Cerita hari ke dua kat Krabi, nak juga cepat-cepat aku habiskan
entri Krabi ni sebelum mood malas n perangai pelupa aku datang....
So let's read, hehe....
25 Jun 2014 (Wednesday)
Cari punya cari tempat bekpes, last- last kitorang bekpes kat tempat
semalam juga Nong Eed Resort, kalau awal pagi je restoran banyak
tak buka lagi, dah 0750 gak, makan cepat-cepat, bas datang pick up
kat hotel 0830...
muka excited semua nak gi pulau... |
Oh ya pagi ni aktiviti kitorang nak gi pulau, :-) :-) :-) ....
Kitorang amik pakej Phi Phi Island, dapatla dalam 900 bath sorang,
(RM 90)..... Da banyak pakej, terpulangla nak amik yang
mana....
amik pakej ngan agency ni... Ao Nang New Born Tour |
Time to menikmati keindahan alam....
Tapi untuk aku, uhuk uhuk T_____T , seddey la orang cam aku ni,
nek kenderaan je mula lah pening, kene pula naik speedboat ngan ombak
boleh tahan gak masa tu, terhentak- hentak langgar ombak, kepala aku
mulalah pusing...
2 kali aku telan pil, turun je dari bot da juga aku mengeluarkan isi dalam
perutni, hehe baru rasa lega sikit.... Separuh masa pertama aku memang
ting tong, seb bek separuh masa kedua, kepala hotak aku dah stabil,
ngam pula acara snorkling acara paling last, bolehla aku terjun laut,
tengok hidupan laut kononnya, mandi-manda.... Hikhikhik gaya je lebih,
berenang tak pandai pun....
snorkling lah sangat kannn..... |
Aku tak ingatla pa nama-nama pulau yang kami singgah, rasanya 7 pulau
semuanya, 3 pulau je yang kami turun, tu pun 1 pulau tu turun
tuk makan, yang lain-lain amik gambar je dari dalam bot....
Layanlah gambar-gambar yang sikit ni je aku dapat upload, tak dapatlah nak share
semua, lagi bagus korang pegi sendiri, muahehe... Alaa gi pulau dalam
Malaysia pun boleh gak, tepuk dada tanya selera, hikhikhik....
Sambung ke Part 2...
Stay Tuned....
No comments:
Post a Comment