Assalamualaikum w.b.t.... Haluu eberibadi...
Sekiranya berkunjung ke Kg. Luanti Baru, Ranau, apa kata singgah sebentar melawat tempat penginapan unik yang terdapat di kampung ini. Jika ingin menginap terus kat sini pun apa salahnya, ;-)
Kebiasaannya orang nak rendam kaki je kat Sungai Moroli sambil digigit-gigit oleh ikan, bahasa ringkasnya 'fish spa'... Dari Pekan Ranau akan jumpa Tagal Sg. Moroli di sebelah kiri, hanya beberapa minit dihadapan sebelah kanan akan jumpalah Tagal Luanti Homestay, sila peka dengan banner signboard di tepi-tepi jalan.
Harga tiket dan bayaran sekiranya ingin menggunakan kamera...
Makanan ikan satu plastik kecil 20sen... Cukup masa nombor tiket akan disebut dan sila keluar dari kawasan sungai. (Aku tak pasti pula berapa minit masa diberi, hehehe)
Jom lawat kawasan....
Rumah Pinang (Kaum Dusun)
Rumah Tajau Panding (Kaum Cina)
Surau
Rumah Tajau Silou Silou (Kaum Iban & Dayak Sarawak)
Rumah Gong Tawag (Kaum Dusun Ranau, Tambunan, Keningau, Kadazan Penampang & Tatana Papar)
Rumah Sirung (Kaum Lotud, Rungus & Sungai)
Rumah Gong Sanang (Kaum Bajau Kota Belud)
Rumah Tajau Tagaman (Kaum Bajau Semporna)
Yang sis tak tahu, ada lagi Rumah Melayu, Rumah British, Rumah India, Rumah Portugal dan Rumah Jepun. Hmmm nampaknya sis tak cukup menjelajah, mungkin kat dalam sikit, terhalang dari pandangan sis, wakahkah...
Sampai berjumpa lagi di entri seterusnya... :-*
No comments:
Post a Comment