Assalamualaikum w.b.t.... Hi uolss...
Selamat Datang ke Kampung Budaya Sarawak....
Home of the Rain Forest World Music Festival... Mengambil masa selama 45 minit perjalanan dari pusat bandaraya Kuching, saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan van shuttle daripada Grand Margherita Hotel, Kuching iaitu berharga RM40 seorang untuk pergi dan balik. (Sila rujuk jadual perjalanan di laman web Sarawak Culture Village, https://scv.com.my).
Tidak digalakkan menggunakan grab coz dikhuatiri tiada pemandu grab di sekitar kawasan tersebut, memandangkan lokasi SCV agak jauh sedikit, nanti ada yang tak balik rumah, kihkihkih... Sesiapa yang tidak suka terikat dengan masa, adalah lebih baik menaiki kenderaan sendiri :-)
Untuk penjimatan bolehlah membeli tiket masuk melalui laman web SCV berjumlah RM50 seorang, kalau beli walk in tu tiket berharga RM60++ termasuk service charge, setiap pengunjung akan diberi passport untuk dicop di setiap rumah yang dilawati.
1. Rumah Cina...
Ang Koo Kueh dijual RM3 untuk 5 biji...
2. Rumah Melayu...
Main congkak...
Melangkah je dalam bilik ni, makcik berdua ni mempersembahkan lagu Selamat Datang bersama paluan kompang.
Pelamin kahwin suku kaum Melayu..
Melukis dan mewarna batik..
Nak buat tattoo sementara berharga RM10, dalam masa 2 3 hari hilanglah tattoo tu coz hanya menggunakan warna batik...
Tempat bermain gasing dan memanah... Bayaran tak pasti sebab saya tak singgahpun, muahehe...
3. Rumah Melanau...
Mula-mula naik ke tingkat dua tangganya tak tinggi lagi, pastu naik ke tingkat tiga tinggi sikit, ingatkan 3 tingkat ja, ada lagi paling atas, takde lah aku nak naik atas lagi... Boleh nampak rumah tu memang tinggi, tiang pun dah sedia tinggi...
Tingkat pertama dah ada Dewan Penyembuhan...
Seperti biasa ada makcik menjual kuih-muih tradisional, proses pembuatan kuih akan dibuat di sana juga, pakej sekali lawatan sambil belajar, manalah tau balik dari SCV ni ada yang teringin buat sendiri kuih-muih tu, kuikuikui....
Tingkat kedua terdapat beberapa buah bilik... Diantara suasana di dalam setiap bilik....
Pelamin kahwin suku kaum Melanau di tingkat tiga....
Persembahan tarian dimulakan oleh penari-penari diikuti oleh pengunjung yang ingin mencuba... Masa sangat mencemburui, aku tak sempat nak tengok dan mencuba tarian ni....
Kau menjelajah ke rumah tu, engko sendiri kena cop passport kau...
Tak habis di sini, story mory untuk empat buah rumah lagi di entri seterusnya... Stay tuned!
Wassalam ;-)