aZ ZiL La

aZ ZiL La

Friday, 20 February 2015

Korea - Last Day

Anneyonghaseyo...

07 Februari 2015 (Saturday)

Today is shopping day...
No more camera and picture...
Dalam fikiran hanya nak shopping & kami tak boleh buang masa coz today also is time going back to Malaysia, uhuk uhuk TT_____TT

Kami akan shopping di dunia membeli-belah, Namdaemun Market. 0845 am, jom gerak....


Belian pertama ku, gelang pandora Korea, walaupun bukan original, tapi kualitinya baik. Yes, memang bagus. Beyane, kalau yang ini tak dapatlah dijadikan souviner, kalau sesiapa nak kirim pun, aku tak reti nak pilih, better korang pilih sendiri. Aku minat yang simple-simple je, so the price 18,000 won (RM 54).

Yang ni baru souviner time....



Cermin purple tu free, setiap sorang dapat free cermin dari ahjussi. Biasanya kedai tempat kitorang memborong ni akan bagi 1 benda free kepada sesiapa yang shoping kat sini.


Termurah yang kami dapat, 1 tu 1,500 won.

Total all above 62,000 won (RM 186), sorrylah, harga setiap satu tak ingat.


Tshirt 3 pasang 10,000 won (RM 30), kiranya sepasang RM 10, tapi tak jual sepasang ye, kena beli 3 pasang terus.

Hanya itu yang aku beli selepas mencongak-congak cukup untuk aku agih-agihkan kepada orang ramai. Wakahkah nak agih ngan orang ramailah sangat, sila JANGAN tuntut kalau ada sesiapa yang terlepas pandang. Kepada rakan-rakan yang jauh, jarak menghalang pemberianku, alasan sangat, ekeke.... Jangan marah.


Akan menjadi milik siapakah ini...?

Balik ke guesthouse, masing-masing berusaha memenuhkan beg dan tiada siapa yang tidak berjaya, semua beg berjaya di isi serta kebimbangan berat luggage melebihi had pun memuncak, hahaha.... Aissshhh, semua dah biasa travel, mestilah dah boleh agak berapa kilo muatan luggage.

Dari guesthouse kami perlu berjalan sikit dan menyeberang jalan raya untuk ke perhentian bas. Penantian menunggu bas berakhir, kami menaiki bas direct ke apot jam 1220.


Babai Seoul, I'm gonna miss u a lot. Jam 1315 kami sampai di apot. Tanpa buang masa terus ke kaunter cek in. Apa yang boleh ku kata kan, sungguh sistematik!! Dengan kaunter yang banyak, tak perlu berebut, ada staff memantau barisan kita, akan diberi penerangan semasa di kaunter cek in what we need to do untuk sampai ke gate. Teringat kat KLIA2 aku bersesak-sesak nak cek in masa nak balik raya tahun lepas, anggap je lah kaunter yang sikit dan terlalu ramai orang nak balik raya, sekali lagi tak bolehlah bandingkan dengan negara maju.

Dah cek in, selesai 1 perkara, bolehlah mengisi perut pula. Hanya shrimp burger je yang konfiden tuk kami makan so kami berlima layan shrimp burger je lah. Lunch price 5300 won (RM 16), aik lagi murah dari kat Everland, hehe...

Kak Nurul ngan anaknya tak lapar, dorang mencari kaunter untuk menebus tax, aku pun tak tau ada benda ni. So sesiapa yang ada resit-resit belian tu jangan buang, boleh tebus balik tax yang dikenakan. Tetapi hanya belian yang dikenakan tax je tau, jangan buat malu tebus sekiranya kat resit tu tak de charge tax. Sepanjang aku shopping & makan kat Seoul lum da lagi belian ku yang dikenakan tax. Duduk Malaysia opkos perkara biasa, lebih-lebih lagi GST dah diperkenalkan.


Ni dah dalam gate... Sebab kafe ni comel, ia menjadi mangsa untuk aku beposing.

Jam 1600 waktu Korea flight depart...
Seoul Korea... Sarangae
Semoga berjumpa lagi...

Kamsahamnida... :-)

Perbelanjaan hari terakhir =
Makanan : 5300 won (RM 16)
Souviner : 62,000 won (RM 186)
TShirt : 10,000 won (RM 30)
Aksesori : 18,000 won (RM 54)
Total : 95,300 won (RM 286)

No comments:

Post a Comment