Tuesday, 5 November 2019

Korea - Day 5

Assalamualaikum W.B.T....


11 October 2019 (Friday)... Today is Nami Island day...


Satu ja spoil hotel ni, breakfast time start jam 08.30am... Biasanya hotel-hotel ni, jam 07.00am dah boleh breakfast, awal dari tu pun ada juga, paling lewat pun 07.30am...


Lambat breakfast, lambatlah juga memulakan pergerakan... 09.30am, time to explore...


Seingat sis dulu, sis menaiki bas untuk menuju ke Nami Island, tapi kali ni our tour guide bawak kitorang menaiki train dan ada schedule time untuk train ke Nami Island...


Next train adalah pada jam 11.15am, sempat lagi nak round kawasan sekitar... Dah jadi habit, kalau kat tempat sendiri tak pandang pun jenama produk ni, bila dah sampai ke negara pengeluarnya teringin pula nak beli... Dan tentunya harga adalah lebih murah berbanding kat tempat sendiri. Alaa sis beli lipstick je pun, hihihi... The price is ₩6,160 after discount (RM 21) dan belum tentu ada dijual kat Malaysia...


12.10pm berebut-rebut menaiki feri, ekekek takut tak sempat naik ke sis...😆 Masa kat Jeju tourist dah ramai, apatah lagi kat Seoul...


Hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit menaiki feri, tadaaa here I am for the second time...🤗

 


Sebut Nami Island je, mesti aim spot drama Winter Sonata berlakon...


Kalau rasa-rasa malas nak berjalan kaki, boleh sewa basikal tuk round pulau...


Dan inilah story-mory Autumn in My Heart versi me...


Kitorang terawal sampai ke Korea, pemandangan autumn tak nampak lagi, sekiranya kitorang lambat sikit ja, pasti warna kuning, perang, jingga, oren kelihatan di mana-mana...


Jadilah kitorang asal ada pokok yang start nak bertukar warna, amik gambar, bukan kitorang je tau, tourist lain pun sama, wakahkah...🤣🤣 Kiranya sejarah berulang kembali, pertama kali dulu sis datang Seoul pada musim sejuk, tapi tak de rezeki nak merasai salji turun, masa tu musim sejuk nak berakhir dah, cukuplah merasa keluar-keluar asap dari mulut apabila bercakap, ekekek...


Isi perut, tambah tenaga... Toilet dan tempat solat ada disediakan di sini... Menu sis hari ni adalah spicy grilled chicken (dakgalbi) vegetable with rice berharga ₩13,000 (RM 45), rasa karinya dah macam kari dalam maggi kari tu...



Pebret spot bergambar disepanjang barisan pokok-pokok yang tersusun indah...


Replika patung pelakon drama Winter Sonata...



Bukan gambar edit, pelangi tu betul-betul wujud kat situ...


Zoom sikit... 🌈


Last but not least, sebelum weolls bergegas ke jeti untuk menaiki feri supaya tak terlepas train...


02.50pm... Kami meninggalkan Pulau Nami... Kitorang menaiki train pada jam 03.40pm, sekiranya terlepas train ni, the next train rasanya dalam jam 05.00 lebih, nak lewat petang dah tu, baiklah weolls balik sekarang...


05.00pm, shopping time at Namdaemun...


 Milik siapakah souvenir ini...


Hanya berjalan kaki untuk ke Myeongdong sambil meneruskan window shopping, kawal nafsu tu sis, tengok je and belek sikit-sikit, rasa tak perlu, tak payah beli....


Apa tah nama makanan ni, dulu sis beli kat Insadong siap bawak balik ke Malaysia, disebabkan terpengaruh selepas menyaksikan demo makanan ni dibuat, sorry tak fokus di dalam gambar dan yang Cik Nita test tu adalah coklat oren, belambak kat Jeju akhirnya beli juga kat Seoul.


Ni baru betul ada pasar malam sepanjang Myeongdong Street, semalam tu wrong time, hihihi... 🤭Malam ni dinner sis egg bread ₩2,000 (RM 7) dan baby crab ₩5,000 (RM 17.30), nyumnyum...

Balik ke sarang, selamat malam Seoul....

No comments:

Post a Comment