jeep bila rintik-rintik hujan mulai turun...
Cukup 3 tempat ni Pak Tecko singgahkan, ada 2 tempat lagi boleh dilawati iaitu The Lost World Castle yang kitorang skipkan je dan Rumah Hobbit... Tak dapatlah singgah semua memandangkan cuaca tak mengizinkan... Dalam hati nak pegi Rumah Hobbit tu, hihihi....
Dah jam 0945am, ni sekali breakfast and lunch terus, brunchla... Kira sekali pakej dah ni Merapi Tour dan makan minum di Restoran Rumah Makan Bonda milik Pak Tecko...
Takde gambar makanan, aku sibuk me'nyumbang'kan suara sementara tunggu makanan sampai, amboii berani engko Zilla nyanyi depan khalayak ramai, wakahkah mentang-mentang bukan kat tempat sendiri, hentam aje la... Hehehe tak ramai orang pun pagi ni, siapa je pun yang dengar.... 😊 By the way, sataynya sedap... Usah dikenang sate kat Bandung, huhuhu kenangan pahit...
Tik tok masa berjalan, 1100am tinggalkan kawasan Merapi ini...
1210am... Maigadd elok je parking kereta, baru nak buka pintu kereta, hujan pun turun, Jogja tengah musim hujanla sekarangni...
Tetap sabar menunggu, syukur hujan tidak berpanjangan...
Kebetulan musim liburan kot, ramai pula pengunjung hari ni atau kebiasaannya memang ramai...
1350pm kami beredar dari Borobudur, cuaca mulai panas, setelah berbincang kengkawan tak nak ke sana ke mari dah, so ai ringkas je, cakap ngan supir hantarla kami balik homestay...
Wowie jam 1535pm kami dah sampai homestay, fuhhh pertama kali ai travel balik ke sangkar awal camni, naseb baik balik bilik dapat rehat tidur, tak la kebosanan tenung dinding dan siling bilik...
Hari ketiga di Jogja melabuhkan tirai dengan menikmati makan malam maggi cup yang dibeli dari Indomaret, member kat bilik sebelah tu order Panties Pizza, kompom balik Malaysia rindu nak makan lagi, mana nak cari, huhuhu....
Kos perbelanjaan pada hari ketiga per person :
Entrance fee : RP 280k (RM 80)
Gambar : RP 50k (RM 14)
Makan : RP 36,750 (RM 10)
Total : RP 366,750 (RM 104)
Thank you yang setia mengikuti sambungan-sambungan entri sis yang tak seberapa ni...
Jumpa lagi di next entri... Wassalam... 😊