Sunday, 5 October 2014

Sandakan - Part 4

Okey ni last part tuk entri Sandakan, aku tak nak perap dah story Sandakan ni, kalau tak macam da benda yang tak settle lagi, hehehe....

Dalam jam 1425 kitorang bis makan tengahari & terus gerak ke Bandar Sandakan. Bandar Sandakan dah tak jauh, dalam 10 minit kami sampai di Rumah Agnes Keith. Apa ada kat sini?? Rumah ni pernah didiami oleh seorang penulis kelahiran Amerika Syarikat yang bernama Agnes Keith pada tahun 1939 yang terkenal dengan buku Land Below The Wind atau Negeri Di Bawah Bayu. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang tempat ni sila Google sendiri k, ekeke... Panjang nak cerita satu-persatu.


Bayaran masuk tempat ni RM 2 sahaja. Kat dalam tak boleh amik gambar so aku tunjuk gambar kat risalah yang diberi percuma.....


Ni la dia Agnes Keith tu....


Sedikit gambaran kat dalam rumah tu...

Dah puas round 1 rumah, jam 1505 kitorang menikmati pula pemandangan sekitar kawasan kat situ. 


Restoran ala-ala Inggeris yang harganya pun boleh tahan, standard makan kat Secret Recipe @ Kenny Rogers la lebih kurang. Kami tak de la makan kat sana so tak tau la sedap ke tak, berbaloi atau tak ngan harganya....


Jam menunjukkan 1535, awan pun dah gelap, kalau ikut kan da lagi tempat nak singgah. On the way nak ke War Memorial, hujan rintik-rintik dah, so cakap ngan Miss Jaja, tak payah pegi la. Kami pun berpatah balik ke Bandar & last-last gi Mall. Gentingmas Mall, nama cam best tapi sebenarnya macam kat Giant je, bukannya cam shopping kompleks besar-besar tu. Belasah je la masuk, lagipun kebetulan member ni nak beli barang... Sampai jam 1645 juga kitorang kat sini, aku tak de lain beli jajan la, maaakan je tau kan, hahaha.....

Kedai-kedai dah banyak tutup, Miss Jaja bawa pusing-pusing area bandar, sampaila kitorang naik ke Trighill. Kira tempat orang melepak la kat sini, tempat berdating pun iya juga....
Kat sebelah tu da Restoran Steamboat, kat seberang jalan pula tempat orang beriadah. Dari atas bukit ni boleh nampak bandar Sandakan.


Kata Miss Jaja ni Bandar Ramai-Ramai....


Sejarah taman ni di buat diceritakan di sini....

Kitorang tak lama kat sini, snap-snap gambar then jam 1725 gerak turun...

Dah tak de tempat nak dituju petang-petang cam ni, pusing-pusing kawasan sekitar je.... Sebelum balik ke Hotel kami singgah ke Restoran Ocean Seafood Kak Jue kat batu 7, seawal jam 1830 tu dah nak makan malam, ni kes malas nak kuar balik, ingat nak rehat kat bilik je la malamtu.... hehehe...


Makan malam kami.... Alhamdulillah kenyang...

Jam 1940 dah terpacak kat bilik hotel, kat sini la berakhirnya pertemuanku ngan Miss Jaja. Cukupla sehari dia menjadi tour guide ku, sok dia nak keja tu, bagi dia rehat malamni.... Aku pun nak rest juga, hehehe..... Tq So Much Miss Jaja..... In shaa Allah jumpa lagi....

29 September 2014 (Monday)

Jam 0845 kami turun bekpes, bukan selalu makan kat hotel kan, nak sejam me & my cuwiet buddy makan, hei jangan sangka kami makan banyak sangat tau, kami tak sentuh pun nasi lemak yang ada, kitorang makan bread je tau... Oppss sorry saya memang tak amik gambar kat hotel ni, ada sekeping je....


Ni gambar kat depan lif, dah nak cek out time ni. Jam 1300 kami ke apot by Hotel Transport, only take 5 minute go to Airport. Aku memang sarankan hotel ni pada sapa-sapa yang nak service transportation ke apot, senang tak payah nak panggil teksi ++++ it's free.... ^_^

Berakhirla percutianku di Sandakan... Aku tak pasti kalau aku berkesempatan lagi datang ke sini @ tak, ada lagi tempat yang boleh dikunjungi kat sini contohnya Gua Gomantong, menyusuri sungai melihat Proboscis Monkey (kat kampung aku pun ada okeh, sibuk nak pegi jauh-jauh, hahaha), & banyak lagi.....

Alhamdulillah selamat sampai kat KK @ 1500 a clock....

What can I say, I'm always need a vacation.... Berjumpa lagi di story-mory percutian ku akan datang...





Sandakan - Part 3

Aku tak boleh janji kalau ini part yang terakhir @ tak tuk entri Sandakan ni, hehehe yang penting biarlah kenangan percutian ku di abdikan di sini.....

Next destination adalah Taman Buaya, kami sampai jam 1230, next show time adalah jam 1400. Kalau ikutkan aku, nak je ajak diorang gi cari hotel & makan dulu, tapi untuk tidak menyusahkan my driver, so it's ok kami go on je la masuk Taman Buaya ni, terlepas tengok crocodile show..... Lagi pun my driver tak join masuk, dia tunggu kat luar je ngan kazen dia, ye la dia dah pernah masuk, tak payah la nak masuk berkali-kali kan, lagipun buaya je pun, hahaha....


Tiket masuk RM 8, mahal dari entrance fee kat Sepilok.....



Perkenalkan Tako & Taki....


Buaya ada di mana-mana.....



Binatang lain ada gak kat sini.....


Boleh beli makanan ikan ni kalau rasa nak bagi makan, RM 1.... Kalau semua pengunjung nak bagi makan, puasla ikan-ikan ni makan, jangan mati kekenyangan dah, hihihi....


Dah puas bergambar, jam 1300 kitorang gerak pula nak gi makan tengahari.... Tapi sebelum tu lebih bagus cari hotel dulu, malas nak mencari sangat, kami try tanya The Pavilion Hotel kat Batu 7, 3 star hotel, disebabkan pagi tu bekpes dekat-dekat sini so dah nampak dah hotel ni....


Yes, kami stay 1 malam kat sini, bilik standard tuk 2 orang katil queen RM 125. Apa yang penting include breakfast & service transportation go to airport. Aku tak amik gambar bilik, selesa tuk stay & makanan bekpes pun okey.

Okey selesai cek in, jam 1350 kami tiba di Pasar Sim Sim tuk makan tengahari, aku dengar ikan bakar kat sini sedap, so mesti try...


Dah abis pun makan, sambal belacannya memang sedap....

Teruskan membaca kalau nak tahu destinasi kami seterusnya..... :-p

Sandakan - Part 2

Sambungan....

Selesai bekpes, perut dah di isi, tenaga pun dah di cas.... Jam 0900 kami pun bertolak ke Sepilok. Destinasi pertama kami adalah Pusat Pemulihan Orang Utan (Orang Utan Rehabilitation Centre).

Kami tak nak terlepas feeding time jam 1000, so kena pegi sini dulu, coz time ni la boleh nampak Orang Utan keluar tuk mendapatkan makanan. Kalau terlepas feeding time waktu pagi, ada lagi feeding time waktu petang pula.


Spesis Orang Utan ni dah semakin pupus, boleh nampak spesis monyet @ beruk @ kera, aku tak tau nak bezakan, hehehe.... Adalah lebih banyak dari Orang Utan.... Oleh itu, tempat ni sangat penting sebagai pemuliharaan Orang Utan.


Tiket masuk RM 5 tuk dewasa & bayaran tuk kamera RM 10.


Memandangkan kami pegi time ni hari ahad, jadi ramai pengunjung masa tu, terasa juga cam kat oversea coz pelancong orang putih memang ramai, rombongan budak sekolah pun ada masa tu. Rasanya kalau hari biasa mesti tak seramai ini.

tepat jam 1000, makannn time.....
Ni Miss Jie kazen Miss Jaja, dulu sama-sama keja kat JB, tapi sekarang dah tukar jabatan...
aku dah kenapa cam nak tunjuk muka sama ngan Orang Utan pula, muahahaha....
Dah puas snap-snap gambar, 1010 kami beransur kuar dari tempat tu. Sambung pula snap-snap gambar kat luar...


Jam 1035....
Bersebelahan Pusat Pemulihan Orang Utan ni, ada Bornean Sun Bear Conservation Centre.... Kami pun singgah sekejap & tengokla beruang apa yang ada kat sini. Bayaran masuk sama juga RM 5, kamera it's free.



Ini adalah beruang madu, 1 badan berbulu hitam, bagi aku tak la secomel panda, hehehe.... Jangan marah Mr. Honey Bear, walaupun tak secomel si Panda tapi You tetap menawan, hitam itu kan menawan... hihihi....

Sepanjang jalan ada diceritakan mengenai beruang madu ni, aku tak rajin pun nak baca, sapa yang nak tau sangat tu sila la tanya Mr. Google....

Meneruskan misi menjelajah bumi Sandakan, jam 1100 kami menuju ke Rainforest Discovery Centre, kebetulan kami datang, diadakan Borneo Bird Festival. So ramai pengunjung masa tu, kami terpaksa parking jauh, tapi bila lalu sepanjang jalan, ada je parking kosong lagi kat depan, huhuhu penat wei jalan kaki masuk dalam....


Tengokla 400 meter kot, T_____T uhuk...


Disebabkan festival ni, masuk adalah percuma, kalau tak entrance fee RM 7.

apa yang ada kat sini....
Kitorang punya pusing 1 hutan ni, seekor burung pun tak nampak, kata festival burung, huh nasib free, kalau tak lagi sia-sia....


Ermmm ngam sangat la tu, let it go... let it go....  Gambar burung kat banner ni je la, yang real tak muncul2 pun....

Kat sini juga ada pokok yang sangat besar, tak kuasa aku nak cari, penat berjalan & panas....


Yang ni la kot pokok tu....


Kitorang lalu juga la jambatan gantung ni, boleh tahan bergoyang bila lalu tu.....


Ntah berapa ringgit kalau nak main benda tu, aku tak terasa pun nak naik, hehehe.... Dah pernah naik jugakan, tapi tempat lain la.....

Okeh sudah cukup-cukup sudah, 1210 kitorang kuar dari sini... Miss Jaja tanya, nak ke singgah Taman Jalil Alip, dah tak jauh kalau nak pegi, tapi aku skip tempat tu, coz lebih kurang gak cam kat RDC, tempat tu dah tak meriah, kebanyakan orang datang nak memancing je....

Aku stop sampai sini dulu, to be continue at Part 3....

Sandakan - Part 1

Wah wah wah... bersarang blog aku ni, lama tak jenguk, lama tak update @ share apa-apa... Memandangkan aku pun memang tak de holiday2, ye la kan ada holiday, ada la story, ada la update blog...

Assalamualaikum & Hi Semua...

Last entri sebelumni aku dah cakap Krabi adalah last vacation aku ke luar negara untuk tahun ni, so ntah tetiba je pilihan percutianku di dalam negara & tempat kelahiranku sendiri....

Destinasi kali ni memang tak de dalam list percutian aku pun selama ni, ye la kononnya nak pegi yang jauh sikit & tempat yang tak pernah dikunjungi... Alih-alih pilihan percutian dalam negeri sendiri....

Ilham tu datang nak bercuti kat sini masa tengok gambar orang kat Sepilok time online FB... Kebetulan aku nak balik Sabah, aku dah lama fikir nak gi mana cuti ni, akhirnya aku memilih destinasi *SANDAKAN*......

Sandakan...
Terakhir aku menjejakkan kaki di Sandakan pada tahun 1990, aku lahir kat sandakan okeh, kakak, abang hinggala adik bongsuku lahir di Sandakan... Bila dah pindah, selama tu aku tak pernah lagi menjejakkan kaki di Sandakan sehinggala....

28 September 2014 (Sunday)

Alhamdulillah selamat sampai di Lapangan Terbang Sandakan pada jam 0730, setengah jam je gi Sandakan kalau naik flight. See... selepas 24 tahun baru aku memijak kembali tanah Sandakan. Adik aku cakap murahnya tiket flight aku, lebih murah dari tiket bas, hehehe ikut nasebla kan, murah tak murah return tiket kk-sandakan-kk RM 74, rajin-rajinla cek tiket, Airasia selalu buat promosi....

Gambar masa kat apot KK sebelum fly ke Sandakan
My travel partner, bila aku dah pilih destinasi, aku cari sapa yang nak teman aku,
of course la my cuwiet buddy ni nak joinkan....

Dengan disambut teman sekelasku waktu kat UiTM dulu... Dia la pemandu pelancongku sepanjang aku berada di sana.... First thing yang aku fikir bila nak ke sini juga adalah sapa yang boleh bawa aku jalan-jalan round bumi Sandakan, hehehe....

Thanks to Jaja coz bawa kitorang round-round Sandakan. Ni kira balas balikla sebab masa dia turun JB dulu, aku ada juga bawa dia jalan-jalan.... Pas pick up kitorang kat apot, kami gi bekpes dulu, kitorang makan kat Restoran Tom Yam 2, Batu 7. Gambar kat bawah ni time kitorang dah kenyang makan....


Gambar ni memang camni, aku dah usahakan tuk terangkan lagi, ini je yang mampu, kamera buruk la katakan, hihihi.... Nampak tak kereta putih Nissan Almera kat belakang tu, kerata ni la yang berjasa membawa kami menjelajah bumi Sandakan..... Gadis berbaju biru tu la Miss Jaja....

Worait, cukup sampai sini dulu.... Story penjelajahan kami bersambung di Part 2...
Stay Tuned... ;-)