16 September 2015 (Wednesday)
Pagi ni bersiap lewat sikit coz takde dah nak ke destinasi jauh-jauh. Kitorang buat aktiviti City Tour je pagi ni, ;-) ....
Apa-apapun breakfast dulu....
Mee goreng + telur & kopi susu panas, 80,000vnd (RM 16). Lokasi Kedai Halal Amin.
Inilah breakfast ku dua hari berturut-turut, bezanya semalam kopi susu ais, arini kopi susu panas, sepanjang 5 hari kat sana, wajib setiap hari minum kopi susu... Walaupun manis semanis-manisnya aku minum juga. Almaklumlah, kopi Vietnam kan pemes disebut-sebut, bila beli bawa balik Malaysia rasanya dah tak sama ngan original Vitnamese bancuh. Seriusni, ini bukan cerita rekaan semata-mata, :-p ....
Arghh... Nampak kat langit tu gulap gulita je, kitorang balik ke bilik dan stay dulu sehingga hujan reda.... Niat nak ke Binh Tay Market terpaksa di lupakan, aku pun teringin pegi tempat tu coz di khabarkan lagi murah dari Ben Than Market.
Jam 0940 barulah cuaca mengizinkan kami untuk meneruskan eksplorasi city tour, hehehe....
Nak setengah jam kot berjalan kaki dengan berbekalkan peta akhirnya jumpa juga War Remnants Museum.... Kitorang tak sesat cuma ikut jalan jauh, mesti ada jalan short cut tapi manalah kitorang tau kan, ngam sangatlah tu sesi membakar lemak, kihkihkih....
Entrance fee hanya 15,000vnd (RM 3).
Kereta kebal tersusun di luar Muzeum...
Kapal-kapal perang....
Terdapat 7 bahagian kat dalam muzeum ni.... Round satu-persatu mengikut turutan, barulah nampak rentetan sejarah tu....
Suasana di dalam muzeum...
Sesiapa yang menghayati dari mula sejarah peperangan yang berlaku di Vietnam, tak de kata lain yang boleh di ungkapkan, S.E.D.I.H so so so sad....
Inilah realitinya... Kesan dari peperangan, banyak lagi gambar-gambar yang dipaparkan. Nyawa-nyawa terkorban, kecacatan kekal, penderitaan tak tertanggung.... TT_____TT emosional pula kejap, hehehe...
Nak sejam juga kitorang kat muzeum ni, cukuplah tu memandangkan tak nak buang masa, jom gerak pula ke tempat lain. Alamak hujan turun lagi, walaupun hujan sempat juga snap-snap pic..
Gereja... Bangunan lama yang menjadi daya penarik di HCM City. Sebelah bangunan ni sebenarnya next lokasi yang kitorang nak pegi...
Post Office... Aik takkan pejabat pos pun nak pegi, nak singgah pos barang jap, wakahkah pos baranglah sangat. Pejabat pos ni pun salah satu tempat menarik yang biasa dikunjungi oleh tourist coz reka bentuknya yang unik. Naseb baik ada abang pakaian seragam yang tunjuk jalan kat kami.
Suasana kat dalam bangunan... Ni sambil-sambil berteduh juga sebenarnya, nak buat camna time kitorang pegi ni musim hujan, huhuhuhu....
Arghhh agak bowsan update blog apabila tak banyak gambar kat gallery aku, eh tetiba pula, hahaha... Aiyak diorang ni send gambar sekerat-sekerat je, uhuk uhuk... It's Ok, hehe... Opss iklan sekejap, sambung penceritaan....
Dah tak boleh berlama-lama sangat kat pejabat pos ni, rasa-rasanya dah slow sikit hujan tu. Kebuntuan melanda, entah nak ke mana kami ni, tup tup jumpa Taka Plaza, ermmm lupa amik pic la.... Tak beli apa ponn, chow je la dari situ...
Layan shopping mall pula lah, Saigon Square....
Bila dengar Taka Plaza & Saigon Square, dalam fikiran aku shopping mall cam kat City Square kalau kat JB, cam Centre Point kalau kat KK. Takde lah aku bayangkan besar sangat, sekurang-kurangnya ala-ala shopping complex lah. Owh rupanya andaian ku meleset, dalam tu sama je lebih kurang cam kat Ben Tahn Market, cuma kain tak dijual kat Taka Plaza & Saigon Square.
Oleh yang demikian, hasil tangkapan jersi merah 120,000vnd (RM 24), jersi purple 6usd (RM 25.5).
Tracksuit 7 usd (RM 29.75). Ini hasil kawal nafsu, kalau ikutkan rambang mata ni semua pun nak beli, cukup-cukuplah ziela.... Jom lah isi perut pula....
Apa entah nama makanan aku order ni, yang penting bukan nasi goreng pataya, walaupun nasi berbungkus dengan telur. Harga 109,000 vnd (RM 21.80), tak payah nak terkejut dengan harganya, standard harga cam tu. Lokasi Restoran Sri Penang, nak cuba restoran lain kan, jadi terimalah juga kelainan harga tu.
Cam dah jadi aktiviti wajib pula memanjakan diri ni bila travel, kita try pula cara urutan Vietnam. Tapi kami berempat tak urut kaki pun, kitorang buat bleached cell je, Miss Rina seorang je urut kaki. Dah takde kulit keras, hilang semua daki-daki kat kaki ku, hehehe....
Dalam 30-35 minit lah amoi tu memyental kaki kami... Price 110,000vnd (RM 22).
Aku suggest Kedai Rohani ni kepada sesiapa yang nak beli tudung naelofar, telekung @ baju readymade. Aku tak shopping kat sini, da lagi yang nak dibeli oleh my sis, tu yang kami menyinggah tu. Bila dia dah beli kat sini, malam pegi pasar malam jumpa pula tudung sebijik dengan harga yang lebih murah, rejekih masing-masing.....
Dah takde apa dah nak dibeli sangat, nak round pasar malam pun tak rajin dah. Ni je lah souviner yang ku beli kat pasar malam.... Kos belian hanya RM 25. Sorry kawan-kawan, kalau aku berjalan lebih, lebih juga souvenir yang aku beli, nampak gayanya hanya sekerat jalan je round kawasan.
Di malam terakhir, packing time... Balik bilik, ressstt...
No comments:
Post a Comment